Bab 5

8.5K 325 41
                                    

30 tahun yang lalu..

"Kamu cantik sekali, Eton." Puji Kismis sambil duduk disebelah Eton. Merenung dengan penuh rasa cinta.

"Ah, kamu ni Mis ada-ada aja." Eton tersenyum tersipu lagak pohon semalu pabila disentuh. Lalu dia berlari-lari anak ke batu bersebelahan. Terkejip-kejip mata Eton menggoda Kismis. Bagi Eton, Kismis adalah pemuda pertama yang mengetuk pintu hatinya, mengucap salam cinta dan buat diri Eton tak senang duduk merindui Kismis.

Kismis, anak tunggal Haji Jumaat. Seorang yang kacak, bertahi lalat di tepi bibir serta rambut berjambul. Ke mana sahaja dengan seluar kembangnya. Ramai anak dara yang mencuba nasib ingin menjadi ratu dihati, namun tidak berhasil.

Kismis dinamakan begitu kerana ketika ibunya mengandungkan dia, teringin sangat nak makan kismis. Pergilah si Haji Jumaat ke pekan untuk memuaskan idaman si isteri. Haji Jumaat rasa bersalah mahu meninggalkan Salamah keseorangan. Mengikut pengiraan bidan, esok atau lusa maka lahirlah anaknya itu.

"Ish tak sedap betul hati aku ni. Bini aku tu kalau tak diturutkan hajatnya, muncung aja lah mulutnya itu. Udah mau beranak, lagi mau mengidam. Ish ish ish." Rungut si Haji Jumaat sambil mengayuh basikal tuanya. Lagak gaya seperti Pak Mustar cerita Pendekar Bujang Lapok. Terhuyung-hayang basikalnya itu. Sudah tua begini, yang maju ke depan, perutnya dulu baru kaki.

"Ha, Haji? Mau ke mana?" Tegur Sarip yang hanya berjalan. Bayangkanlah perlahan macam mana kayuhan Haji Jumaat. Si Sarip yang berjalan kaki lagi laju dari dia, siap boleh ajak bersembang.

"Ni ha, si Salamah mahu makan kismis. Aku nak pegi la ke pekan kedai Sheikh tu. Nak beli dalam se.. eh.. eh... eh.." Haji Jumaat cemas mengelak batu. Hampir-hampir sahaja mahu tumbang. Dia menjeling Sarip. Kalau si Sarip tak sembang dengan dia, pasti dia tak panik begitu. Sudahlah nak tengok bawah masa mengayuh pun tak nampak, boroi sangat.

"Ha, yelah. Tak apa lah Pak Haji, elok-elok lah pergi tu. Saya mau cepat ni." Sarip tersengih lalu meninggalkan Haji Jumaat. Dia cuma mengangguk. Bersyukur kerana tak terlentang sebentar tadi.

Kismis yang diidam dah dapat. Haji Jumaat sekali lagi mengayuh dan mengayuh dengan penuh bersungguh untuk pulang.

Setibanya dirumah, Salamah sudah pun melahirkan. Perasaan gembira bercampur pelik. Gembira kerana selamat melahirkan, pelik kerana lama sangat ke aku kayuh basikal? Sampai bini aku sudah selamat ni. Tapi, tak apalah..

"Bang, mau letak nama apa sama anak kita ni?" Tanya Salamah sambil tersenyum.

"Aku mau letak Kismis. Bagaimana pula fikirian kau?" Haji Jumaat memberi cadangan.

"Kenapa kismis bang? Tiada yang senonoh sikitkah?" Muncung si Salamah.

"Sengaja dibubuh namanya gitu. Baru bunyinya Arab gitu. Aku ini kan sudah haji. Jadi, nama anak harus Arab. Mengerti?" Tegas Haji Jumaat penuh yakin.

Salamah hanya mampu mengalirkan airmata memikirkan idea suaminya. Mahu dilawan, berdosa pula. Sakit hatinya lebih parah dari sakit melahirkan.

"Maka dipendekkan cerita,
bertemulah sang pria bersama dara,
pertemuan bermula di majlis timbang tara,
ketika Kismis disoal bicara."

