"Dania... Lily tengok poster ni!" ujar Yasmin sambil menghulurkan poster tersebut kepada Dania dan Lily.
Dania dan Lily yang sedang sibuk membelek nota serentak memandang sahabat mereka itu.
Yasmin dan Lily merupakan sahabat baik Dania sejak dari semester pertama lagi kerana mereka bertiga mempunyai minat yang sama. Maka, hubungan mereka bertiga memang akrab. Segala cerita suka dan duka dikongsi bersama. Termasuklah Arziril Ryan.
"Wah, konsert dia la! Bestnya! Aku nak tengoklah!" ujar Lily bersemangat.
"Aku dengar harga tiket untuk konsert kali ni mahal sikit la," sahut Yasmin.
Bukan apa, diorang ni bukannya berasal daripada keluarga yang kaya-raya. Walaupun mereka boleh dikatakan die-hard-fan Arziril Ryan, namun mereka tak boleh mengikut kata hati semata-mata kerana artis kesayangan mereka itu.
"Berapa?" tanya Dania dan Lily serentak. Kemudian masing-masing memandang sesama sendiri. Gopoh betul!
Yasmin ketawa melihat keletah kawan-kawannya itu. Kalau bercerita pasal Arziril, memang masing-masing tak boleh leka sedikit pun. "Kalau nak duduk bahagian depan, harganya RM250.00. Kat tengah, RM190.00 dan yang paling murah RM70.00. Itu pun korang dapat tengok lampu aje la. He he he..."
Dania dan Lily mengeluh. Mahal betul harganya! Mana diorang nak cekau duit? Duit belajar pun tidak mencukupi. Masih banyak perkara penting yang mereka perlu utamakan dahulu.
"Mahalnya... mana nak cari duit banyak tu?" rungut Lily bernada sayu.
Dia menongkat dagu memikirkan cara untuk mendapatkan duit lebih. Duit yang ada dalam akaun bank pun tinggal berapa aje. Takkan nak minta dekat mak dan abahnya lagi? Abahnya baru masukkan RM300.00 ke dalam akaun bank dia awal bulan ni. Itu pun tak cukup. Maklumlah, perbelanjaan di kolej memakan belanja yang banyak. Makan lagi, hal-hal peribadi lagi...
"Kau ni, Lily... simpanlah duit tu! Ini, tak. Ada duit aje, beli makanan! Kalau sikit, takpelah. Ini, kadang-kadang sampai berpuluh-puluh ringgit sehari. Makanan pulak yang mahal-mahal aje. Sedar la sikit, badan kau tu dah macam tong tahu tak?" tegur Dania.
Mana taknya. Kalau diorang lepak dekat KLCC, tempat kesukaan Lily ialah Starbucks Coffee. Kalau tak Starbucks Coffee, wajib pergi Nando's. Nak makan kat tempat-tempat yang eksklusif aje. Setakat KFC, McD tu... pandang sebelah mata aje. Hu hu hu!
"Ala... aku tak boleh hidup tanpa makanan la Dania..." ujar Lily seraya tersengih-sengih, menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi.
Dania mencebik. "Kalau macam tu, kau hidup la dengan makanan kau tu!"
YAsmin menggelengkan kepala.
"Macam ni la. Apa kata kalau aku bayarkan dulu duit konsert tu untuk kau. Nanti bila abah kesayangan kau tu masukkan duit, kau bayar la balik. Amacam?" cadang Yasmin.
Lliy terus mengangguk setuju. Nasib baik ada Yasmin. Kalau tak... tak dapat la dia merasa jumpa Arziril Ryan secara live. Selama ni tengok kat televisyen aje.
"Thanks, Yasmin! Ni yang aku sayang sangat dengan kau. Kalau kau takde, aku rasa macam..."
"Dah! Jangan nak melebih-lebih. Kau kena ingat aku kasi pinjam aje tau. Bukan sponsor!" potong Yasmin sekadar mengingatkan.
Lily hanya trersengih sambil mengangguk. Ceh! Baru nak puji lebih-lebih, dah kena potong. Tak merasa la dia nak dapat tiket 'FR double E' daripada Yasmin. Huuu....
Yasmin memandang ke arah Dania pula.
"Hah, kau macam mana pulak Dania? Nak aku bayarkan dulu ke tak?" tanya Yasmin untuk mendapatkan kepastian.
YOU ARE READING
Alamak! Arziril Ke Ariel?
RomancePenulis: Waniey Zakaria. Penerbit: KakiNovel. Dania dan Ariel membesar bersama dan menjalani hidup susah senang bersama. Ariel yang memendam perasaan cintanya kepada Dania sejak sekian lama tidak pernah mengungkap kata sayang kepada gadis itu. Break...