8 - Terbongkar

15.5K 208 23
                                    

"Pelik betul bini aku harini" bisik Ammar.

Fathia tengah sibuk siapkan baju Ammar untuk pakai kerja, Bahan-bahan untuk masak breakfast, letak beg kerja Ammar dekat pintu, senang cerita macam-macamlah.

"Kau ni kenapa?" Bukan apa, sebelum ni bila Ammar suruh dia prepare awal, Fathia mesti balas 'Esok punya hal, esok okay. Harini punya hal. Harini' Agak curiga bila Fathia, tiba-tiba berubah jadi rajin.

"Kenapa, apa?" Jawab Fathia yang sibuk memilih baju untuk Ammar.

"Bukan selalunya kau siapkan semua esok ke, ni yang tetiba buat ni kenapa?"

"Salah ke kalau saya nak buat sekarang? Bila tak buat, cakap malas. Bila buat, cakap buang tabiat." Menyampah betul dengan lelaki aku ni. Rajin salah, malas salah. Semua salah. Dia je yang betul.

Ammar curiga dengan tindakan Fathia. Ammar dapat merasakan bahawa Fathia akan melakukan sesuatu esok.

'Hm kena spy ni!' Bisik Ammar.

•••

Selepas selesai breakfast, Thia menyalami Ammar. Ikutkan hati, Ammar malas nak pergi kerja. Dia nak spy thia! Manatahu Thia curang belakang dia ke. Bukan boleh percaya perempuan zaman sekarang ni.

'Jom siap' Thia menjerit keriangan apabila melihat kereta Ammar berlalu pergi. Untuk pengetahuan semua, harini Thia ada interview kerja sebagai Personal Asisstant. Sebab tulah dia rajin buat kerja semalam.

•••

"Cik Fathia ke ni?" Tanya salah seorang wanita di pejabat itu. Syarikat yang aku nak minta kerja tu boleh dikatakan Syarikat top3 dekat Malaysia ni. Kalau dapat kerja ni, aih tak tahu nak cakap apa! Bertuah betul aku, sama macam Song Jihyo. Hehe.

"Ye saya"

"Cik masuklah. Boss ada kat dalam" kata wanita itu sambil melemparkan senyuman manisnya padaku. Bagus semua pekerja kat sini. Peramah orangnya.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Besar dia mak ai tak yah cakap. Macam ruang tamu kot! Aku melihat muka pemilik syarikat ini. Wait! Tu kan..

"Fathia, apa kau buat kat sini?" Ammar pelik melihat Fathia berada di ruang kerjanya.

Ok now aku faham kenapa bini aku rajin sangat semalam. Diam-diam ubi berisi jugak eh dia ni.

"Whatever is. This is my office. And I want to be a professional. Sit. Let us continue our interview." Ikutkan hati, aku nak je keluar dari office dia ni. Tapi tak berani. Dengar suara dia tegas ni, gerun aku dibuatnya.

"So miss Fathia. I mean madam Fathia. Puan datang sini sebab nak mintak kerja kosong tu kan" eh takdelah aku datang sini nak jual ayam goreng mail ni ha. Ikutkan hati, memang aku nak menjawab. Tapi muka dia serious gila, tak berani!

"Yes" jawabku sepatah.

"Did your husband know you come here?" Ha mulalah tu nak perli aku.

"No. But now his know" tergagap aku nak menjawab. Kecut weh!

"Suami puan bagi puan kerja tak" memang sah nak kenakan aku ni.

"Bagi"

"What i know your husband didn't allowed you work."

"Macam mana awak tahu?"

"Because I'm your husband!" Terkejut aku bila Ammar menghentak meja. Ni comfirm marah sangat ni. Tapi mengaku pulak dia suami aku. Dah makan cintan aku ke? Hahaha merepek je kau ni Thia.

"Fathia, aku dah cakap tak payah kerja. Yang kau degil sangat ni kenapa? Susah sangat ke nak dengar cakap aku? Aku tak bagi keluar rumah. Keluar jugak. Memang nak jadi isteri derhaka eh?" dah start ceramah dia dik oiii.

"Saya nak kerja pon bersebablah!" Aku mula pertahankan diri aku. Sampai bila nak bagi dia menang je kan kan?

"What your reasons?" Ammar pandang aku tak puas hati. Cara dia pandang aku kalini, aku tak kesah. Sebab banyak kali dia pandang aku macam tu. So malas nak sakitkan hati yang memang sedang sakit ni.

"Pertama, sebab saya bosan duduk rumah sorang-sorang dan awak pun tak bagi saya keluar. Kedua, sebab saya nak tolong awak!"

"Tolong aku?" balas Ammar. Pelik.

"Saya takut awak tak mampu nak tanggung saya je. Ni baru saya, belum anak-anak lagi." Bila aku care pasal dia. Dia buat aku camni. Tak suka tak suka! Tapi kejap, aku cakap pasal anak ke tadi?

Ammar tersenyum apabila mendengar Fathia sebut pasal 'anak' tadi. Macam dah bagi green light je! Ammar cepat-cepat menyembunyikan senyumannya. Sebenarnya dia tak marah pon. Tapi saje nak buat Fathia rasa bersalah.

"Aku CEO lah. Aku mampu nak tanggung kau dengan anak-anak kita" Saje je Ammar menekankan perkataan anak tu. Nak bagi Fathia malu.

Sah! Aku tercakap pasal anak tadi. Adoiii mana nak letak muka ni! Alah Fathia, buat tak tahu jelah.

"Manalah saya tahu awak CEO"

"Habistu kau ingat aku kerja apa?" Tanya Ammar. Ingin tahu.

"Kerani" jawabku sambil lewa. Malas nak layan.

HAHAHAHAHAHHA

"Yang gelak macam orang gila ni kenapa" for the first time aku nampak suami aku gelak. Yelah selama ni muka dia serious je. Nak tengok senyuman dia pon susah. Tapi hati ini agak bergetar melihat ketawa dia. Aip fathia takkan dah jatuh cinta kot?

"Muka handsome macam ni kerani? Mustahil."

"Amboi. Angkuhnya awak. Apa muka handsome tak boleh jadi kerani ke?!" Aku agak loya bila dengar dia cakap dia handsome. Ambil bakul sendiri! Tapi memang handsome pon. Kehkeh.

"Dahlah malas aku nak layan kau. Pergi balik" amboi menghalau nampak.

"Tapi saya nak kerja."

"Kalau kau bosan duduk rumah sorang-sorang, takpe nanti kita buat anak. Comfirm kau tak bosan punya" jawab Ammar tersenyum nakal.

Aku apa lagi, menyampah gila dengar apa yang Ammar cakap tadi. Mengada.

"Saya tak main-main lah. Saya nak kerja!" Aku tetap dengan pendirian aku. Aku nak kerja!

"Hish kau ni degil betul! Nantilah aku fikir kan." Comfirm dia tengah mengata aku ni. Tapi bila dia cakap dia nak fikir pon dah buat aku rasa teruja.

"Dah jom lunch. Aku lapar" hehe dapat makan free. Tak payah masak! Wohoo!

Tapi rasa macam tak sangka suami aku ni CEO. Bukan apa, selama ni aku berangan nak suami CEO. Rupanya aku memang dapat laki CEO. Kan aku dah cakap aku bertuah! Timah and Bella, mohon jangan jealous!

Agak-agak macam mana eh Timah dengan Bella sekarang. Al maklumlah lepas kahwin aku mana lepak dengan diorang lagi. Fokus dekat rumah tangga kononnya.

Sayang Encik Workaholic!Where stories live. Discover now