– EDIT –
Peluh di dahi Rasya dilap oleh Firash. Firash melihat doktor yang sedang mendukung anaknya. Anak mereka tidak menangis sejak tadi. Firash memandang wajah Rasya, Rasya sudah kelihatan sedikit takut.
Firash datang dekat pada doktor.
" Doktor, kenapa anak saya tak menangis? " soal Firash, risau. Selalunya bayi akan menangis selepas dilahirkan." Anak awak tertelan air ketuban ni. " kata Doktor itu. Dia mengusap badan belakang bayi itu lalu menepuk perlahan-lahan kemudian paha bayi itu dicubit pula.
" Anak saya kenapa doktor? " soal Rasya, sedikit sebak.
YaAllah, selamatkan anak aku, doa Rasya di dalam hatinya.
Doktor itu tidak menjawab. Dia sedang melakukan kerjanya. Dia harus membuat bayi itu menangis dengan segera.
Dan akhirnya kedengaran bunyi tangisan seorang bayi dengan jelas. Doktor itu tersenyum lebar. Dia berjaya!
Bayi itu diberikan pada Firash.
" Tahniah, Encik dapat anak lelaki. " ucap Doktor itu, ceria. Dia bersyukur kerana dia berjaya menyelamatkan bayi itu.Firash mengucap kesyukuran. Dia menghela nafas lega, begitu juga Rasya. Rasya mengesat air matanya yang mengalir tadi. Firash datang dekat pada isterinya bersama-sama anak mereka, lalu anaknya diletakkan di atas badan Rasya.
Rasya tersenyum lebar. Rambut lebat anaknya diusap lalu dicium lama.
" Anak mama, Imran Iskandar. "" Alhamdulillah Allah selamatkan kamu sayang. Jadi anak yang soleh buat mama dan papa.. " kata Rasya.
Firash mengusap rambut isterinya.
" Terima kasih sayang sebab dah bersusah payah melahirkan zuriat abang. " Ucap Firash.Rasya sekadar tersenyum. Imran Iskandar diambil kembali oleh Firash lalu Firash mula menghadap kiblat, bibirnya didekatkan di telinga kanan anaknya lalu dia mengazankan anaknya itu, kemudian ditelinga kiri pula dia iqamatkan anaknya. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Anugerah Allah yang sangat istimewa buatnya. Sungguh dia tidak menyangka yang dia akan dapat merasa menjadi seorang bapa.
Dahi anaknya itu dikucup lama.
" Kehadiranmu membawa kebahagiaan sayang. Papa harap kehadiranmu ini juga dapat memulihkan masalah yang sedang kami hadapi.. " ujar Firash, sebak.Firash bersyukur kerana anak dan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan 💕
--------------
" Assalamualaikum anak mama. Selamat pagi. " Ucap Rasya pada anaknya yang diberi nama Imran Iskandar.
Perlahan pipi anaknya itu diusap. Rasya memandang suaminya yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil hospital. Rasya yang bersalin, Firash pula kelihatan terlebih penat.
" Allah dengar doa mama sayang. Mama bersyukur sangat . " Ujar Rasya sambil mendukung Imran Iskandar. Pipi Imran Iskandar diusap dengan penuh kasih sayang.
Wajah Imran Iskandar ada sedikit iras-iras dengan wajah suaminya. Hidung, bibir dan kening anaknya persis seperti suaminya. Mata dan bulu mata Imran Iskandar yang sedikit lentik itu pula sama seperti Rasya. Semasa Rasya mengandungkan Imran Iskandar, memang dia tak boleh dekat dengan Firash, itu yang muka Imran Iskandar sama seperti Firash tetapi ini versi Firash junior.
YOU ARE READING
Suami Sementara © ✔️
Romance" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa...