1

270 10 0
                                    

Tahun 1995

Ariel hanya memandang kemesraan antara Dania dan Helmi. Senyuman di bibir hanyalah berpura-pura semata. Tidak disangka, Dania mempunyai perasaan terhadap Helmi. Yelah, pelajar lelaki pujaan ramai. Penari breakdance terkenal sekolah. Siapa yang tak suka!

Ariel melihat dirinya. Hmmm... lelaki yang biasa-biasa sahaja. Takde perkara yang menarik untuk dikenali pun. Kalau berjalan dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan, jangankan nak pandang dua belah mata... sebelah mata pun belum tentu lagi.

Ariel mengeluh lagi. Dia mencapai beg sekolahnya dan berjalan melepasi Dania dan Helmi.

Dania yang sedang leka berbual dengan Helmi tersedar seketika. Dia melihat Ariel yang sudah pun bergerak menjauhinya.

"Ariel!" panggil Dania.

Langkah Ariel terhenti seketika. Senyumannya melebar. Terus ditoleh ke arah Dania.

"Ye, Dania!" sahut Ariel dengan sengihan yang melampau.

"Kau nak balik dah ke? Tunggu la aku!" pinta Dania.

Helmi di sebelah hanya mengerutkan dahi. Pandangan jelik diberikan kepada Ariel. Dia sangat tidak menyenangi mamat tiga suku di hadapannya ini. Meluat!

"Yeps, jom la!" sahut Ariel dengan pantas. Hatinya berbunga-bunga bila Dania masih tidak melupakannya.

Dania meminta diri dengan Helmi.

Lelaki itu seperti tidak mengizinkan, namun setelah dipujuk oleh Dania, dia terima sahaja dengan hati yang tidak rela.

Sewaktu Dania masuk ke dalam kelas untuk mengemas barangnya, Helmi berjalan menghampiri Ariel. Matanya tajam merenung Ariel dan bibirnya tersenyum sinis.

"Kau jangan nak suka sangat, bro! Kali ini aku kasi muka sikit dekat kau. Lepas ni jangan harap kau boleh balik dan rapat dengan Dania lagi. Jaga awek aku baik-baik. Assalamualaikum," ucap Helmi lantas meniup dan menyapu bahu Ariel sebelum berjalan meninggalkan Ariel yang terpinga-pinga.

Ariel tak faham maksud Helmi. Apa masalah mamat ni? Tiba-tiba nak bengang tak pasal-pasal apehal? Nak kata dia buat salah, takde la pulak. Nak berborak dengan mamat tu pun tak pernah, inikan pula nak gaduh. Cemburu? Huh! Dia lebih lama berkawan dengan Dania. Soal cemburu tu patutnya lebih ke arah dia sebab Helmi yang merampas Dania daripada dia. Bukan dia!

Sorry to say la bro! Aku dengan Dania dah berkawan sejak kecil. Kau nak cakap apa, itu kau punya hal la. Yang penting, Dania masih sayang dekat aku walaupun hanya sayang sebagai sahabat. Ah! Tak kisah semua tu. Dania tetap kawan aku dunia akhirat. Kau tak payah nak kasi peringatan supaya aku jaga dia baik-baik sebab memang aku akan jaga dia baik-baik selagi dia belum menjadi hak sesiaoa dan aku masih bernafas di muka bumi ni. Dania amanah aku dengan arwah pak cik. Aku takkan sia-siakan amanah yang diberikan, balas Ariel dalam hati. Bukan dia takut dengan Helmi tetapi, baginya tiada gunanya nak bergaduh sebab perempuan. Ini bukan caranya.

Dania berlari-lari anak mendekatinya. Beg sekolahnya disandang ke bahu. Lengan baju kurung disingsingkan ke atas sedikit. Rambut Dania yang diikat dua dibetulkan dengan elok.

"Jom!" Ajak Dania lantas menarik tangan Ariel.

Ariel hanya mengekori langkah gadis kesayangannya itu. Nasib dia pakai baju lengan panjang. Kalau tak... batal air sembahyang.
  ===========================================
Sepanjang perjalanan pulang, Dania tersenyum sorang-sorang. Kedengaran suara seolah-olah bernyanyi kecil bagi menggembirakan hatinya. Suka la tu dapat berbual dengan si cinta hati.

Ariel julingkan mata ke atas. Please! Jangan suka-suki buat aksi terlampau kat sini ye! Cemburu rasanya!

"Ariel, apa pendapat kau tentang Helmi?" soal Dania tiba-tiba.

Ariel mencebik. Rasa malas nak menjawab pertanyaan Dania itu. Tapi kalau tak jawab, merajuk pulak. Huh...

