EPILOG

50.2K 1.5K 23
                                    

" Assalamualaikum kak Umairah. " Fath memberi salam lalu dia mengambil tempat di sebelah Umairah. Dahi Umairah dikerutkan. Siapa lelaki ini ?

" Waalaikumussalam. Macam mana awak boleh kenal saya? " soal Umairah, pelik.

" Kita pernah terserempak di tanah perkuburan masa abang Daniel meninggal. Tak ingat ? "

Umairah cuba mengingat semula kejadian itu. Ya, lelaki ini yang menegurnya sewaktu dia sedang menangis. Baru dia teringat. Tapi macam mana lelaki ini boleh kenal Daniel, bekas suaminya ?

" Awak siapa? Macam mana awak boleh kenal Daniel? Saya kenal awak ke? " bertalu-talu soalan diajukan. Fath tersenyum.

" Kakak tak kenal saya, Daniel juga tak mungkin akan ceritakan tentang saya pada akak. " balas Fath, masih tersenyum.

Makin berkerut dahi Umairah. Tidak mengerti apa yang Fath maksudkan.
" Awak nak apa sebenarnya? Cuba terus terang. Don't waste my time. " suara Umairah mula ditegaskan sedikit.

" Okey sorry, saya adik abang Daniel. " beritahu Fath.

" Daniel takde adik.. "

" Saya cumalah adik tiri abang Daniel. Papa kahwin dengan mama saya selepas arwah mummy meninggal. " Jelas Fath.

Umairah binggung. Kenapa aku tak tahu semua ni?
" Kenapa akak tak pernah jumpa awak? "

" Saya belajar di overseas, saya juga cuma pernah jumpa abang Daniel dua kali sahaja. Dia tak dapat terima mama sebagai penganti mummy. Kakak pun tahu kan keluarga abang Daniel sudah hancur ? Jadi kami semua buat hal kami sendiri tapi selepas abang Daniel meninggal, kami semua akan menetap di sini terus. Nak dekat dengan arwah.. " Fath mula menceritakan satu persatu apa yang terjadi.

Mulut Umairah terkunci. Umairah tahu tentang kehancuran keluarga Daniel namun dia tidak pernah tahu sebabnya. Kerana Daniel melarang dirinya dari bertanyakan hal itu. Daniel juga tidak pernah bilang padanya tentang kewujudan keluarga tiri, jadi kerana itu dia tidak tahu yang sebenarnya Daniel mempunyai adik.

" Papa mana ? " soal Umairah setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia juga rindu pada bekas bapa mertuanya itu. Sudah bertahun-tahun tidak ketemu.

" Papa ada, cuma dia tak berapa sihat jadi dia tak dapat ikut Fath jumpa akak. Kenapa? Akak nak jumpa papa ? "

Umairah mengangguk perlahan.
" Rindu sangat dekat papa. " Sebak suaranya.

" Jom ? Kita jumpa papa nak ? " pelawa Fath. Umairah mengangguk laju. Semestinya dia mahu ketemu sama orang tua itu.



                 -----------


" Assalamualaikum. " Fath memberi salam. Umairah menyorok dibelakang tubuh sasa Fath. Fath melangkah masuk ke dalam rumah di ikuti dengan Umairah juga.

" Kenapa menyorok belakang Fath? " soal Fath pada Umairah yang berwajah takut-takut itu.

" Tak berapa berani nak jumpa papa. " balas Umairah, jujur.

" Jangan risau, papa makan nasi tak makan orang. " Lalu Fath tergelak kecil. Umairah memukul bahu Fath perlahan lalu dia tersenyum kelat.

" Umairah ? " Satu suara yang amat Umairah kenali. Perlahan-lahan Umairah menoleh, serta-merta air matanya mengalir deras. Terus tubuh orang tua itu didakap erat.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now