"Baru sekarang nak jumpa aku" masa aku single mingle, tak sibuk taknak jumpa aku. Ni bila aku nak kahwin, busy dengan persiapan baru nak tunjuk muka.
"Ala relaks la thia" relaks kau cakap? Memang sengaja nak suruh aku karate kau ke apa?
"So amacam jumpa bakal suami? Dah jatuh cinta?" Suraya tersengih-sengih sambil memandang aku.
"Jatuh cinta apanya? Dia tu tak romantik lansung! Pandang aku sebelah mata je. Macam mana nak jatuh cinta?"
Suraya mengeluh. Aku tahu, sebagai kawan dia nak aku bahagia macam mana dia bahagia dengan suami dia. Tapi dia pon kena tahu, susah nak jatuh cinta ni. Mungkin orang lain senang nak jatuh cinta. Tapi bukan aku.
"So apa rancangan kau?"
"Rancangan apa?"
"Rancangan lah! Macam mana kau nak pikat suami kau tu" betul jugak cakap Suraya. Aku kena pikat mamat muka ketat tu. Kalau dia ada awek lain, kang tak pasal-pasal dia ceraikan aku. Terpaksalah aku jadi janda. Taknak!!!
"Kau ada rancangan?"
"Dia yang nak pikat, tanya kita pulak" Suraya memandang aku tidak puas hati. Kau kena faham su, aku ni tak berapa pandai sangat bab-bab cinta. Kalau ada exam cinta ni, comfirm aku gagal.
"Orang selalu cakap, air tangan isteri memikat hati suami"
"Air tangan isteri?" Aku membuat muka pelik. Takkanlah.....
"Yalah, air tangan isteri. Maknanya, kau kena masak untuk dia! Apa yang kau fikir sebenarnya ni thia?" Suraya memandangku pelik.
"Aku ingat aku kena basuh tangan depan dia, biar air mengalir dekat tangan aku"
"Ya allah thia, kenapa kau bengong sangat?" Bersabar jelah Suraya dapat kawan biul macam Fathia ni.
"Manalah aku tahu. Tapi kan Suraya, aku nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah"
"Macam mana eh....................nak hadapi malam pertama" aku dengan malu-malu kucingnya tanya Suraya.
Suraya mencubit aku.
"Takde soalan lain ke kau nak tanya" nampak sangat muka Suraya merah padam. Hahahah.
"Alah kau ada pengalaman kot. Relakslah, kita berdua kan dah kahwin" Suraya ni kedekut ilmulah! Dah 3 bulan mengandung mesti ada pengalaman. Tu pon tak nak share!
"Malas aku layan kau. Dah la aku nak balik" Suraya terus keluar dari bilik aku. Nak malu apanya Suraya ni. Hish.
•••
Alhamdullilah. Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada Ammar Effendi. Masa akad nikah tadi, Ammar kelihatan tenang. Tak gemuruh pon. Aku ni je yang lebih. Tertanya-tanya berapa lafaz nanti. Tak sangka boleh satu lafaz.
Aku keliru dengan perasaan aku sekarang. Ada gembira. Ada juga sedih. Gembira sebab mama and papa boleh melihat aku kahwin. Sedih sebab aku kena tinggal dengan suami aku, tak boleh nak bermanja dengan mama and papa. Hm.
•••
Majlis persandingan berlansung dengan lancar. Mula-mula takut jugak bila berjalan nak menuju ke pelamin. Yelah aku kan pakai heels. Mana biasa dengan semua ni.Alhamdullilah aku tak terjatuh pon. Takdelah keluar kat metro muka berudu aku. Huhu. Bila dah duduk kat pelamin, perasaan gemuruh datang. Yalah kena berhadapan dengan orang ramai. Kena control ayu. Nasib baiklah sekejap je bersanding ni.
Bila time pengantin menjamu selera. Terliur aku tengok lauk-lauknya. Sedap tu! Tapi seperti biasa kena control ayu. Makan perlahan-lahan. Kalau tak dah lama aku sambar udang galah tu. Mesti delicious!
Tapi aku rasa tak kenyang bila makan. Mana taknya, setiap kali nak makan ada je orang datang nak bergambar. Aku dengan senyuman plastik bergambar jugaklah walaupun perut dah bergendang macam kumpulan kompang tadi.
Bila jurukamera suruh aku bersuap-suap dengan Ammar. Perasaan gemuruh tambah menyampah datang. Tak rela aku nak bersuap-suapan dengan dia. Tapi nak taknak, terpaksa jugaklah.
Bila aktiviti bebas berjalan, aku mengambil peluang ke meja-meja untuk mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kerana sudi hadir. Lagi sekali aku menjadi tumpuan untuk diajak bergambar. Katanya, aku cantik sangat harini. Bila dah kena puji, apalagi mood aku nak selfie terus on lah!
Ammar pergi ke meja kawan-kawannya. Buat pertama kali aku tengok dia bertegur sapa. Pandai jugak bertegur sapa. Ingatkan bisu. Yalah, bila dengan dia, kita yang kena bercakap dulu. Itupun dia jawab sepatah.
"Am, taknak kenalkan ke isteri kau kat kitorang" tegur salah seorang rakannya.
"Fathia. Fathia Kamila" macam tu je dia kenalkan aku? Tak guna punya suami. Aku tadi punyalah berbuih kenalkan dia dekat kawan-kawan aku. Dia? Macam endah tak endah je.
"Hai...terima kasih kerana sudi datang" aku menyapa kawan-kawan Ammar dengan senyuman.
"Of course kami akan datang! Saya harap puan akan bersabar melayan karenah kawan saya ni" kata salah seorang kawan Ammar. Macam perli je.
"Apahal pulak" Ammar seperti biasa membela dirinya.
"Kau tak payah nak buat-buat tak tahulah am. Kitorang dah masak dengan perangai kau. Aku harap bila kau dah kahwin ni, perangai kau berubah lah. Kalau tak haih kesian dekat bini kau tu" bila kawan Ammar cakap macam tu, rasa takut datang menyerang. Kenapa dengan Ammar? Perangai dia teruk ke?
Aku mengangkat kaki dan meminta diri untuk beredar dari situ. Kang kawan dia cakap lebih-lebih. Lagi buat aku rasa takut adalah. Apalah nasib kau, dapat suami macam tu thia....
YOU ARE READING
Sayang Encik Workaholic!
RomansaBila pengantin perempuan lari, Fathia Kamila dengan relanya terpaksa mengganti menjadi pengantin perempuan untuk menutup maruah keluarganya. Bila Fathia dapat tahu, bakal suaminya Ammar Effendi, workaholic orangnya, dia kena bersiap sedia. Bagi Fath...