Kismis dihadapkan ke muka pengadilan kerana tidak mahu mengaku bersalah akibat melanggar itik kacukan peliharaan jirannya ketika menunggang motosikal. Ketika itulah buat pertama kali si Eton melihat Kismis. Terpesona hatinya melihat Kismis yang sedang sugul menunggu perbicaraan.

Semenjak hari itu, setiap hari Eton menghantar juadah ringan seperti kuih-muih buat Kismis. Memang benarlah kata orang, mahu pikat hatinya, pikat dulu perutnya.

Hari yang bersejarah telah tiba. Dua jiwa bertaut mesra. Ikatan sah mengikat cinta. Maka bergembiralah kedua mempelai itu di atas singgahsana. Namun, bahagia tak kekal lama. Dugaan datang tak kenal siapa.

Selepas bulan ketujuh kehamilan Eton, si Kismis dipanggil untuk menyahut tugas sebagai parajurit negara ketika negara tercinta bergolak gelora. Menangis si Eton pada hari dia menghantar suaminya untuk ke Melaka menentang penjajah.

Sarip memandang Eton dari jauh. Walaupun perut sudah memboyot, bagi Sarip, Eton tetap menggiurkan. Lenggang-lenggok si Eton memang dari dulu Sarip idamkan. Tapi ditentang keras oleh si Haji Jumaat tua kutuk!

"Kalau aku tak dapat kahwin dengan kau, aku 'menumpang kasih' pun jadilah." Bisik hati Sarip tatkala Eton melewatinya. Bau haruman Eton buat nafsu Sarip memberontak minta dipuaskan.

Malam esoknya, si Sarip mengunjungi rumah Eton. Diam-diam. Memanjat naik perlahan dan menguak daun tingkap. Sedikit berbunyi, biasalah rumah papan. Langkah diatur satu-persatu. Malam ni, Eton jadi hidangan utamanya.

"Sayanggg.." Sarip senyum sambil membuka pintu bilik. Terkejut Eton yang sedari tadi tak sedap hati dan sukar untuk tidur.

"Apa kau nak?" Jelas cemas pada suara Eton.

"Mestilah aku nak kau! Takkan bapak kau? Apa bodoh soalan kau ni?" Marah si Sarip yang sedari tadi memang tak tahan nak menerkam.

"Deli serep.. rama serep.. macan putih.. stan.."

PANGG!

"Jangan kau nak memandai seru Tok Cepoh kau!" Sarip melempang Eton.

** Tok Cepoh -- Menurut sumber, Tok Cepoh ini adalah harimau ghaib penjaga keturunan lebih dari 430 tahun. Ada juga yang mengatakan ini adalah harimau jadian tunggangan keturunan Raja Majapahit.**

Sarip membuka bajunya. Jelas terpampang bulu dada yang meloyakan tekak. Sarip menggulung bajunya, dan meletakkan pada mulut Eton.

"Gigit!" Jerkah si Sarip. Eton menggigit baju Sarip. Eton tak mampu untuk menjerit lagi. Sarip puas. Sarip mula melonggarkan seluarnya. Syaitan sudah merasuk. Tiada lagi belas kasihan. Eton cuma mampu mengalirkan airmata.

"Kurang ajar!" Tiba-tiba belakang kepala Sarip terasa pedih. Terasa ada yang mengalir. Bila disentuh, darah! Pandangan mata Sarip mula kabur. Sebelum rebah, Sarip sempat melihat wajah yang menghentaknya. Samar-samar. Kismis!

"Sial kau Kismis.. Aku.. Aku hampir saja dapat merasa nikmat dia.. Kau.. Kau buat aku mati dalam seksa.. roh aku takkan tenteram.. aku akan bangkit semula.. aku tuntut 'hidangan' aku!" Jerit si Sarip dengan mata terbeliak.

Sekali lagi Kismis menyerang tapi kali ini menyembelih Sarip. Putus kepala! Darah merecik ke serata tempat. Pekat merah.

Eton terkedu. Terasa susah nak hadam apa yang berlaku. Macam mana Sarip mati? Yang ada disitu cuma Eton dan Sarip. Eton tak nampak siapa yang bunuh Sarip!

SIHIRWhere stories live. Discover now