8

103 5 0
                                    

Ariel mendekati Dania ketika gadis itu sedang leka mencari bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Miss Laila.

"Dania... rajin kau, ye?" puji Ariel.

Dania mencebik.

"Thanks for your compliment. Sorry la... aku takde duit nak belanja kau," perli Dania. Dia begitu khusyuk mencatat perkara-perkara penting di atas kertas.

Ariel tersengih. Lama benar dia tidak lepak bersama Dania. Maklumlah, dia agak sibuk dengan latihan tarian dan vokalnya. Dia memandang Dania.

"Takpelah. Aku puji ikhlas tu. Dari hati aku untuk kau," kata Ariel sambil menepuk-nepuk dadanya.

Dania mengangkat kening. Eee... tolong la budak lurus bendul ni. Tak kuasa aku nak melayan!

"Eh, kau ni takde kerja ke? Tesis yang Miss Laila bagi tu dah siap?" tanya Dania.

Ariel menggaru kepalanya.

"Aku tak tahu nak buat tajuk apa la. Otak tengah blur ni. Kau buat tajuk apa?" Ariel memanjangkan sedikit lehernya untuk melihat apa yang ditulis oleh Dania.

Dania mengangkat kepalanya dan segera menutup kertas yang ditulisnya. Dahinya berkerut seribu.

"Jangan kacaulah! Menyibuk aje!" bentak Dania lalu mencapai buku rujukan lain.

Dia perlu dapatkan banyak bahan sebelum pulang. Selebihnya akan disiapkan sahaja di rumah. Maklumlah... rumahnya takde kemudahan Internet. Jadi, bahan dan segala kemudahan di dalam perpustakaan ni perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Ariel memuncungkan mulutnya. Dia bosan. Malas betul nak mencari bahan untuk tesisnya itu. Mata Ariel tertancap ke arah diari Dania di atas meja. Mula la datang idea nakalnya. Dia cuba mencapai diari tersebut tetapi, disedari oleh Dania.

Gadis itu segera melarikan diari tersebut sebelum berjaya dicapai oleh Ariel.

"Ariel! Sekali lagi kau kacau aku, aku jerit!" marah Dania dan spontan bangun dari tempat duduknya. Tangannya ditunjuk ke arah Ariel sebagai tanda amaran.

Semua mata yang berada di dalam perpustakaan itu memandang ke arah mereka.

"Tak payah. Kau dah jerit pun. He he he..." ejek Ariel. Dia ketawa nakal.

Dania memandang sekeliling. Kemudian dia tersengih malu. Dia kembali duduk. Nasib baik dia masih ada rasa malu. Kalau tak, dah lama Ariel ditendang keluar. Matanya memandang tajam ke arah Ariel yang tak henti-henti mentertawakannya. Dia mendengus geram.

"Ala, Dania... lama aku tak kacau kau, kan? Rindu la..." tambah Ariel lagi.

"Ariel... aku takde masa la nak layan rindu-rindu kau tu tau! Banyak lagi kerja lain yang boleh aku buat daripada layan kau!" bentak Dania lantas bangun dan mengemas buku-buku di atas mejanya.

"Eh, kau dah habis buat kerja kau ke?" tanya Ariel yang kehairanan.

Dania dia. Mukanya masam mencuka.

Ariel tahu gadis itu marahkan dirinya.

"Okey, sorry... sorry. Aku cuma nak hiburkan hati kau aje," jelas Ariel yang sudah menggelabah.

"Hiburkan hati aku ke... hiburkan hati kau?" perli Dania. Dia memasukkan diari dan alat tulis ke dalam begnya. Buku-buku rujukan yang digunakan dijinjing untu dibawa pulang. Kakinya melangkah ke kaunter pinjaman.

Ariel mengikut langkah Dania.

Selesai membuat pinjaman, Dania segera keluar dari perpustakaan. Ariel cuba mengejar dan memujuknya, namun Dania buat derk aje. Dia malas nak layan kerenah Ariel yang agak kebudak-budakan dan tak matang itu. Umur dah dua puluh lima tahun kut?

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now