"Errr... okey?" jawab Ariel pendek.

"Okey aje?" Dania tidak berpuas hati.

"Yelah. Okey aje bagi aku. Kenapa?"

Dania mengetap bibirnya. "Kau tak rasa ke yang dia tu handsome, pandai bergaya dan yang paling best sekali... dia pandai menari breakdance dan rap! Wow! Aku suka!"

Dania teruja tiba-tiba dengan tangan didepangkan ke arah langit.

Ariel blur. Rasa nak termuntah pun ada. Tapi apakan daya, kalau nak kutuk pun tak boleh. Mahunya kena pelangkung kat situ jugak kalau kutuk cinta hati Dania. Dania ni kadang-kadang ganas jugak. Tapi, dengan dia aje la. Kalau depan pelajar lelaki lain, maintain ayu...cover cun! Ha ha ha! Opsss... terkutuk pulak!

"Ala... buat apa la kau nak tergila-gilakan sangat lelaki yang terror bab-bab melalaikan macam tu? Baik kau cari lelaki yang selalu pergi surau, pandai azan, pandai mengaji tu jadi pakwe kau. Ada baiknya juga," nasihat Ariel.

Niatnya hanya sekadar nak bergurau tapi tiba-tiba langkah Dania terhenti. Gadis itu memandang tajam ke arahnya. Ariel gugup.

"Kau perli aku ke apa?!"

"Errr... a... aku gurau aje la!" Ariel tergagap. Pucat mukanya tiba-tiba.

Dania mendengus kasar.

"Kau ingat senang ke nak pikat lelaki macam Helmi tu? Dia tu popular dekat sekolah tahu! Ramai budak perempuan yang suka dekat dia. Tapi, dia pilih aku! Tak ke benda tu seronok sebenarnya?" balas Dania seolah-olah bangga kerana menjadi gadis pilihan Helmi.

Yelah, sebab kau tu cantik! Muka mix Belanda. Confirm la ramai yang terpikat, bisik Ariel dalam hati.

Huh! Dia duk kutuk minah depan dia ni, dia tak sedar yang dia suka Dania pun sebab rupa juga. Eh, bukan. Rupa jatuh nombor dua. Yang paling penting, keserasian. Ye! Keserasian!

"Kau suka ke tengok budak lelaki pandai rap dan menari breakdance?" tanya Ariel mendapatkan kepastian.

Dania mengangguk laju. Matanya bersinar-sinar tiba-tiba.

"Kenapa?" tanya Ariel.

"Sebab diorang nampak stylo. Bila tengok diorang menari, rasa macam gempak aje! Teringin nak menari macam diorang jugak," jawab Dania dengan jujur.

"Apesal kau tak nak belajar menari? Biar sama level dengan Helmi tu. Confirm orang gelar korang couple of the year. Sama cantik sama padan!" usul Ariel.

Eh, eh... apa kes tiba-tiba dia berani kasi idea mengarut dekat Dania ni? Mahunya perempuan tu betul-betul belajar breakdance, tak ke naya aje! Confirm Dania tak pandang dia dah!

"Tak mahu la! Aku nak menari ballet. Baru nampak perempuan sikit..."

"Habis tu, selama ni kau bukan perempuan?"

Dania terdiam sejenak.

"Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku, kan?" tukas Danis, geram.

"Daripada kau belajar tarian ballet tu, lebih baik kau belajar tarian Melayu. Tarian zapin ke, ulik mayang ke... ada juga faedahnya. Tambahan pula, itu tarian budaya kita. Tarian ballet tu tarian barat. Pakaian pulak seksi. Tak elok la..." khutbah Ariel panjang lebar.

Dania diam. Mukanya merah menahan marah.

Ariel menutup mulutnya. Entah kenapa dia agak hangin dari tadi. Begitu mudah mulutnya menuturkan kata tanpa menyedari yang dia sudah pun menyakiti hati gadis pujaannya itu.

Dania memandang tajam ke arah Ariel sebelum laju tangannya menampar muka Ariel.

Ariel terkejut.

"Kau memang suka sakitkan hati aku, kan? Apa yang aku suka, semua kau tak suka! Cuba la kasi support sikit. Dah la! Aku malas nak layan kau!" marah Dania lantas meninggalkan Ariel yang terpinga-pinga.

Salahkah dia berkata-kata? Tangan Ariel menyentuh pipinya. Sakitnya kena tampar.

"Dania, tunggu aku!" Jerit Ariel lantas berlari-lari anak mengejar Dania yang sudah jauh ke hadapan.

Alamak! Arziril Ke Ariel?Where stories live. Discover now