Bab 6

4.8K 68 5
                                    

Ris membawa chiqa ke rumahnya. Rumah dimana tempat persembunyian segala gejala yang mengerikan. Chiqa menggigil ketakutan. Takut dengan anaknya sendiri. Yang baru berumur 18 tahun. Merepek. Tapi kenyataan. Menggigil sehingga terasa ingin membuang. Besar atau kecil, aku pun tak sure. Balik kepada cerita asal. Bilik tengah daripada tiga bilik dituju. Menyuruh untuk chiqa menetap disitu. Dengan senyuman yang sinis, ris sempat berkata. "Kita mula pukul 12 tengah malam ye ibu" darah chiqa berderau hingga ke kepala. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari luar. Jantungnya berdegup laju. Terasa seperti ingin terkeluar. Air mata turut membasahi pipi.

Jam menunjukkan pukul 11:59 malam. Dada masih berdebar. Mata chiqa tidak lari dari muka pintu biliknya.

5

4

3

2

1

Bunyi tapak kaki menghampiri. Chiqa menyelimutkan dirinya. Berlakon seakan tidur. Mata dipejam rapat. Tangan disorok bawah bantal bagi elak menggeletar. Telinga dipasang 100%. Pintu dibuka perlahan.. "ibuuuuuu" suara ris memanggil. Chiqa masih dengan lakonannya. Tapak kaki kedengaran lagi. Kali ini semakin hampir. Kini, terasa bayang ris berada dihadapannya. Jantung chiqa semakin laju. Terasa sesak didadanya untuk bernafas.

"Ibuuuuu" ris memanggil lagi sekali. Chiqa masih mendiam. "Ibu tidur ke? Tapi ris tahu ibu tak tidur...hehehehe" ketawa ris membuatkan peluh didahi chiqa mengalir. Nafas cuba dikawal tenang. Tetapi malang. Ris mengeluarkan pisau dan hentam ke atas meja katil. "Ibu jangan tipu ris kalau ibu tak mahu jadi mangsanya!" Nada suara ris memenuhi ruang. Chiqa yang terkejut terus terduduk dan tergamam melihat pisau tegak dimeja sebelahnya. Muka ris merah kemarahan dan matanya tajam memandang chiqa. Tangan ibunya direntap dan diseret menuju ke ruang tamu. Saat kaki chiqa melangkah, dia terlihat cecair merah pekat mengalir diatas lantai.

Bagaikan nafas terhenti, dua biji matanya melihat susuk tubuh seorang kanak kanak perempuan yang berlumuran darah. Tangan dan kakinya terikat kemas. Duduk diatas kerusi kayu. Mulut disumbat kain buruk. "Allah!!!" Chiqa menjerit nama Tuhan yang Esa. Jatuh terduduk. Lutut menjadi lemah. Ris hanya membiarkan. Melangkah ke mangsanya untuk dihiris dan dibuat menjadi tikus experiment.

Chiqa hanya mendiamkan diri. Menangis dan menggigil. Seperti dia mangsa seterusnya. Ris meneruskan aksinya. Rambut dipotong botak, jari kaki dijahit rapat rapat, mulut dipin kiri kanan seakan tersenyum. Kejam. Sangat kejam untuk seorang kanan kanak. Chiqa menjerit menyuruh ris memberhentikan perkaluannya. Tapi ris tidak mengendahkan langsung. Dia seakan pekak dan gila. Matanya terbeliak dan bibirnya tersenyum kepuasan. Ris sudah dirasuk hantu! Kini tangannya mencapai pisau lipat. Menghiris tangan anak kecil tersebut. Darah menitik dengan banyak. Bagai boleh ditadah dalam baldi. Chiqa yang terduduk di sudut rumah seakan loya dan pitam. Melihat terlalu banyak darah. Tubuhnha lemah dan longlai. Memerhatikan tubuh anaknya yang rakus menyiksa anak kecil itu. Hanya tuhan yang tahu perasaan takut, sayu dan gelinya chiqa pada masa itu. Tapi tiada apa yang boleh dilakukan. Takut jika dirinya pula yang jadi mangsa. Tidak lama kemudian, ris menghulurkan sesuatu pada chiqa. Mata chiqa terkebil kebil melihat benda tersebut. Berbentuk seakan bujur dan masih bergerak gerak. Darah menitik nitik dari bende alah itu. Chiqa tergamam. Tidak bergerak. Ris mencapai tangan chiqa dan menyuruh ibunya cuci dan menyimpan benda tersebut didalam balang. Chiqa hanya menturuti. Semasa dia.membasuh, baru dia tersedar benda yang dipegang itu adalah jantung. Terlepas dari tangannya dan dia menjerit. Ris berlari kearah chiqa dan melihat jantung itu diatas lantai. Air muka ris berubah. Marah dan geram. Hancur koleksinya. Ris mengambil jantung tersebut dan keluar dari.bilik air sambil menghempas pintu. Chiqa menangis tersedu. Terduduk didalam tandas. Takut untuk keluar. Untuk menatap wajah anaknya.

Aku°2Where stories live. Discover now