Aryana mengucapkan syukur kerana dia terlepas daripada soalan cepu emas yang bakal ditanya oleh Faziq. Dia melangkah keluar dari dewan. Termengah-mengah dibuatnya selepas lari daripada Faziq. Heh penat gak lari ni. Tulah dah lama tak workout gini lah jadinya. Rasanya bilik gym aku tu dah dua inci habuknya. Getus hatinya.
Ditoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Syaf. Dilihat Syaf sedang duduk di atas kerusi di sebelah dewan. Syaf segera melulu berlari ke arah Aryana sebaik sahaja melihat Aryana sedang terpacak berdiri di pintu utama dewan.
Aryana tergelak kecil melihat Syaf berlari ke arahnya. Comel. Macam budak-budak. Huhu
"Amboi kau. Tak sabar betul eh." Lalu ditunjal dahi jendul Syaf dengan jari telunjuknya berkali-kali. Syaf segera menepis lalu menjeling.
"Wehh! Wehh! Faziq cakap ape dekat kau? Dia ada marah kau? Dia ada bagi hukuman dekat kau?"
Bertubi-tubi pertanyaan daripada Syaf. Dipegang pergelangan tangan Aryana lalu digoyang tanda meminta jawapan. Sekilas matanya melirik ke sekitar dewan untuk memastikan Faziq tidak ada di situ.
"Entah." Aryana menjongketkan bahunya. Syaf merenung tajam wajah selamba Aryana.
Coklat cadbury di dalam poket bajunya dicapai lalu dibuka plastik coklat itu lantas dia memasukkan coklat itu ke dalam mulutnya. Aryana menikmati keenakan coklat itu sambil memejamkan mata. Secara tiba-tiba Syaf menampar kuat bahunya. Aryana mengaduh kesakitan.
"Woi, cakap lah betul-betul. Aku tengah cakap dengan kau ni. Kau pulak sibuk makan coklat." Marah Syaf.
Sakit hati dibuatnya apabila soalannya tidak dijawab dan dibiarkan seperti angin yang berlalu.
"Betul-betul." Jawab Aryana sambil membuat muka comel lalu matanya dikedipkan berkali-kali.
Syaf segera melepaskan tangan Aryana dengan kasar. Direnung wajah Aryana setajam-tajamnya. Marahnya membuak-buak. Aryana memberi sengihan lalu bernyanyi kecil.
"Eiiii, kau ni. Nasib je kau kawan aku." Syaf memeluk tubuh. Muka merajuk yang dipamerkan oleh Syaf mengundang tawa Aryana. Aryana ketawa mengekek.
"Hahaha! Kau sibuk nak tahu apesal? Dia tu abang kau ke?" Soal Aryana dengan tawanya yang masih bersisa.
Geli hatinya melihat wajah cemberut Syaf tanda tidak puas hati dengan jawapannya tadi.
"Tak lah. Dia tu kawan baik aku. Jadi sebagai kawan, aku ni care fasal dia. Hah, untuk pengetahuan kau, aku adalah satu-satunya kawan perempuan yang dia ada tau. Lepastu Faziq ni dia tak suka cakap dengan perempuan. Tapi en aku pun tak ingin lah ada abang macam tu. Cerewet mengalahkan perempuan." Jelas Syaf.
Sesekali Syaf ketawa kecil apabila teringat perangai Faziq. Faziq memang dingin tetapi dia seorang yang baik hati cuma tak pandai nak tunjukkan.
"Oooo. Patutlah dia dingin je dengan aku tadi." Aryana mencebik. Digenggam penumbuk kanan lalu ditumbuk tangan sebelah kiri.
"Hah sebelum tu, kau kelas mana?" Tanya Syaf sebaik sahaja melirik sekilas jam di pergelangan tangannya.
Dia sedia menanti jawapan yang bakal meniti di bibir Aryana.
"5 Galaxy 1. Kau?" Giliran Aryana pula menyoal.
Aryana mengukir senyuman manis buat Syaf. Sungguh dia tidak menyangka Syaf seorang yang peramah. Pandai Syaf menambat hatinya untuk berkawan dengan lebih rapat.
"Huiiii! Pandainya kau." Balas Syaf teruja. Dia bertepuk tangan. Haihh lain yang orang tanya lain yang dia jawab. Aryana menggelengkan kepala seketika.
YOU ARE READING
Pengawas King Dihatiku
Teen FictionDia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu terselit satu kisah silam yang pernah menghantui hidupnya . Masihkah ada ruang di hatinya untuk perempuan ? Adakah hati itu akan terkunci unt...