TIGA PULUH LAPAN - Positive!

47.5K 1.5K 22
                                    

Ini bab yang paling baru. Yeha!

••••

Sudah beberapa kali Firash menyuruh Rasya membuka pintu tetapi Rasya masih tidak mahu membuka. Firash harus menenangkan Rasya, dia tidak mahu isterinya melalui semua ini seorang diri. Berkurung di dalam bilik bukan cara yang betul.

" Sayang, please buka pintu ni. " pinta Firash dengan suara separuh merayu.

" Pergi! Asya taknak jumpa sesiapa. Semua dalam rumah ni pembohong ! " Balas Rasya dengan suara serak akibat menangis.

" Sayang, abang tak tipu sayang. Abang dah jujur semuanya pada sayang. Buka pintu ni ya. Abang nak bercakap dengan sayang. " Firash masih tetap memujuk isterinya supaya membuka pintu. Keadaan di dalam bilik sunyi seketika. Kalau tadi terdengar suara Rasya menangis kini senyap. Firash mula hairan. Beberapa minit kemudian terdengar bunyi kaca pecah.

Firash terus bergegas mengambil kunci pendua di dalam laci yang berdekatan dengan biliknya itu. Dengan kaki kanan dia melangkah masuk dan berdoa di dalam hati supaya di permudahkan segalanya.

Matanya melilau melihat keadaan bilik. Terlihat kaca-kaca yang berterabur di lantai. Tidak pasti di baling oleh Rasya atau terjatuh. Kemudian Firash terdengar orang muntah di bilik air. Cepat-cepat Firash melangkah ke bilik air untuk melihat keadaan isterinya.

Rasya sedang duduk di lantai dengan muka yang sedikit pucat. Terpancar kerisauan di wajah Firash bila melihat keadaan isterinya begini. Cepat-cepat dia datang dan memeluk tubuh kecil isterinya itu.
" Sayang, jangan macam ni. Abang tak suka. " Suara Firash mula menukar nada sayu. Dia betul-betul merasa sedih melihat isterinya sudah tidak bermaya lagi. Tiada kekuatan untuk bangun. Suhu badan Rasya juga sudah mula naik mendadak.

Tanpa menunggu lama, Firash terus mengangkat Rasya ke katil. Tubuh isterinya di baringkan di atas katil. Selimut di tarik ke paras dada kemudian dia baring bersebelahan isterinya. Mata Rasya sudah tertutup rapat. Sudah tidak kedengaran tangisan dari Rasya. Mungkin sudah keletihan menangis tadi sehingga demam begini.
" Kita pergi klinik ya ? " Ajak Firash sambil tangannya membelai rambut isterinya. Rasya menggeleng lemah tanda dia tidak mahu. Dia sekadar mahu berehat di bilik sahaja. Tenaganya sudah habis.

Firash bangun dan masuk semula ke dalam bilik air. Muntah tadi di cuci. Selesai mencuci, tuala kecil di capai dan di basahkan dengan air sejuk. Kemudian dia baring semula disebelah isterinya. Tuala kecil tadi diletakkan di dahi isterinya kerana mahu mengurangkan panas badan isterinya. Keadaan menjadi hening seketika. Lama Firash meneliti wajah pucat isterinya itu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa ketika ini. Dahi Rasya di kucup dengan penuh kasih sayang.


" Sayang, jangan benci kami ya. Kami semua rahsiakan tentang itu demi kebaikan sayang. Kami taknak sayang jadi macam sekarang ni sebab tulah kami terpaksa berahsia dengan sayang. Walaupun mama bukan mama kandung sayang tapi dia tetap jaga sayang macam anak dia sendiri . Tak pernah sayang hauskan kasih sayang seorang ibu dan tak pernah mama membuang sayang walaupun sayang ni bukan anak dia. Malah dia terlalu sayangkan sayang sebab sayang lah anak perempuan dia sorang. Anak yang daddy tinggalkan buat mama. Mama jaga sayang, mama didik sayang dengan baik, Itu semua bukti mama terlalu cintakan daddy. Mama taknak jadi isteri yang derhaka walaupun suami dia buat silap besar. Mama hadap semuanya sorang-sorang saat itu sayang. Mungkin daddy juga ada kesilapan dia kerana berlaku curang tapi itu semua bukanlah bermaksud sayang kena benci mereka. Sayang patut berterima kasih pada mereka sebab jaga sayang hingga sekarang. " Lembut saja Firash berbicara.

" Abang tahu sayang belum tidur. Buka lah mata tu, pandang wajah kacak abang ni. Luahkan apa yang terbuku dalam hati sayang tu. " Sambung Firash. Dia tahu isterinya belum tidur kerana itu dari tadi dia bercakap. Perlahan-lahan Rasya membuka mata. Kelihatan bawah mata Rasya sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now