Bab 5

6.2K 82 3
                                    

Keesokan hari. Chiqa berlagak seperti biase. Ris masih tidak kelihatan. Mungkin belum bangun. Sarapan disediakan. Berulang alik dari dapur ke meja makan sambil membawa makanan untuk dihidangkan.

Tiba dimeja, chiqa terkejut melihat ris yang berada di hujung meja. Matanya melihat makanan sambil memegang pisau dan garfu. Rambut serabai. Muka tak mandi. Baju semalam. Chiqa terkedu. Masa seolah terhenti seketika. Ris memandang chiqa. Mata mereka bersatu. Pandangan yang ada makna atau tidak. Chiqa sendiri tidak tahu. Ingin berlagak biasa. Perasaan ketakutan menguasai diri. Tangan chiqa menggigil. Kakinya lemah menuju ke ris. Cuba untuk mengambil pisau dan garfu tersebut. Risau jika perkara yang tidak diingini terjadi. Pisau berjaya dialihkan. Tapi garfu masih kekal ditangan ris. Chiqa menjadi gelabah. Titik peluh timbul di dahinya. Tiba tiba ris bersuara. "Ibu, ris lapar..ris nak mee goreng" sambil ketawa. Chiqa mengeluh seribu. Senyuman diberikan. Mee goreng dicedok kedalam pinggan dan dihulurkan pada ris. Mereka menjamu selera seketika. Ris memandang chiqa dengan lirikan mata yang sesuatu. Chiqa perasan tapi diabaikan. "Ibu takut ya?" Ris bertanya tiba tiba. Chiqa terkejut sehingga tersedak. Gelas air dicapai dan diteguk rakus sehingga habis. "Kenapa ibu nak takut?" Chiqa membalas seakan tiada apa apa. Ris hanya menganggukkan kepalanya tanda okay. Jantung chiqa yang tadi berdegup laju kini kembali sedikit normal. Selesai makan, ris membawa pinggannya kedapur. Gerak gerinya diperhati oleh chiqa dari jauh. Tapi secara cover cover. Takut jika terperasan oleh ris yang psyco. Semakin hari chiqa semakin takut akan tingkah laku ris yang sering bercakap sendirian dan gemar bermain benda tajam. Sebolehnya chiqa menjauhkan diri, tapi adakalanya tak menjadi kerana simpati. Mengapa ris boleh jadi seperti itu. Chiqa makin keliru.

.....................

Chiqa menoleh, melihat ris bermain di luar rumah. Wajahnya tekun melihat ikan di dalam kolam. Cuba di sambar seperti kucing dan gelak ketawa keriangan. Seperti tidak waras dan kebudak budakan. Chiqa tekad, bila suaminya danny pulang nanti. Chiqa akan memberi tahu dan membawa ris untuk berjumpa dengan dokter. Nafas ditarik dalam. Senyuman sederhana terukir di bibir. Kepalanya menoleh ke kanan dan melihat ris duduk disofa tidak jauh darinya. Entah bila masa ris masuk. Muka chiqa kembali masam. Terkejut atau takut. Mungkin? Ris merenung muka ibunya dengan kepala sedikit senget. "Kenapa tadi ibu senyum, tapi bila nampak ris muka ibu berubah?" Ris bertanya. Matanya masih tajam memandang chiqa. Chiqa seakan bisu untuk menjawab pertanyaan anaknya. Jantungnya kembali laju. "Kang kalau salah cakap, mati ku". Ngomel chiqa sendiri. Ris menghampiri sambil tangan kanannya dibelakang badan. Apa yang di pegang? Kotak fikiran chiqa cuba meneka. Jarak antara mereka semakin dekat. Senyuman ngeri kepala senget ris kelihatan. Matanya masih tidak berkelip memandang ibunya. "Risss..." chiqa bersuara getar. Ris semakin menghampiri. Tangan yang kini dibelakang mula diangkat. Sebilah pisau tajam. Mata chiqa terbeliak. Ris ketawa kegembiraan teramat. "Ibu tak sayang risss!!" Ris menjerit. Pisau di libas ke badan ibunya. Chiqa cuba mengelak. Tangan digenggam. Mereka bergelut. "Risss! Mengucap!!" Chiqa menjerit pada anaknya. Keadaan semakin kelam kabut. Jeritan demi jeritan. Ketakutan dan kekejaman. Chiqa menangis. Tangisan yang kuat diikuti jeritan memohon pada ris. Pisau yang dilibas terkena tangan chiqa. Darah merecik ke bahagian ruang tamu rumahnya. Chiqa bersandar di tepi dinding sambil membalut lukanya dengan baju yang dikoyak. Ris menghampiri. Sangat dekat seolah mahu menikam. Chiqa menutup mata dan berdoa. Itu sahaja harapan yang dia ada. Ris mendekat. Pisau diletakkan dileher ibunya. Air mata chiqa menitik deras. Ya Allah.. anak aku.. hati chiqa pilu. Ris hanya tersenyum melihat ketakutan ibunya. Lalu dibisik ke telinga.

"KALAU IBU TAK MAHU MATI, IBU KENA TOLONG RIS CARI MANGSA UNTUK DIKORBANKAN"

Aku°2Where stories live. Discover now