" Iskandar, jangan menangis macam ni. " Dari tadi dia cuba memujuk Imran Iskandar namun Imran Iskandar tetap tidak mahu berhenti dari menangis.
" Nanak papa nanak papa. " rengek Imran Iskandar. Dia sudah mula rindu pada Firash.
" Papa work sayang. Esok baru papa balik. Kita tidur dulu okey ? " Rasya mencuci muka Imran Iskandar di tandas. Sudah comot dengan hingus meleleh semua ni.
Memang dari kecil Imran Iskandar lebih rapat dengan Firash. Bila Firash pergi kerja, tak pernah sekalipun Imran Iskandar tak menangis. Dia mengerti yang dia akan berjauhan dengan papanya. Kadang-kadang bila terlalu rindukan papa, Imran Iskandar sampai demam panas. Risau Rasya dibuatnya.
" Papa. " panggil Imran Iskandar dalam tersedu-sedu.
Rasya memberi Imran Iskandar susu lalu dibaringkan di atas katil. Perlahan-lahan paha Imran Iskandar ditepuk sambil bibir Rasya berzikir. Makin lama makin layu mata Imran Iskandar dan dia terlena juga akhirnya.
------------
KLIA
Dari jauh terlihat Firash berjalan sambil tersenyum ke arah isteri dan anaknya. Imran Iskandar yang di dukung oleh Rasya meronta-ronta meminta untuk diturunkan. Rasya menurunkan Imran Iskandar, Imran Iskandar tergedek-gedek berjalan menuju ke arah papanya sambil tertawa.
Firash mendepakan tangannya makin laju langkah Imran Iskandar berjalan . Sampai saja Imran Iskandar didakapan Firash terus anak kecik itu didukung lalu dicium pipi Imran Iskandar bertalu-talu. Sesekali perut buncit Imran Iskandar digeletek. Terkekek-kekek anak kecil itu gelak. Suka betul dia dengan papa.
Rasya menyalam tangan Firash. Firash pula mencium dahi isterinya.
" Macam mana flight ? " soal Rasya." Alhamdulillah semua okey.. " balas Firash sambil bermain dengan Imran Iskandar.
" Anak papa rindu papa tak? " soal Firash pada Imran Iskandar.
" Haaa . " jawab Imran Iskandar.
" Rindu papa ke tak ? " Firash mula membuat muka. Imran Iskandar tergelak melihat wajah papanya .
" Indu. " jawab Imran Iskandar dengan pelat.
" Rindu sampai melalak . Penat Asya nak pujuk. " rungut Rasya.
Firash tersenyum memandang isterinya lalu kepala isterinya diusap.
" Ni baru sorang ? macam mana nak tambah lagi ? " soal Firash sambil kening diangkatkan." Dah ada dah pun. " balas Rasya.
Mata Firash jatuh memandang perut isterinya. Lalu perut isterinya dipegang.
" Serius ? " soal Firash inginkan kepastian.Rasya mengangguk tanda ' benar '
" dah dua minggu dia dalam perut mama. " beritahu Rasya.Firash tersenyum lebar.
" Iskandar suka tak kalau ada adik ? " soal Firash pada anak lelakinya. Gelak tawa Imran Iskandar serta-merta mati. Matanya mula kemerahan seperti mahu menangis.Satu ...
Dua ...
Tiga ...
YOU ARE READING
Suami Sementara © ✔️
Romance" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwinan. Dia menganggap perkahwinan itu adalah satu perjudian. Tetapi bila umurnya sudah meningkat dewasa...