Flashback
(Dua tahun lepas)[ Faziq's POV ]
Deodorant jenama wild stone thunder aku sembur ke seluruh badan. Bawah ketiak, dekat rambut, muka, dan kaki.
Korang agak-agak berapa botol aku pakai deodorant untuk sebulan? Huh aku pun tak tahu berapa. Lupa duh. Banyak sangat.
Singlet hitam aku sarung dan cap hitam aku kemaskan atas kepala.
Okeyh muka dah handsome. Posing dah cun. Lemme take a mirror selfie. Samsung J7 Prime aku keluarkan dari poket. Ouhh ya sebelum korang kecam, aku ni peminat tegar Android. Hohoho.
Aku membuat muka macho dan kening tebal sebelah kanan aku naikkan sedikit.
Kachakkk!
Tanpa membuang masa aku simpan Samsung aku. Jersey longgar berwarna putih tidak berlengan aku capai dan sarung. Pantulan imej aku di cermin jelas menunjukkan bentuk biceps aku yang berlekuk.
Tak tau pulak ceq ni sado. Senyuman mengoda aku ukir lalu kening tebal yang terbentuk aku jongket. Huh patut lah ramai yang nak try aku. Aku ni sebenarnya handsome.
Jam G-Shock dipergelangan kiri aku pandang sekilas. 4.15 petang. Aku dah lambat nak pergi latihan bola keranjang.
Seumur hidup aku tak pernah lewat walau sesaat.
Barang-barang peribadi semua aku sumbat dalam beg sandang. Beg digalas kasar.
Aku memulakan larian seperti Hafiz Suib berlari apabila lagu awan nano berkumandang 'Bergitu lah awan nano setia melindungi diri tika panas cuba mengguris pipi dan bibirmu'. Tapi aku punya version laju. Dari bilik persalinan baju ke 'Dewan Sukan Diggory'.
Baru 20 langkah nak menghampiri dewan aku dengar perempuan menjerit. Eh tak tahu pulak aku kira langkah aku tadi.
Aku menghentikan larian. Peluh yang mula mengalir dari dahi, aku kesat kasar. Perempuan mana lak? Bukan semua dah balik ke? Lepastu aku dengar dia nangis.
Pelik.
Suara menangis mendayu-dayu tadi semakin kuat apabila aku melangkah ke arah pondok di sebelah dewan. Waklu! Asal makin kuat duhh?
Otak aku mula meliar memikirkan benda negatif iaitu
Hantu.
Peluh dingin mula membasahi belakang badan. Jersey baju tanpa lengan yang aku pakai jelas menampakkan peluh di belakang aku. Ketiak aku juga berpeluh. Sorry sebab mention ketiak. Aku cuma nak cerita bertapa peluhnya aku masa tu.
Jangan cakap siang-siang buta macam ni ada cik han. Bangunan tandas perempuan menjadi pelindung untuk aku melihat pondok. Aku menjenguk sedikit untuk melihat pondok berkenaan.
YOU ARE READING
Pengawas King Dihatiku
Teen FictionDia mungkin dingin tetapi dia seorang yang sangat berpegang teguh kepada janji . Disebalik sikap dingin itu terselit satu kisah silam yang pernah menghantui hidupnya . Masihkah ada ruang di hatinya untuk perempuan ? Adakah hati itu akan terkunci unt...