TIGA PULUH ENAM - Bersatu

50.6K 1.5K 33
                                    

Kejadian tadi membuatkan suasana di rumah tidak ceria seperti selalu. Puan Sri Mariam masih lagi tidak mahu bertegur sapa dengan orang di dalam rumah ini. Puan Katrina pula dari tadi tidak mahu keluar dari bilik tetamu. Keadaan di dalam rumah ini menjadi dingin. Tiada lagi gelak tawa di bibir Puan Sri Mariam saat ini. Semua yang berada di dalam rumah ini langsung tidak mahu membuka mulut.


Hafiz yang baru saja pulang dari pejabat juga terkejut melihat suasana di rumah menjadi dingin dengan tiba-tiba. Bila dia menanyakan kenapa pada Puan Sri Mariam, dia disuruh jangan masuk campur. Makin bingung di buatnya . Bila orang tak tahu cerita apa-apa dia akan cari tahu sampai dapat jawapan. Itu lah yang Hafiz lakukan.



Hafiz terlihat adiknya Rasya Medina duduk termenung di tepi kolam ikan . Sesekali dia bermain-main dengan ikan. Hafiz datang dekat pada adiknya. Hafiz berdehem kecil. Rasya menoleh ke kanan untuk melihat siapa di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum kelat melihat abangnya yang berada di sebelahnya.


" Kenapa duduk dekat sini sorang-sorang ? " soal Hafiz. Tanganya mencapai bekas makanan ikan di sisi nya. Penutup bekas di buka dan makanan di campakkan ke dalam kolam ikan.


" Bosan duduk dalam. Tu yang duduk dekat sini. Dah lama kan tak datang sini.. " Balas Rasya mendatar.



" Firash mana? Hidup lepas kahwin okey ? Dalam perut tu dah ada ke belum anak buah abang ? " tanya Hafiz lagi. Rasya tergelak kecil. Sudah dapat mengagak abangnya pasti menanyakan hal yang sama. Biasalah kalau orang belum kahwin ditanya bila mahu kahwin. Kalau orang sudah berkahwin disoal tentang anak pula. Jadi yang kita ni haruslah menjawab saja dengan tenang.


" Ash ada dekat bilik agaknya. Hidup lepas kahwin alhamdulillah bahagia. Suami pun bagi makan cukup ... Pasal anak buah tu rezeki belum ada lagi lah bang... " Satu-satu Rasya menjawab pertanyaan Hafiz. Riak wajahnya tenang saja. Sudah biasa ditanya begini.

" Usaha lah sikit. Abang nak anak buah ni. " Kata Hafiz lalu dia tergelak kecil.


Rasya mencebik
" Pergilah kahwin. Buat anak sendiri. Sibuk dengan anak kita pulak. "



" Abang nak jaga mama dulu. Nanti-nanti jelah fikir pasal kahwin. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan mama sorang-sorang. Haaa bercakap pasal mama, kenapa mama dingin semacam ? " Riak wajah Rasya bertukar seratus peratus. Dia jadi serba salah untuk menceritakan hal sebenar. Rasa nak lari masuk ke dalam rumah saja sekarang ini.


" Hm abang tanya Ash lah kenapa. Biar dia cerita kan semuanya. Asya taknak. " Jawab Asya takut-takut. Dahi Hafiz berkerut seribu. Dia makin tak faham apa yang jadi sebenarnya.  Semua mahu berahsia.


" Asya cerita jelah dekat abang. Kenapa semua taknak bagitahu abang ni ? "


" Asya tak tahu pape lah. " Tipu Rasya. Dia sedaya-upaya menyorokkan rasa takutnya.


" Tadi Asya suruh abang jumpa Firash tanya pada dia, sekarang pula Asya cakap Asya tak tahu apa-apa. Semua dalam rumah ni mula nak berahsia kan ? Abang bukan orang luar pun. " Kata Hafiz dalam nada berkecil hati.
Dahulu boleh saja berkongsi cerita dengannya tetapi sekarang sudah mula pandai berahsia. Hafiz juga susah hati kerana perkara ini melibatkan mamanya.


Rasya terdiam. Dia mula teringat saat Firash menceritakan segalanya padanya. Allah sungguh dia rasa suaminya memang perahsia . Banyak perkara yang terbongkar hari ini. Satu-satu Firash mula menceritakan padanya.

Flashback.

" Kenapa jadi macam ni? " Rasya mula menyoal Firash setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

Suami Sementara © ✔️Where stories live. Discover now