Bab 8

9.1K 376 128
                                    

Lagi sekali aku tersandar. Sakit kepala menucuk. Aku pandang abah. Abah cuma merenung kosong. Mak sudah tiada. Sofea pun.

Lebih kurang satu jam, orang ramai mula berpusu-pusu datang ke rumah aku. Mereka datang menguruskan jenazah. Alunan merdu surah Yassin mengiringi jenazah mak dan Sofea. Semoga mereka tenang di sana.

Pak ngah cakap, tak boleh bawak ke kubur lagi malam ni. Sebab dah larut malam. Esok saja lepas subuh. Aku mengangguk.

"Pak ngah tahu banyak benda yang kamu nak tanya." Pak ngah usap kepala aku.

"Berehatlah. Esok, selepas semuanya selesai pak ngah terangkan semua benda." Aku cuma mengangguk lemah.

Susah betul nak tidur malam ni. Pusing kiri pusing kanan, langsung tak boleh tidur. Menguap dah 35 kali. Haihhh. Badan aku pulak tetiba gatal. Kat belakang ni. Garu punya garu, akhirnya aku pun terlelap.

Esok pagi, jenazah ibu dan Sofea dibawa ke surau. Ramai jugak jemaah pagi ni. Aku ni bukanlah kaki masjid. Solat pun tunggang langgang. Terkial-kial jugak nak masuk ni. Hati rasa tak sedap, berdebar.

Pap!

Bahuku ditampar dari belakang. Pak ngah?

"Kau tunggulah kat van tu" Pak ngah berkata tanpa memandang aku. Kenapa? Aku tak boleh masuk dalam surau ke? Sebelum ni boleh je. Walaupun jarang ler aku menjejakkan kaki kat surau ni. Malas nak fikir, aku pun menuju ke arah van.

Dalam 15 minit, semua jemaah sudah selesai. Kedua jenazah diusung masuk ke van untuk dibawa ke tanah perkuburan. Aku pergi dengan abah, naik motor. Prekk preekk preekk. Macam nak lempang je ekzos tu.

Sayu aku tengok jasad tak bernyawa itu. Aku nak bersedih pun susah. Asyik gatal-gatal je badan. Semalam kat tengah belakang. Sekarang ni dah pergi leher. Sedap punya garu, pak ngah datang tegur.

"Sejak bila kau ada ruam ni Amran?" Tanya pak ngah. Mungkin dia perasan aku tergaru macam beruk yang kaki tertimpa buah kelapa kut.

"Sejak semalam pak ngah. Sebelum ni takde pun." Aku menjawab. Rimas. Herghh. Pak ngah senyum. Aku benci la senyuman macam tu. Misteri. Dulu pernah jugak dia senyum macam tu bila aku tanya berkhatan tu sakit tak. Sinetron sungguh.

Gatal aku makin menjadi. Kali ni menjalar ke tangan dan kaki. Bila aku selak tengok paha aku, berbulu! Lebat pulak tu. Sebab bulu ni ke aku gatal? Aku memegang belakang telinga. Bulu! Kenapa ni?!

Lepas majlis tahlil zuhur tu, aku mengatur langkah perlahan ke pokok belakang rumah. Aku selalu main kat sini dengan Sofea. Mak pulak kat sinilah tempat wajib dia tumbuk sambal lah, kukur kelapa lah, anyam ketupat, jahit baju, repair peti ais, tukar minyak hitam, tune gitar, dan belajar tomoi. Tak aku tipu je.

"Ha, Amran. Sini kau ye?" Entah celah mana pak ngah muncul tiba-tiba. Aku tersengih.

"Amran, banyak benda yang pak ngah nak ceritakan kat kamu ni. Serba salah pun ada. Pak ngah harap, kau boleh la terima." Pak ngah memulakan bicara sambil menggulung rokok daun.

"Pada suatu petang nan indah, kelihatan seekor gagak berkicau riangnya dan kera-kera bermain kejar-kejar." Sambil mendepakan tangan pak ngah bercerita.

"Sudahlah pak ngah. Takyah over sangat. Hambarlah." Aku menjeling.

*FLASHLIGHT*

EH? *FLASHBACK*

Roh dicabut ketika berdendam,
Memang tiada istilahnya tenteram,
Menunggu masa menebus silam,
Pada durjana yang berlaku kejam!

