bab 16

2.8K 64 5
                                    

Pondok buruk menjadi sarang. Jauh dari orang ramai dan kawasan perumahan. Otak ligat berfikir. Apa langkah seterusnya. Kaki menghentak lantai dengan laju. Muka gelisah. Titisan air terbentuk di dahi. Kuku jari digigit satu persatu. Ditarik dan diludah. Ada yang sampai berdarah tapi kesakitan sudah tidak dirasai. Lari sehelai sepinggang. Tanpa bekalan atau kelengkapan. Hanya diri dan pakaian dibadan. Runsing. Otak ris giat bekerja. Mencari strategi baru. Terbayang wajah ibu dan ayahnya. Dendam dihati terlihat. Nafas ditarik dalam dan dihembus dengan dengusan yang kuat. Rambut yang kusut di usap kasar. Keadaan sudah tidak terurus. Seakan orang tidak siuman. 745 petang. Ranting kayu dikutip untuk dijadikan unggun. Api dihidupkan dengan menggunakan 2 biji batu yang pemukaannya leper.

Tapppp...taapppp...

Api tidak kelihatan. Hati merungut. Dicuba sekali lagi.

Tapp..tappppp....

Tidak juga menjadi. Batu dicampak. Jeritan kemarahan kedengaran. Tiba tiba ada yang menegur. Ris menoleh kearah suara tersebut. Kelihatan satu lembaga seorang lelaki. Berpakaian lusuh. Umur sekitar 70. Berjanggut panjang. Berkaki ayam. Lilitan tali dipergelangan tangan dan kaki. Rantai dibalut kain kuning. Dan senyuman penuh muslihat.

Siapa kau?

Ris menegur kasar. Lelaki tersebut masih tidak bergerak. Gigi kuningnya kelihatan. Keadaan menjadi sunyi. Angin malam sejuk menghembus ke tubuh. Kesejukan terasa hingga ketulang. Perasaan benggang tadi makin betambah bila melihat lelaki tersebut. Kaki melangkah kearahnya.

Kau nak apa orang tua? Pergi tempat lain. Aku dah amik kawasan ni!

Betah ris berkata. Nada yang kasar dan berlagak. Lelaki tadi masih berdiam dan tersenyum sinis. Ris jadi makin bengang. Batu tadi dicapai dan dicampak ke arah lelaki tersebut. Tapi tidak mengena. Ris tergamak seketika. Diambil lg batu, dibaling tapi masih tidak mengena. Matanya digosok kasar. Orang tua itu masih dengan senyumannya. Mata ris dikelip beberapa kali. Dan tiba tiba kelibat tersebut disebelahnya. Ris menjerit terkejut..

Aaaaaaaaaaaaa!!!!

Jeritan bergema. Suasana yang sunyi menjadi kabut seketika. Ris bagai orang gila. Mukanya pucat dan kakinya seakan mahu berlari tapi lemah kerana ketakutan.

Hantuuuuu!!! Kau hantuuu!!

Ris menjerit kearah lembaga tersebut. Lelaki tua itu hanya tersenyum lebar dengan suara yang agak sedikit ketawa.

Aku bukan hantu. Tapi aku bomoh. Aku ramai pengikut dan aku lah seorang pemuja!!

Dengan nada yang kuat, bangga, belagak, takbur dan sombong lembaga itu bercakap.

Wajah ris berkerut seribu. Mulutnya sedikit ternganga dan langkahnya kaku.

Bomoh? Kalau kau bomoh sekali pon. Apa yg kau mahu dari aku!?

Pertanyaan ris yang lantang membuatkan air muka orang tua tersebut berubah. Langkahnya menghampiri ris. Dan mulutnya terkumat kamit. Kadang kala tersenyum sinis dan kembali bengis.

Aku dapat melihat sesuatu daripada kau anak muda. Aku mahukan jiwa itu. Kau berani. Kau boleh jadi anak didik aku. Akan aku bagi ilmu ku pada mu. Hahahahaha

Aku tak mahu! Jangan ganggu aku.

Ris berlari anak menuju ke pondok buruk tersebut. Anya berdebar. Tidak mahu melayan orang tua gila yang penuh dengan ilmu sihir. Tidak. Itu bukan cara ris. Dunia sekarang dah maju. Kalau benci bunuh saja guna tangan. Bukan guna ilmu halus. Ris mengabaikan lembaga tersebut. Lariannya dirasai laju. Padahal ris sedikit pun tidak berganjak. Matanya membuntang. Pergerakannya tidak lancar. Lembaga tersebut menghampiri. Ketawa terbahak bahak dan menjadi semakin mengerikan. Ris menangis ketakutan.

Aku°2Where stories live. Discover now