bab 11

2.9K 65 2
                                    

Sebulan berlalu. Chiqa menyendiri. Memerangkap dirinya didalam bilik. Tanpa makan atau minum. Setiap malam menangis ketakutan dan meracau. Danny menjadi runsing. Semenjak chiqa bercakap phone dengan ris. Kelakuannya berubah. Tidak mahu keluar rumah dan takut melihat orang. Walaupun rakan2 nya sendiri. Dokter dipanggil ke rumah. Mengesahkan situasi sebenar. Chiqa meracau bagai orang gila. Menggigil dan mengelumpur mahu melarikan diri. Ubat penenang diberi. Sebelum mata tertutup danny mendengar chiqa berkata..

"Se..se..selamatkan diriii aba..nggg..laarrii..riisss"

Muka danny berubah. Apa? Keliru? Kenapa dengan ris? Bermacam perkara di benak fikirannya. "Lari...ris?" Lari daripada ris? Atau lari dengan ris? Apa benda semua ni??! Danny keliru. Selama sebulan chiqa sakit. Dia tidak dapat tumpukan perhatian pada kerja. Ris pula dah lama tak balik. Call pon tak diangkat.

Danny kedapur. Membuka peti ais dan mengambil air mineral. Diteguk masuk ke tekak. Melegakan sedikit kerunsingannya. Nafas ditarik panjang. Kaki melangkah. Punggung melabuh ke sofa. Tv dibuka. Siaran ditukar. Tiada yang menarik. Danny mengeluh lagi. No 9 ditekan pada remote. Berita tv 9. Mengeluarkan berita2 dunia. Peperangan syria. Kes pencurian. penculikan kanan kanak. Pembunuhan. Dan sebagainya. Berita tersebut merunsingkan lagi pikiran danny. Semuanya kejam dan memeningkan kepala. Tv ditutup.

Melangkah ke bilik melihat keadaan chiqa. Sayu. Sedih. Mengapa? Apa yang dah terjadi sebenarnye sayang? Danny berkata sendiri didalam hati. Ruang bilik yang besar menjadi sunyi. Hanya bunyi nafas kedengaran. Mata danny berair. Mengalir dan menitis. Sayu... sayu melihat orang yang disayangi dalunya ceria. Kini tidak lagi. Hanya terbaring terlentang.

Aku°2Where stories live. Discover now