Bab 6

6.9K 323 11
                                    

Pagi ini sangat indah. Burung-burung berterbangan bebas di awan biru. Cahaya mentari menyinari bumi dan burung pipit berkicau. Manusia di segenap pelusuk keluar untuk meneruskan aktiviti harian.

Seperti biasa, aku akan ambil sepotong sandwich tuna kecil sebagai sarapan. Atuk akan tanya soalan yang sama setiap hari. Sama ada melalui telefon atau secara langsung. "Mika, sekolah okay?" Kami berbual pendek, menyakat sesama sendiri. Sempat aku kutuk atuk dah berkedut.

Hoverboard berwarna merah metalik aku gendong hingga ke luar rumah. Blazer biru gelap aku kemaskan sedikit, sebelum memulakan perjalan.

Atuk cakap nak pantau aku, sebab tu lah dia datang sini. Aku buat apa benda tak tahu lah sampai dia kena datang sini. Bukan tak boleh datang, tapi cara dia cakap tu. Abah beli rumah ni pon untuk aku tak lewat ke sekolah katanya.

Aku bakal head boy kot. Takkan nak lewat kan? Hah satu lagi selama ni aku kan prefect, mana pernah ada perkataan lambat dalam kamus hidup aku.

Nasib baik dua ekor Daniel's tu ada aktiviti lain. Kalau tak, habis dengan atuk terpengaruh dengan perangai gila diorang.

Radden ada je kat rumah ni, sebab tak sihat. Nasib dia tu jenis tak banyak cakap. Dia tu cakap bila dia rasa perlu je.

Diorang berempat tu datang sini sebab nak bagi rumah aku bersepah. Diorang cakap malas nak duduk dekat asrama. Antara semua aku sorang je tak duduk dekat asrama. Tapi tak silap aku tahun lepas diorang buat permohonan dekat pengetua untuk bubarkan asrama tu.

Diorang suruh buat bilik muzik. Aku tak faham betul lah dengan diorang tu. Setahu aku sekolah ni ada 4 buah bilik muzik. Dekat mana yang tak cukup tak tahu lah.

Sedar-sedar aku dah sampai dihadapan pintu pagar Diggory High. Aku mengukirkan senyuman untuk Pak Don yang berada di pondok pengawal tengah makan asam. Dia membuat muka terterlan biji durian menahan rasa masam.

Tanpa menghiraukan Pak Don, aku meneruskan perjalan ke bangunan pelajar.

Rambut tebal aku betulkan sedikit. Kening aku sikat guna kuku. Sikat kening guna kuku ni aku ikut Izmeer. Tak tahu pulak sampai jadi habit aku.

Dia punya ketagih tu tak tahu nak cakap. Lepas je betulkan rambut tangan ni tak boleh duduk diam. Dia nak jugak sikat kening.

Aku melabukan punggung pada salah satu bangku yang berdekatan. Sambil mata melilau mencari benda menarik.

Mata aku terpandang satu makhluk jijik dekat koridor tengah buat musically. Dengan gaya yang tak senonoh.

"Woi!" Jerkahku pada budak lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woi!" Jerkahku pada budak lelaki itu. Dia secepat mungkin menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar dan cepat-cepat dia blah dari tempat kejadian.

Sakit kepala aku pikir bebudak sekarang. Tiba-tiba migrain aku menerjah kepala. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Nasib baik ada fisherman friend. Ehh? Bukan benda ni untuk orang sakit tekak ke? Otak ahh bila masa aku beli?

Pengawas King DihatikuWhere stories live. Discover now