Bab 4

7K 80 7
                                    

Suatu malam yang hening. Ris duduk sendiri dikamarnya. Hari ni dia terpaksa menetap dirumah keluarga. Danny, ayahnya outstation. Jadi dia terpaksa menemani chiqa, ibunya yang bersendirian. Aktivitinya terpaksa ditangguhkan seketika.

Tengah malam menjelma, ris membuka laptopnya untuk melayari internet. You-tube dilawati. Satu persatu video dia menekan serta meneliti setiap aksi jenayah yang dilihat. Tanpa disedari, chiqa berada dibelakangnya. Ris terkejut. Chiqa masih diam berdiri. Tidak bergerak walau setapak. Ris mengigil. "Ibuuuu..."
ris memecah sepi. Chiqa terpaku. "Kenapa ris tengok video kejam macam ni?" Chiqa bertanya. "Ris suka". Dia menjawab perlahan. Chiqa berasa aneh dengan tingkah laku anaknya. Laptop ditutup. Chiqa memanggil ris untuk pillow talk. "Sejak bila ris pandai tengok video macam tu?" Chiqa bertanya. Ris hanya diam. Matanya berair. Tangannya menguis nguis cadar katil. "Ibu tanya ni, jawablah sayang." Chiqa melembutkan suaranya. Ris memandang chiqa dengan wajah yang kosong dan menjawab. "Ris suka dan ris nak jadi pembunuh, ibu"
Hati dan jantung chiqa berdegup laju. Terasa panas diseluruh badan. Tangannya menggigil terasa mahu melempang wajah anaknya. Tapi tidak sampai hati pula. Chiqa menangis. "Kenapa? Kenapa risss?!" Ris bangun dan menuju ke pintu almarinya. Pintu dikuak dan terpampanglah foto mayat yang hancur hasil daripada jenayah yang dilakukannya. Chiqa menutup mulutnya. Air matanya jatuh deras.

"Ris terasa nak membunuh. Sebab tu ris buat. Sebab tu ris tengok. Tapi ibu jangan risau, sbb ris sayang ibu dengan ayah.. ris tak akan bunuh ibu dengan ayah"

Ris meluah sambil mulutnya tersenyum ngeri. Mata chiqa terbeliak setelah mendengar kata kata ris. Chiqa ingin lari ke pintum tapi ditahan oleh ris. "Ibu janjikan jangan bagi tahu sesiapa? Ni rasia kita tau". Chiqa terkedu. Apa yang patut dia lakukan? Ris memeluk chiqa sambil berkata. "Ris sayang ibu" hancur hati chiqa dengan tindakan ris. Ketakutan juga timbul dalam hatinya. Bagaimana dia ingin membantu ris, berubah seperti dahulu. Otak chiqa ligat berfikir. Kini dia terpaksa tinggal dengan ris selama seminggu. Danny outstation, terasa malang nasibnya walaupun dengan anak sendiri. Chiqa membalas pelukan ris dengan penuh kasih sayang. Sayang yang teramat sangat pada ris. Satu satunya anak yang dia ada.

Tiba tiba lamunan chiqa terganggu. Ris mengajak chiqa untuk tidur bersama. Menemaninya didalam bilik dan katik yang sama. Hati chiqa berbelah bahagi. Ingin terima atau menolak. Walaupun hatinya sangat merindui anaknya yang makin hari makin aneh, tetapi perasaan takutnya berjaya menawan seluruh tubuh chiqa. Perlawaan ditolak lembut. Kelihatan wajah ris berubah masam seakan tidak puas hati. Bintik peluh kelihatan diwajah chiqa. Mengharapkan segalanya baik. Dia hanya ingin keluar dari bilik ini dengan segera. Berdoa chiqa dalam hati. Ris melepaskan pelukan dan menuju ke katil. Menyelimut tubuhnya hingga ke leher. Hanya wajah yang terlihat dengan muka yang masam seakan geram dan marah pada chiqa. Lampu dipadam dan pintu ditutup rapat. Chiqa menarik nafas lega dan sebelum dia beredar, chiqa mendengar ris menjerit dan ketawa sendiri.

~gila & psyco~

Aku°2Where stories live. Discover now