Bam! Bam! Bam!
Ketukkan pintu bilik bertalu-talu. Haishh macam nak roboh pintu tu pun ada.
"Adik! Bangun!" Jerit Asyraf.
Aryana mencapai telefon pintarnya di atas meja dan menghidupkan screen. Ehh, pukul 4.55 pagi? Aishhh, menda lak ni? Dahlaa awal lagi ni. Minggu cuti ni nak pergi mana?
Dia menarik selimut hingga menutupi mukanya. Selang beberapa minit, pintu bilik Aryana dikuak dari luar.
Asyraf duduk di birai katil Aryana. "Adik! Bangun lah, mama suruh bangun!" Asyraf sedikit menjerit. Dia menggoncang bahu adiknya dengan kuat. Bukan dia tidak tahu, adik perempuannya ini sukar untuk bangun pagi.
"Baik adik bangun sebelum abang gunting rambut adik yang panjang ni." Ujar Asyraf berbaur ugutan sambil memegang rambut Aryana.
Dengan pantas Aryana bangun dari katil dan menjauhi Asyraf. "Apadia laa. Dia dok main ugut-ugut pulak. Ishhh awat yang abang jadi lagu ni." Marah Aryana dalam loghat Kedahnya dengan sedikit kuat.
"Nak lagu apa? Habaq mai. Meh nak suggest penyanyi. Khai Bahar? Aiman Tino? Tajul? Sufian Suhaimi? Haa habaq kaih. Kalau Khai Bahar cuma bayang adik je. Aiman tino pulak, dia rela orang benci dia. Tajul dia rindu awek dia, so adik takde harapan la. Sufian lak dia terakhir untuk adik." Asyraf dah mula merapu. Asyraf menggelengkan kepala sambil mengurut dagu seolah-olah memikiran masalah besar.
"Abang merepek apa ni? Makan ubat ka dak ni? Gila kot. Khai Bahar jangan main-main ahh. Boleh pulak kata dia tu bayang-bayang adik. Dia tu crush teragung adik tu." Bangkang Aryana apabila crushnya dikutuk. Haa siapa minat Khai Bahar dekat sini? Cer komen sikit.
"Hek eleh crush teragung konon! Danish nak letak mana?" Asyraf mejongket kening tebalnya berkali-kali. Aryana membuat muka pelik.
"Alahh dia tu boleh je letak mana-mana." Balas Aryana. Dia mengambil getah rambut di atas meja solek lalu rambut panjangnya disanggul kemas.
"Bapak ahh! Tak setia langsung. Kesian Danish tu. Kalau laa abang ni perempuan kan, dah lama abang ajak si Danish tu kahwin. Dia tu dah laa hensem, baik pulak tu. Haishh rugi, rugi." Asyraf menggelengkan kepala.
"Ishhh dah laa. Pi keluaq nuhh. Satgi adik turun. Habaq kat mama kata dalam 10 minit lagu tu adik turun." Ujar Aryana lalu dia mendekati Asyraf dan menolak Asyraf keluar dari biliknya. Aryana menutup pintu biliknya. Fuhhh! Lega! Nasib abang dah keluar, kalau tak lagi banyak dia mengarut.
"Okoyyyy!!!" Jerit Asyraf di luar bilik.
"Gila ka apa? Danish tu kawan baik aku. Suka hati jaa nak ajak kahwin." Bebel Aryana.
Dengan pantas Aryana menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas 5 minit dia sudah siap membersihkan diri. Well selalu perempuan mandi lama kan. Aku kejap je. Jangan risau aku mandi bersih bukan macam kerbau. Aku tak suka buang masa sebab tu aku mandi sekejap je.
Dia menuju ke almari baju. Pintu almari dibuka. Sweat shirt dan sweat pants warna kelabu menjadi pilihan hati. Baju dan seluar tersarung kemas di badan. Tudung sarung hitam dicapai dan disarung. Okay, siap!
Aryana menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Dapur adalah destinasi pertama. Puan Aisyah sedang sibuk mengacau air teh di dalam teko.
"Mama!" Jerit Aryana sambil memeluk Puan Aisyah dari belakang. Sungguh dia rindu akan pelukkan seorang ibu.
"Astagfirullahalazim! Ya Allah budak ni, terkejut mama. Ishhh apa adik ni? Pagi-pagi buta jerit macam tu." Puan Aisyah mengurut dada. Puan Aisyah menolak anaknya ketepi kerana sedikit mengganggu kerjanya.
YOU ARE READING
Pengawas King Dihatiku
Teen FictionDia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu terselit satu kisah silam yang pernah menghantui hidupnya . Masihkah ada ruang di hatinya untuk perempuan ? Adakah hati itu akan terkunci unt...