10

110 5 0
                                    

Dania betul-betul terkejut apabila mendengar berita mengatakan yang Ariel telah bercuti belajar daripada mulut Miss Laila. Memang dia betul-betul tidak sangka. Ariel tidak berjumpa dengannya apatah lagi memberitahu mengenai masalahnya kepada Dania.

Walaupun kadang-kadang dia jelik dengan perangai Ariel, namun dia masih menganggap Ariel sebagai teman baik dan saudaranya sendiri. Mereka membesar bersama. Sama-sama susah, sama-sama senang. Tetapi, kenapa Ariel buat begitu? Hmmm...

"Mesti kau gembira, kan Dania? Sebab budak lurus bendul tu betul-betul dah jauhkan diri dari kau. Kira doa kau tu dah termakbul la," kata Yasmin ketika mereka baru keluar dari perpustakaan setelah meminjam bahan rujukan.

"Yelah. Selama ni kau berharap sangat budak lurus bendul tu hilang dari hidup kau." Lily pula menambah.

Dania bungkam. Memang dari dulu lagi, itu yang dia mahukan. Tapi, kenapa dia rasa serba salah? Kenapa dia rasa macam ada kekurangan? Dia masih tidak puas hati sekiranya dia tidak mengetahui apa masalah Ariel sehinggakan lelaki itu tekad untuk berhenti belajar. Mereka hanya perlu lalui tiga semester sahaja lagi sebelum tamat pengajian master yang mengambil masa selama dua tahun. Sayangnya...

"Lupakan aje la cerita pasal budak tu. Duit kau dah cukup ke nak beli tiket konsert Arziril?" tanya Yasmin kepada Dania.

"Min... aku pinjam duit kau dulu, kan?" sampuk Lily.

"Yelah. Kan ke aku dah beritahu hari tu..." sahut Yasmin.

Lily tersengih. Dia menadah tangan, tanda bersyukur.

"Macam mana kau, Dania? Dah cukup ke duit tabung kau tu?" tanya Yasmin sekali lagi apabila soalan pertamanya tidak berjawab.

"Belum. Tak cukup lagi RM100.00," jawab Dania dengan sayu. Sudah hampir dua minggu dia menyimpan wang, namun masih belum mencukupi.

Yasmin dan Lily saling berpandangan.

"Kau pinjam duit aku dulu la, macam mana?" Yasmin memberi idea.

Dania tahu Yasmin anak orang berada. Walaupun dia anak orang berada, namun Yasmin seorang kawan yang baik. Sepanjang dia mengenali gadis ini, Yasmin tidak pernah lokek membantu kawan-kawannya terutama sekali soal duit.

"Takpelah. Aku tak suka berhutang. Nanti aku try la tanya ibu aku macam mana..." putus Dania.

Dia tak tahu apa reaksi ibunya sekiranya dia meminta sedikit wang hanya untuk kegunaan peribadinya. Takkan dia nak susahkan ibunya pula? Orang tua itu dah banyak berkorban membesarkan dia dan adik-adik yang lain.

"Wah! Dania... kau dah popular sekarang ni ye! Tak sangka!" Tiba-tiba Yazid menyapa Dania.

Dania, Yasmin dan Lily saling berpandangan.

"Popular? Apa maksud kau, Yazid?" tanya Dania.

Yazid dan kawan-kawannya tersengih.

"Ni, muka kau masuk surat khabar Harian Metro. Main page tu, beb! Gila ah!" kata Yazid sambil menunjukkan surat khabar Harian Metro yang dipegangnya kepada mereka.

"Bak sini!" Lily merampas surat khabar Harian Metro tersebut daripada tangan Yazid.

Tunak mereka bertiga menatap akhbar itu. Sah! Memang muka Dania dan....

"Arziril?" Lily dan Yasmin berkata serentak. Mereka berdua memandang Dania.

Dania mengerutkan dahinya,

"What?" Dania pura-pura tak faham.

"Kau jumpa Arziril semalam?" tanya Lily.

Yasmin pula terkebil-kebil tidak percaya.

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now