bab 18

2.6K 57 5
                                    

Kami duduk berhadapan diantara satu sama lain. Aku masih menunggu apa kebolehan lain yang akan aku peroleh dari pak an. Mata aku tertumpu pada tingkah lau pak an. Mulut yang terkumat kamit beserta tangan yang dilenggok kan seakan memuja sesuatu. Dan tiba tiba

BUUUSHHHHH!!!

marakkan api keluar dari tangan pak an. Mata aku terbeliak. Mulut ternganga dan terkedu. Suasana menjadi panas, bahang dan bau terbakar. Beberapa saat kemudian api tersebut makin kecil dan menghilang. Tangan pak an aku lihat. Tiada luka langsung! Pak an senyum. Aku masih kaku.

Seterusnya dia hilang dan muncul di tempat lain. Hilang dan muncul kembali. Yang part tu aku seram. Dah serupa hantu raya je aku tengok 😨

Seterunya, pak an terapung dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa kakinya menyentuh lantai. Tali aku tak nampak dan itu aku kagum.

Seterusnya, pak an boleh menggerakkan barang2 berat didalam rumahnya hanya perlu merenung untuk beberapa saat.

Yang ni dh pasti guna jin belaan ni. Dahi aku kerut seribu.

Dan akhir sekali. Pak an boleh menyuruh dalam paksaan seseorang untuk menturuti kata katanya. Dalam kata lain, pak an boleh memukau orang!

Part yang last tu aku terlebih minat dan pak an tersenyum lebar melihat aku. Mungkin dia boleh baca pikiran aku juga? Entah la.. yang pasti aku suka part last tu..

Kau suka?

Pak an bertanya.

Aku hanya menganggukkan kepala.

Tapi...

Tapi apa?

Tapi, pak an guna jin kan?

Pak an terdiam. Wajah anak2 didiknya bengis merenung aku.

Bukan pak an, aku tanye je. Sbb memangla aku bunuh orang, makan orang pun ada. Tapi tak de la sampai nak jadi kawan jin.

Luahan aku beserta muka seposen membuatkan pak an mengamuk. Api marak muncul dibelakangnya. Barang barang berterbangan dan tingkap pintu terbuka tertutup sendiri. Keadaan menjadi kelang kabut. Dan pak an bersuara

KAU MENGHINA KELEBIHAN AKU! KAU TAK MAHU IKOT AKU RIS? KAU MEMPERLEKEH KAN ORANG SEPERTI AKU?! KAU AKAN MENYESAL NANTI RISSSS!

Bagai taufan melanda, semuanya bertebangan dan tonggang langgang. Aku menjadi gerun dan hati aku berbolak balik. Anak2 didik yang membaca mantera yang aku sendiri tak faham. Kuat dan bergema. Tiba tiba aku berasa sakit. Sakit diseluruh badan! Mata aku kabur dan pedih.

Aku menjerit.

Pak an! Stop!!

Selama 10 minit keadaan seperti itu. Kesakitan semakin berbisa. Aku jadi buta dan semakin lemah. Nafas aku bagai disekat dan kedengaran bunyi mengilai dan suara garau menyuruh aku mengikut jejak pak an.

15 minit. Aku cuba menahan. Dan minit ke 20 aku menyerah kalah. Nafas di hujung tanduk. Aku tak mahu mati lagi. Aku masih muda!

BAIKLAH, AKU IKUT KAU!!

aku menjerit sekuat hati sebelum semuanya gelap..

Aku°2Where stories live. Discover now