Roh Eton kian hari makin terseksa. Namun dia tidak boleh ke mana-mana. Rohnya dipaku di perigi. Tersekat antara langit dan bumi.

Bertahun dia menghantui kawasan tersebut hinggalah Kampung Simpang Hitam mula membangun. Jeritannya, rintihannya dan rayuannya sudah tenggelam. Tenggelam dalam kelompok manusia yang sudah tidak percaya akan toyol, tahlul apatah lagi bahlul. Dia lemah.

Hinggalah pada suatu ketika, dia dibebaskan oleh si tua. Si tua memberi syarat-syarat untuk dia bebas malah, bisa mampu menolong dia membalas dendam. Dia dijadikan makhluk berbadan kurus digelar Bawean. Dia minta untuk dijadikan pontianak agar kuasanya lagi hebat. Tapi ditolak mentah kerana jika mahu jadi pontianak kena tunggu lagi seratus tahun. Sekarang ni full. Bawean saja yang kosong. Dia akur.

Namun, lelaki yang berjanji dengannya tidak menepati apa yang dipersetujui. Membuatkan dia hampir mengambil langkah sendiri. Mujur si tua sempat menghalang.

Maka dia menunggu lagi untuk anak pertama mereka dilahirkan. Supaya bisa dia menumpang badan. Tapi badan perantaraannya tidak kuat. Anak pertama mereka mati! Mati kerana sifat gopohnya sendiri. Dia mahu berkongsi segera tubuhnya dengan anak itu. Tapi sayang, anak itu lebih disayangi Tuhan. Ketika dia seronok menjilat darah dibetis itulah pertama kali dia diterajang kuat. Sakit pinggang bukan kepalang.

Lalu ditunggu anak kedua. Tetapi lelaki. Dia hanya mampu menumpang jika anak kepada badan perantaraanya perempuan.

Dia mahu membunuh anak lelaki itu. Tiada guna dia hidup. Pada saat kelahiran anak itu, Bawean merangkak perlahan ke arah perut yang membunting itu. Kuku-kuku panjangnya dileret ke arah perut si ibu. Terkoyak baju! Menampakkan benjolan pusat dan gerakan kecil si anak.

Tiba-tiba si Bawean terasa dirinya dihayun ke belakang. Terlentang dia. Hah?! Tok Cepoh?!

Rupanya susur galur Kismis berakhir dengan Asmah. Cliché sungguhkan ceritanya? Macam drama tv3.

Ya! Tok Cepoh datang mencari waris. Warisnya cuma mampu lelaki. Namun, ini waris terakhir. Tok Cepoh mahu mengambil jasad tidak mahu lagi menjadi hamba abdi. Syaratnya, mati si ibu, anak itu bisa diambil pulang ke alamnya.

Bawean terpaksa menunggu lagi gilirannya. Kali ini, barulah tiba saat dinantikan. Anak kecil yang bakal dilahirkan adalah perempuan.

"Jadi, So.. so.. fea tu? Dia berkongsi tubuh Eton?" Terketar-ketar aku bertanya.

"Ya, kau ingatkan pak ngah cakap perjanjian mereka, mati si ibu maka matilah anak?" Tanya pak ngah. Aku mengangguk. Kepala aku makin berat.

"Perempuan yang abah kau jumpa dekat perigi tu anak si tua. Hanya keturunan si tua sahaja yang tahu ubat untuk buat mak kamu bertahan. Tapi kuasa Tuhan tu Maha Hebat. Tiada tertanding. Mak kamu pergi jua. Dan.." Pak ngah berhenti. Memandang aku.

"Sebab itu pak ngah cakap Sofea bukan adik kamu. Dia cuma hidup sementara. Menjadi mangsa syaitan! Abah kamu meminta rezeki pada yang salah. Inilah akibatnya. Kamu juga Amran. Kamu juga akan pergi." Suara pak ngah terketar menahan sebak.

Kepala aku berat. Mata aku kabur. Entah betul atau tidak. Aku lihat kawanan harimau berada di sekeliling aku. Aku dah tak nampak pak ngah. Kawanan harimau itu menunduk menyembah aku. Seakan aku ini raja mereka!

Aku rasa badan aku melayang. Terbang tinggi. Dan aku tahu, aku takkan kembali!

















SIHIRWhere stories live. Discover now