bab17

2.6K 59 0
                                    

Mata dibuka. Silau cahaya memancar. Mata dikelip dan digosok. Terlihat kelibat seseorang duduk dihadapan aku.

Orang tua!!!

Ris menjerit.Orang tua tersebut kekal dengan senyuman sinisnya.

Nama aku Anshikatiwo muda An jak'ka...tapi kau boleh panggil aku Pak An.

Orang tua itu memperkenalkan diri. Matanya memandang ris dari atas kebawah. Tidak berkelip dan mengerikan. Ris membetulkan kedudukannya. Matanya melihat sekeliling.

Dah tahu name panjang, pelik tak payah la sebut.

Ngomelaku sendiri dengan jelingan disetiap sudut rumah dan juga pada Pak An.
Semalam kau pengsan di hutan tu. Aku panggil budak2 aku suruh angkat kau bawa balik sini. Ni rumah aku. Bla bla bla bla...

Pak An membebel panjang lebar, dan aku tidak sedikit pon mendengarnya. Kaki aku melangkah disekitar rumah. Melihat dan meneliti. Rumah kayu jati. Cantik tapi sunyi. Melihat frame2 diatas almari. Pak An sekeluarga. Aku melihat tarikh dibawah bucu gambar tersebut.

1520!!!

Mata aku terbeliak. Bia betul orang tua ni hidup dari zaman 1520?! Otak aku meneliti gambar tersebut. Mungkin itu gambar ayah atau atok dia. Hati aku tak puas hati. Dan tiba2 terasa meremang bulu roma. Pak An melihat dari belakang dan tertawa.

Hahahahahaha.... kau takut?

Suaranya kasar dan serak. Aku hanya mendiamkan diri. Masih kaku berdiri. Pak An berdiri dan menghampiri aku dan yang paling ngeri, kaki dia tak jejak tanah!!!

Aku menjerit. Bukan kerana takut, tapi terkejut.

Kau jangan takut anak muda. Ya, memang aku sudah hidup dari tahun 1520. Dan aku masih sihat.

Aku keliru. Muka pelik aku tonjolkan.

Aku ada kuasa ghaib. Dan aku nak.kau jadi anak murid aku.

Orang tua itu membebel lagi.

Tadi aku buat muka pelik, dan sekarang aku buat muka ternganga tahap cipan.

Seriuz la ilmu ghaib? Zaman 2016? Mungkin dia ni gila. Malas aku nak layan.. aku bercakap sendiri dalam hati. Dan kaki aku melangkah ke pintu keluar.

Aku nak balik. Ringkas aku berkata.

Aku tak gila!

Suara pak an tegas.

Aku masih meneruskan langkah tanpa menoleh.
Sampai dimuka pintu pak an ada di luar.

Aku tak gila!

Kaki aku tergelincir di tangga. Jatuh seperti nangka busuk. Terkejut. Terkasima. Tak percaya. Dan rasa macam org gila.

Aku mengurut kaki yang sakit.

Pak an hanya memerhati.

Aku tak gila! Dan aku nak kau jadi ank murid aku ris!!!

Suaranya makin tegas dan lantang. Lagi satu membuatkan aku yerkejut, macam mane dia tahu nama aku? Oh, mungkin dia tengok berita... hati aku mengomel lagi.

Jari terlunjuk dia tunjuk pada aku. Dan serta merta tubuh aku terangkat diawangan dan dibawa masuk ke dalam rumah. Aku didudukkan dikerusi tadi. Kaku dan pucat. Bagai melihat hantu. Ye lah, first time terbang..

Pak an mengurut kaki aku dan prapppp! Meletup disitu. Aku memusingkan kaki ke kiri dan kanan. Sembuh! Pwrgh.. hebat orang tua ni. Tergelak aku sendiri.

Aku melihat muka pak an. Tua, 60an, duduk sendiri, ditemani anak didiknya seramai 10 orang. Tapi hanya berdiri diluar rumah. Kesian...

Aku mengeluh panjang.

Ok pak an.. aku nak tanya, apesal kau nak sgt aku jadi anak murid kau? Dan yg pling aku nak tahu.. apesal sampai skrg kau hidup? Pak ni hantu ke?

Pertanyaan aku yang tiada insuran. Kalau kena salah orang, mahu diterajang kerat 14 terus aku ni.. 😅

Pak an membetulkan duduk dan berdehem. Bergema di seluruh rumah. Anak didiknya masuk dan duduk bersila dikeliling aku dan pak an. Keadaan makin kekok dan aku sedikit cuak.

Ni kalau mati kena rogol, sia2 je doe.

Otak aku fikir tak waras.

Pak an memulakan cerita...

Aku sepatutnya tak ambil anak didik perempuan. Menyusahkan! Tapi aku terpaksa sebab aku nampak sesuatu pada kau. Dan kebolehan kau.

Ape yg pak an nampak?
Soalan bodoh terpancul dilidah aku

Aku perlukan kau untuk aku terus hidup dan berkuasa. Tapi kau jangan risau, aku akan bagi kuasa itu juga pada kau, ris. Kuasa yang kau tak jangka.
Hahahhahahahahahhha...

Pak an ketawa kuat bersama anak anak didiknya. Bergema dan menyeramkan.

Kuasa apa? Aku nak tahu!

Suara lantang aku menyebabkan pak an terus terdiam.

Aku°2Where stories live. Discover now