Prolog

508 14 4
                                    

Tahun 2013

Ariel membersihkan pusara yang sudah lama ditinggalkan. Sudah lama dia tidak menjejaki pusara ini. Begitu banyak kenangan antara dia dan juga arwah. Ariel mencabut lalang dan rumput-rumput kecil yang sudah tumbuh meliar di atas tanah pusara. Batu nisan yang masih teguh terpacak ditatap pilu.

"Papa, kita nak buat apa dekat kubur ni ye?" tanya Fatin Irdina.

Anak kesayangan Ariel itu terpinga-pinga. Gadis kecil berusia enam tahun itu hanya memerhatikan sahaja gelagat papanya yang sibuk membersihkan kubur di hadapan mereka.

Ariel tersenyum. Diusap kepala anak gadisnya itu dengan lembut. Takpe, dia belum tahu sepenuhnya. Biarlah, bukan sekarang masanya untuk diceritakan. Bisik hati kecilnya.

"Sayang, mari kita baca surah al-Fatihah?" ajak Ariel lantas mencapai tangan anaknya untuk mengajar gadis kecil itu menadah tangan.

Fatin Irdina terkebil-kebil. Tidak faham, namun dia ikut sahaja permintaan papanya. Ditadahkan tangannya dan duduk di sebelah Ariel.

Ariel mula membaca surah al-Fatihah dan selepas itu mencapai senaskhah Yasin dari dalam beg plastik yang dibawanya tadi. Dibaca surah Yasin itu dalam keadaan tersedu-sedu. Setiap bacaan menjadi tersekat-sekat. Dia sebak.

Fatin Irdina di sebelah mengerut dahi. Dia bangun dan mendekatkan diri pada papanya. Fatin Irdina memegang kedua-dua belah pipi papanya.

"Papa menangis?" tanya Fatin Irdina. Dia hairan. Dikesat air mata papanya. Kenapa tiba-tiba papanya menangis? Dia ada buat salah ke? Kubur siapa ni?

Ariel memegang kedua-dua tangan anaknya itu. "Tak la sayang, air dari langit jatuh kena pipi papa."

Fatin Irdina tersengih.

"Apa la papa ni. Mana ada air jatuh dari langit. Air hujan ada la..." perli Fatin Irdina.

Ariel terkebil-kebil. Hilang sudah rasa sedihnya. Bijak sungguh anak kesayangannya ini. Sebijak mamanya. Ariel tersenyum sendirian. Dicium pipi Fatin Irdina sebelum kembali membaca surah Yasin.

"Papa jangan la menangis. Kalau papa menangis, mesti orang dalam kubur ni pun nangis sekali..." pujuk Fatin Irdina yang bijak berkata-kata walaupun baru berusia enam tahun.

Ariel sekali lagi tersenyum. "Okey la! Papa tak menangis dah. Okey?"

Fatin Irdina mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Jom, kita baca Yasin sayang..."

"Kenapa kita baca Yasin dekat kubur ni papa?"

"Untuk mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia," jawab Ariel.

Fatin Irdina mengangguk lagi. Dia tersengih dan menampakkan gigi susunya yang tersusun rapi.

"Oh, kalau macam tu jom kita kasi pahala dekat orang dalam kubur ni papa," ajak Fatin Irdina, membuatkan Ariel tergelak kecil. Macam-macam kerenah anak dia yang sorang ni.

Fatin Irdina menadah tangannya. Tiba-tiba dia mengangkat muka memandang papanya.

"Tapi, Aten tak tahu baca Yasin, papa..." kata Fatin Irdina dengan wajahnya yang masam mencuka.

"Okey, biar papa baca. Aten tadah tangan aje tau," suruh Ariel. Anak kesayangannya itu hanya mengangguk perlahan.

Setengah jam kemudian, mereka selesai membaca surah Yasin dan berdoa akan kesejahteraan arwah.

Ariel bangun lantas menggulung tikar getah dan disisipkan di celah ketiaknya. Dia memegang tangan anaknya untuk beredar dari kubur arwah isterinya itu.

Baru dua bulan arwah isterinya meninggal dunia dan Fatin Irdina masih lagi tidak memahami. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menceritakan perihal itu kepada anak tunggulnya itu.

Nanti la. Satu hari nanti Fatin Irdina akan faham. 

Sebaik sahaja kakinya melangkah ke kereta. Ariel membuka pintu kereta dan menyuruh Fatin Irdina masuk ke dalam. Belum sempat Fatin Irdina masuk ke dalam kereta tiba-tiba...

"Ariel?"

Ariel menoleh ke arah seorang wanita yang memakai selendang, berbaju kurung berwarna biru dan bercermin mata hitam. Wanita itu tersenyum ke arahnya.

"Kau Ariel, kan?" Tanya wanita itu sekali lagi.

Ariel mengerutkan dahinya.

Fatin Irdina juga hairan. Dia memandang papanya. Kemudian wanita itu semula. 

Wanita di hadapan mereka ini membuka cermin mata hitamnya. "Kau tak kenal aku ke?"

Ariel terkejut. "Kau?!"

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now