BAB 6

7.6K 302 64
                                    

Selepas beberapa bulan sejak kejadian pembunuhan kejam si Sarip, Eton mengalami kemurungan. Namun, kian beransur pulih tatkala cahaya mata sulungnya sudah lahir ke dunia. Tersenyum Eton melihat si kecil molek itu, bertahi lalat sama seperti Kismis. Pertama kali melihat Kismis, Eton menyangkakan Kismis mendapat nama dari tahi lalatnya. Tersenyum Eton sendirian.

Sudah hampir 6 purnama. Khabar berita tentang Kismis masih belum kedengaran. Apa sihatkah suaminya? Apa makin kuruskah? Setiap hari, Eton cuma mampu berdoa dipertemukan semula dengan suaminya.

"Eton gila Eton gila.. Buuu!" Beberapa anak kecil yang sangat nakal mengejeknya. Sudah menjadi rutin, setiap kali lalu sahaja di rumahnya, pasti diejek begitu. Eton sabar. Bagi Eton, mereka cuma anak kecil yang kurang kasih sayang. Sebab tu jadi kurang ajar.

"Aduh!" Eton menjerit kesakitan.

"Hahaha kena! Lari! Lari!" Sudah melampau anak ini. Hingga berani melempar batu. Eton menangis. Kalau Kismis ada, pasti dia akan melindungi dirinya. Tapi Eton bukan menangis pasal Kismis juga bukan kerana kepalanya yang berdenyut, tapi menangis memikirkan beras yang sudah tiada. Mau makan apa?

Selama bekalan makanan peninggalan Kismis dan arwah ibunya ada, Eton tak pernah keluar rumah. Ada sahaja mulut-mulut dengki yang selalu tidak puas hati dengannya. Malah ada yang kata, sudahlah bela hantu, membunuh pula si Sarip yang kaki masjid itu untuk dibuat santapan hantunya. Eton tak suka diumpat begitu. Eton tak layan gosip-gosip murahan.

Malam berganti siang. Minggu hampir berganti bulan. Eton sudah tidak mampu untuk teruskan hidup. Eton putus asa. Hampir sebulan dia cuma makan ulam. Makin kurus badan Eton. Cengkung tidak cukup zat. Hendak bekerja untuk sesuap nasi, dia dihina dan dicerca. Pernah juga dipukul. Susu juga hampir kering untuk disuap anaknya.

Eton lapar. Lapar daging. Dia melihat anaknya. Comel. Tapi tiada guna. Cuma tahu menangis dan menyusahkan. Seakan kerasukkan, Eton merangkak perlahan ke arah anaknya. Si anak ketawa dengan gusi tanpa gigi tatkala melihat ibunya. Sedikit pun Eton tidak peduli. Eton merentap kepala anaknya, dihentak terus ke lantai. Pecah!

Eton ketawa. Darah terpercik ke mukanya. Lalu dijilat. Eton tersenyum puas. Perlahan Eton membawa 'makanannya' ke dapur.

TUK! TUK! TUK!

Bunyi mayat anaknya ditetak diatas alas pemotong kayu. Eton sudah tiada perasaan. Otak anaknya dikeluarkan. Masih suam. Eton mencubit sedikit.

"PUIH! TAK SEDAP!" Eton meludah. Digigitnya pula tangan anaknya. Liat. Tapi daging segar memang rasa manis. Nafsu mula membuak. Rakus melahap dan melapah. Kasih sayang seorang ibu sudah tiada. Akal waras seorang manusia sudah hilang.

Eton terduduk. Kenyang. Tapi masih belum puas. Ya, selama ini orang kampung mengata dan mengeji tanpa sebab, biar kali ini mereka membencinya dengan sebab. Biar kali ini, malam mereka tidak aman. Biar kali ini lebih mengawasi pergerakan anak kecil mereka.

Eton terjaga tengah hari keesokkan harinya. Lapar. Tulang-belulang anaknya dibungkus dalam kain dan ditanam dibelakang rumah. Ketika leka mengorek tanah, Eton perasan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

"Siapa tu?" Eton memanggil. Keluar dari celah pokok pisang, anak kecil berusia lebih kurang 6 tahun.

"Eh, anak ni siapa? Kenapa ada disitu? Kenapa tak balik rumah?" Soal Eton sambil menelan air liur. Anak ini tembam. Pipinya yang besar buat matanya sepet.

"Cici. Cici hilang." Mukanya sedih.

"Oh Cici datang lah sini. Teman makcik." Eton tersenyum menampakkan gigi-gigi hitamnya yang penuh kaviti.

SIHIRWhere stories live. Discover now