6

111 4 0
                                    

Arziril keluar dari teksi apabila tiba ke destinasi yang dituju. Setelah membayar tambang, dia memandang ke bangunan Akademi Seni Tarian di Jalan Ampang. Dia membuka cermin matanya dan disimpan di dalam beg. Kakinya melangkah masuk ke dalam akademi itu.

"Selamat petang, Encik Arziril..." tegur pak guard yang sedang menjalankan tugas ketika Arziril menghampiri pondok keselamatan.

"Selamat petang, Pak Mat..." balas Arziril sambil tersenyum lebar.

"Lamabat encik training menari hari ni?" tanya pak guard yang bernama Pak Mat itu dengan ramah.

"Ada kelas tadi, Pak Mat. Maklumlah... glamor, glamor jugak. Tapi belajar tu wajib didulukan," seloroh Arziril sambil bersandar ke dinding pondok tersebut.

Dia menghela nafas. Penat rasanya berkejar ke situ ke sini setiap hari. Namun, apa boleh buat. Demi impiannya buat Dania, dia kena teruskan.

"Betul. Pak cik bangga dengan kamu ni. Jarang artis remaja sekarang ni yang ambil berat soal pelajaran mereka. Ada yang sanggup tak nak sambung belajar sebab nak kejar populariti. Hidup dalam dunia hiburan ni tak ke mana sebenarnya," nasihat Pak Mat.

"Ya, betul tu Pak Mat. Saya setuju sangat! Eh, takpelah Pak Mat. Saya masuk dulu la. Nanti  mengamuk pulak Encik Ki tu," kata Arziril lantas segera bersalam dengan lelaki itu.

"Haah... pergi la. Karang dia mengamuk susah pulak." Balas Pak Mat lalu menyambut huluran tangan Arziril.

Pak Mat senang dengan lelaki muda itu. Walaupun terkenal dan memiliki ramai peminat, namun dia tidak pernah sombong atau bongkak. Orangnya pula sentiasa cool dan bersahaja. Tidak pernah sekali pun dia memandang rendah pada pengawal keselamatan mahupun tukang cuci di sini. Semua dilayan sama rata.

Kalaulah dia ada anak perempuan yang masih belum berkahwin, sudah lama dirisik lelaki itu cepat-cepat. Tapi, masalahnya kesemua anak gadisnya sudah berkahwin. Pak Mat menggeleng kepala dan tersenyum. Huh, ada hati juga dia nak bermenantukan artis terkenal seperti Arziril Ryan. Dia sedar dia tak boleh berangan-angan kosong. Kena berpijak di bumi yang nyata. Mustahil lelaki yang sempurna itu ingin menjadi menantu dia.

Pak Mat masuk ke dalam bilik pengawal. Dia perlu selesaikan sedikit kerja sebelum ketua pengawal datang untuk memeriksa buku pelawat.
===========================================
Arziril bergerak menuju ke lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia memboloskan diri ke dalam dan segera menekat punat nombor lima. Kelas tariannya di tingkat 5. Pintu lif tertutup dan bergerak ke atas. Sedang leka menunggu lif sampai ke tingkat 5, sempat lagi Arziril bersiul riang.

Pintu lif terbuka setelah tiba ke tingkat 5. Arziril keluar daripada lif dan terkejut apabila melihat Marzuki yang sedang menunggunya sambil bercekak pinggang. Dia buat muka selamba. Dah tahu sangat dah apa yang akan berlaku selepas ini.

"Kau ke mana Zi? Lambat sangat! Tahu tak kita dah hilang masa sejam untuk berlatih?" marah Marzuki.

Selama lelaki itu menjadi pengurusnya, Arziril sudah 'masak' dengan sikapnya. Marzuki ialah seorang yang tegas dan komited dengan kerjanya. Walaupun kadang-kadang dia kuat membebel mengalahkan mak nenek, namun dia seorang yang baik hati dan penyayang. Sebab itu Arziril boleh bertahan dengan kerenah Marzuki. Semuanya demi popularitinya.

Walaupun Arziril popular, namun masih ramai lagi yang samar-samar dengan kehidupan peribadinya. Dia tidak suka hal peribadinya diketahui oleh sesetengah pihak terutama sekali wartawan. Biarlah dia hidup seperti orang biasa. Di pentas, dia adalah Arziril Ryan... seorang artis popular dan hak peminat-peminatnya. Tetapi di luar, dia tetap Ariel yang dulu. Seorang yang lurus bendul dan periang. Yang hanya mencintai seorang gadis bernama Dania.

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now