Bab 7

4K 58 2
                                    

Terlelap dalam tandas. Okay, memang pelik tapi itu lah kenyataannya. Chiqa menjadikan toilet sebagai tempat paling selamat untuk dia duduk. Pintu dikuak perlahan. Sambil kepala meninjau kiri dan kanan. Mencari kelibat ris. Seram dan sunyi. Hati berdebar. Bagai masuk ke rumah hantu. Ris duduk di sofa sambil makan burger. Kelakuannya seakan tiada apa. Riak muka selamber. Mengunyah burger dengan lahap seakan kelaparan. "Nasib baik kau tak makan manusia nak". Chiqa bercakap sendirian. Melihat anaknya sebergitu. Chiqa membuat keputusan untuk bertindak selamber. Tiada apa yang berlaku. PADAHAL! ris menegur dan memperlawa chiqa untuk makan burger yang dibeli di warung bawah rumahnya. Makan tanpa bicara. Kelaparan teramat. Selesai makan, ris menyuruh ibunya untuk tonton movie bersamanya. Bila ditanya apa tajuknya, ris tidak dijawab. Chiqa membiarkan walaupun hatinya tidak sedap. Bila mulanya movie. Baru chiqa tahu itu cerita pembunuhan. KILLING 2013. Mata chiqa terbeliak. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat cerita pembunuhan kejam seperti itu. Beberapa kali tangannya akan menutup muka apabila aksi membunuh muncul. Tapi ris. Kekal seperti itu. Mukanya teruja dan memberikan sepenuh tumpuan pada cerita tersebut. Perasaan seram menyelimuti tubuh chiqa. Selesai satu movie. Disambungnya lagi dengan movie yang lain. Semuanya seakan sama. Cuma cara dan watanknya sahaja yang berubah. Terasa bagai nak muntah bila lihat terlalu banyak darah. Tapi sayang nak keluarkan balik burger yang ditelan tadi. So, terpaksa la tahan diri separuh nyawa. 4 pagi. 5 movie pembunuhan telah ditonton. Kini perasaan chiqa tenang dan kosong. Matanya kini tidak lagi lari lari dari kaca tv. Mukanya tiada lagi kerut ketakutan. Hati sudah lali dan itu lah yang ris mahukan. Tiada lagi ketakutan pada wajah ibunya. Tiada lagi mual. Tiada lagi pengsan. Tiada lagi tangisan. Kini ris yakin ibunya sudah bersedia. Ketawa syaitan dalam hati bergema satu kepala. Hati tidak sabar. Membuak untuk menguji. Menguji ibunya. Chiqa....

Aku°2Where stories live. Discover now