2

191 7 0
                                    

Ariel memandang majalah yang dibelinya tadi. Entah kenapa, balik dari sekolah tadi dia membeli majalah URTV dekat kedai runcit berhampiran sekolah mereka. Itu pun secara tak sengaja sebab Dania tiba-tiba nak singgah beli air. Matanya terpaut pada gambar KRU yang menjadi cerita hangat muka hadapan majalah itu. Pantas, tangannya mencapai majalah tersebut dan terus membayar harganya.

Dania yang agak hairan dengan kelakuan Ariel hanya mendiamkan diri. Marahnya kepada lelaki itu masih lagi bersisa. Malas nak bertanya walaupun hati meronta-ronta ingin tahu. Tambahan pula, dia agak tertarik bila melihat gambar KRU di muka depan majalah. Lagi la hatinya jadi tak keruan. Rasa nak pinjam majalah tu daripada Ariel malam nanti.

Ariel masih khusyuk membaca artikel berkaitan KRU. "Album perdana KRU bertajuk Canggih pernah menakluk industri muzik tempatan dan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka. Norman Abdul Halim, selaku ketua kumpulan berkata walaupun mereka agak canggung sedikit sewaktu mempertaruhkan iram hip-hop dan rap ketika itu dan pasaran muzik ketika itu didominasi oleh genre pop dan rock, namun mereka tetap teruskan juga. Apa yang penting, mereka mengambil segala yang positif untuk menjadi azimat buat mereka untuk berjaya."

Ariel berfikir sejenak. Muzik rap dan hip-hop ni terkenal sebab KRU jugak. Mereka pun berfikiran positif membawa elemen muzik seperti itu ke Malaysia. Sebab itu sekarang ni genre muzik seperti ini semakin berkembang. Ariel tersenyum. Tiba-tiba dia berminat untuk mengkaji tarian breakdance ni dengan lebih mendalam.

Kalau Helmi boleh menjadi penari breakdance yang terkenal di sekolah, aku boleh jadi penyanyi dan penari breakdance yang terkenal macam KRU satu hari nanti! Tunggu dan lihat! Nekad Ariel dalam hati.

Tiba-tiba... tok! Tok! Tok!

Ariel segera menutup majalah itu dan bangun dari katilnya. Dia membuka pintu biliknya. Dilihatnya Dania sedang tersengih memandang ke arahnya. "Ada apa cik adik?"

"Jom makan! Ibu dah panggil," ajak Dania.

"Okey, kejap. Kau pergi dulu, kejap lagi aku datang," balas Ariel.

Belum sempat dia nak menutup pintu bilik, tiba-tiba Dania menghalang. Ariel kehairanan.

"Pinjam majalah URTV?" pinta Dania lantas tangan ditadahkan.

"Untuk apa?"

"Nak tengok cerita sensasi la!"

"Tak boleh!"

Terus Ariel menutup pintu tetapi masih dihalang oleh Dania.

"Kedekut la kau!"

"Menyibuk aje! Tadi, kan kau dah tampar aku. Ni tiba-tiba nak baik-baik pulak. Banyak cantik!" Ariel sengaja bikin isu panas.

Dania mencebik.

"Eleh, majalah macam tu... sepuluh naskhah pun aku boleh beli tau! Kedekut! Huh!" Marah Dania lantas segera menarik tombol pintu dan menutup pintu bilik Ariel dengan kasar.

Ariel terdiam seketika. Dia menggaru kepalanya. Hai, baru aje nak buat-buat merajuk dengan Dania... last-last minah tu pulak yang merajuk. Huuu...
 ===========================================
Ariel melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan. Semuanya sudah bersedia untuk menjamah rezeki di hadapan mata. Mata Ariel mencari-cari pinggan kosong di atas meja.

"Dania, hulurkan pinggan kosong tu?" pinta Ariel.

Dania buat bodoh sahaja.

"Dania, kau dengar ke tak aku cakap ni?"

"Ambil la sendiri! Ada tangan, ada kaki...kan?" perli Dania lantas memberi 'jelingan maut' kepada Ariel.

Amboi! Siap kasi 'jelingan maut' lagi, desis hati Ariel. Tiba-tiba timbul idea jahat untuk mengenakan Dania.

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now