Bab 9

5.6K 304 6
                                    

Faziq menyilangkan tangan ke dada seraya memandang Aryana dan Danish yang dari tadi rancak bersembang di pondok yang berhadapan dengan bangku yang didudukinya.

Sesekali suara Aryana ketawa menyapa gegendang telinganya. Dia memandang mereka dengan penuh benci.

"Wehhh hang pasaipa?" Radden memegang bahu Faziq perlahan. Dani dan Izmeer disebelah tengah sakan berselfie.

Lantas Faziq mengalihkan pandangannya kepada Radden disebelahnya.

"Sejak bila diorang tu bercinta?" Soal Faziq sambil melirik ke arah Danish dan Aryana.

"Bercinta? Who? Isy dengan Aryana? Aku tak berapa nak sure lah bila yang depa tu declare an. Tapi yang aku tau depa memang rapat dari kecik ahh."

Faziq hanya mengangguk kemudian melirik kembali ke arah pasangan tersebut. Dia membuat muka cringe tahap kronik.

"Pasaipa yang hang dok tanya ni? Wait. Jangan jangan cakap yang hang...."

"Yang aku apa?" Pantas Faziq memotong. Dia meraup rambutnya yang berjuntai di dahi ke belakang.

".....yang hang laa ni tengah jealous dengan depa kannnn?" Radden menjongket kening berkali-kali sambil tersenyum penuh makna.

"What? Aku jealous? Pfttt nonsense betul." Faziq ketawa sinis.

"Mana lah tau kan. Tapi cara hang tengok depa macam tak puas hati dan kemungkinan besaq nampak macam hang suka kat Aryana." Radden membuat rumusan sambil mengusap dagu licinnya.

"Wehh mati hidup balik pon aku takkan suka that girl la. Kemon laa dia macam laki kot. Ibarat macam, hah aku bercinta dengan kau. Aku tengok muka budak tu pon menyampah inikan pulak nak fall in love dengan dia? Memang tak lah."

"Chill laa bro, aku cakap ja kan. Dahtu takkan hang suka Isy kot." Radden menepuk bahu Faziq berkali-kali sambil memejamkan mata.

"Hoi! Beragak sikit. Aku ni straight lagi kot. Aku masih waras lagi kot kalau nak suka Isy."

Radden ketawa berdekah lalu diikuti dengan Dani dan Izmeer.

"Alah aku melawak ja." Radden menghentikan tawanya yang masih bersisa. Lalu memandang Dani dan Izmeer yang masih giat ketawa berdekah-dekah.

Radden menggelengkan kepala berkali-kali.

"Macam mana kau boleh keluarkan statement yang aku suka dekat Aryana tu?" Faziq mengecilkan mata.

"Well, dari pandangan aku nampak macam hang ni meluat sangat bila Aryana tu dengan Isy. Hang tengok depa macam depa tu ada affair kat belakang hang."

Lantas Radden mencapai shades dari kocek baju seragam lalu mengenakan pada matanya dengan kemas.

Diurut dagu perlahan seperti baru sahaja mengeluarkan pandangan yang hebat.

"Hell nooo. Bila masa lak yang aku tak suka yang diorang tu ada affair? I'm just cringe dengan suara diorang gelak tu. Hahh, kau dengar bingit an?

"Ehh dak pon. Ayu jaa aku dengaq Aryana gelak. Sedap gegendang telinga aku mendengarnya."

Radden memejamkan mata seakan mengamati muzik paling merdu di dunia.

"Bodoh laa."

Faziq mencepuk kepala Radden

"Dah buat salah boleh pulak buat muka basi dia tu. Ingat lawa? Tambah pulak dia kawan dengan musuh aku. Memang meluap-luap lah benci aku kat dia." Faziq merengus kegeraman.

Faziq menyepak batu-batu kecil yang berhampiran sehingga terkena kaki junior perempuan yang sedang makan berhampiran mereka.

Dia terus melebarkan senyuman dan melambai buat Faziq tapi malangnya tidak dihiraukan. Junior tersebut langsung tak ubah seperti orang kurang siuman.

Pengawas King DihatikuWhere stories live. Discover now