Tik.. Tok.. Tik.. Tok..
Jam di dinding terasa lambat bergerak. Sapuan cuma mampu menunggu dibangku bersebelahan wad bersalin. Gerakan kakinya sama laju bersama degupan jantung. Berdentak risau. Tak ada apa yang boleh dilakukan. Nak menolong, Sapuan bukan doktor jauh sekali bidan.
Wati sebagai nurse yang sedang bertugas tersenyum melihat Sapuan. Kejap-kejap tergeleng kejap-kejap mengangguk. Perkara biasa bagi seorang suami menunggu isterinya yang sedang bertarung nyawa.
"Anak sulung ye, bang?" Si Wati menyapa.
"Hm." Sepatah Sapuan menjawab. Si Wati faham. Dalam keadaan genting begini, tiada siapa yg mampu tersenyum. Baru sebentar tadi dia bersama dua lagi nurse membawa Puan Asmah ke labour room. Keadaan Puan Asmah tak sama seperti ibu-ibu yang mahu melahirkan sebelum ini. Perut dia lebih besar. Malahan, rekahan-rekahan perutnya seakan mahu mengeluarkan darah dan menampakkan isi. Rekahan sepatutnya nampak biasa tapi kali ini seperti ditoreh benda tajam. Ditambah dengan perut yang berombak jelas menunjukkan bayi meronta mahu keluar!
Saat mata Wati tertancap ke arah perutnya, tangan Wati direntap kasar. Puan Asmah seakan marah terhadap Wati kerana merenungnya. Wati terkejut.
"WOI!" Sergah Milah.
"Terkejut aku, bodoh!" Wati mendengus menahan marah.
"Hahahaha. Alaa aku main-main saja. Aku lihat kau termenung saja. Bukan kau patut pergi check2 katil mcm selalu ke?" Tanya Milah. Milah bukan nurse. Milah bekerja di bahagian katering.
"Haah. Dan kau ni bukan patut dah berambus ke?" Jeling Wati.
"Saja la aku melawat kau. Eh, apahal makcik tadi? Aku nampak dia macam marah kau je? Kau ada tersiku perut dia ke tadi? Tanya si Milah yang memang kaki gossip.
"Kau nampak eh tadi? Entah dia. Aku terpandang je perut dia. Sebab perut dia lain macam. Pastu direntapnya tangan aku ni. Elok aku dah baringkan dia kat katil, dia cakap kat aku jangan cerita kat sapa-sapa. Lepas tu terus dia pejam mata." Wati mengimbas saat-saat aneh yang tak berapa indah dengan Puan Asmah tadi.
"Oh.. hmm kau hati-hati lah eh. Aku gerak dulu. Apa-apa roger aku. Tu pon kalau aku tak off henfon la. Hahaha.." Wati tersenyum melihat gelagat Milah. Sudah masak dengan perangai dia.
Wati meneruskan tugasnya malam itu. Setiap katil diperiksa rapi. Setelah selesai, Wati pulang ke meja kaunternya. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Bunyi cicak menemani derapan kakinya.
Wati mempercepatkan langkah. Bunyi nyalakan anjing kedengaran. Dengar betul-betul di bahagian blok sebelah. Sampai di kaunternya, Wati duduk dan cuba tenangkan diri. 10 minit kemudian, tiada apa yang berlaku. Tiba-tiba..
tap.. tap.. tap
Bunyi seakan air paip menitik. Mustahil. Sinki ataupun tandas jauh. Wati meneruskan kerjanya. Tanpa sengaja, siku Wati tertolak bekas pen, maka jatuh bertaburanlah pen-pen di lantai. Wati tunduk dengan malasnya sambil mengomel sikap cemerkapnya sendiri.
Sebaik diangkat wajahnya..
"Oi! Mesin basuh terkoyak! Kau mampos tergolek pruu prruu pringg." Melatah Wati sambil mengurut dadanya.
"Puan, takboleh jalan jalan macam ni. Puan kena baring dah. Bila-bila masa puan boleh bersalin." Wati sedikit panik.
Puan Asmah diam. Bunyi seperti air menitik kedengaran lagi. Kali ni lebih dekat. Kuat hati Wati mengatakan yang menitik itu dari Puan Asmah. Takkan air ketumban kot? Gulp.
Wati bangun dengan niat ingin memimpin Puan Asmah ke wadnya. Benda pertama yang menangkap perhatian Wati adalah makhluk kecil seperti bayi 3 bulan sedang menjilat darah yang mengalir membasahi betis Puan Asmah. Air liur makhluk tersebut yang menghasilkan bunyi seakan air menitik sebentar tadi.
YOU ARE READING
SIHIR
Horror[TAMAT] Perjanjian kufur ditanda janji, Sihir pemisah suami isteri, Janin sulung diseksa mati. "Makcik sampai tersilap letak garam dalam air teh sebab sambil bancuh air tu makcik baca cerita ni" -- makcik siti "Akak muntah dan pening lepas baca ceri...