Bab 2

312 18 1
                                    

" mamaaa ohh mamaaa ! " pekik ku dari dalam bilik . Tiada juga suara yang ku dengar .

" mamaaa !! Cynta panggil ni ! " aku mainkan tuala yang ada di tangan . Pintu bilik terkuak , terjengul wajah Puan Elina , mama kepada Aqirania .

" apahal ni Cynta ? Pagi buta dah menjerit ? " mama duduk di meja belajarku , menghadap aku yang tengah berbaring.

" boleh tak Cynta pergi bandar ? " Aku kerlip - kerlipkan mata. Buat muka comel hihhi .

" cynta nak pergi mana ? "

" Cynta nak pergi library "

" mama nak keluar sat lagi " mama menyusun buku-buku pelajaran yang bersepah di atas meja belajarku.

" alohh mama ni saje la nak tinggalkan cynta " aku mula memuncung.

" mama nak pergi lawat Along kat Universiti "

" wahhhh ! Cynta nak ikut mama lah " mama ketawa kecil sambil duduk di sebelah ku . Aku baringkan kepala ku di paha mama.

" kata nak pergi library "

" cancel lah . "

" dah tu diorang Ezwani ? " Aku menepuk dahi, tu lah berjanji sangat dengan orang .

" Cynta WhatsApps jerr "
Aku peluk mama , aku teramat lah manja dengan mama . Ke mana mama, confirm lah aku nak ikut , walaupun umur dah 18 tahun . Itulah aku !!

*****************★********************★*****************★***

" Along !! "

Aku berlari kecil ke arah tempat Along berdiri tadi . Terus tubuh tinggi lampai yang mengikut ketinggian abah, aku peluk . Melepaskan rindu setelah 4 bulan tidak berjumpa .

" Cynta nih , peluk Along kat tempat awam macam nih . Malu Along tau " aku dongakkan kepala memandang wajah Along yang handsome.

" Along ni kan memangla! Tak nak kawan Along! "
Aku kembali berpaling dan ingin memulakan langkah namun terdengar ketawa kecil . Itu mesti ketawa Along, aku kenal lama dah dengan satu-satunya abang aku .

" alolo, adik Along dah mula dah "
Aku masih lagi berjalan . Abaikan dia!

" hujung minggu nih Along takde kelas, kiranya along nak pergi tengok wayang . Macam nak tengok wayang korea la pula "

' SongJoongki !! '

" orang sebelah tak nak ikut kah ? "
Orang sebelah ? Siapa lagi kalau bukan aku.
Along menguis siku ku . Ishh!

" tak nak ikut la tu kan ? Okyy nevermine . Along nak tengok boyfriend dia berlakon "

" orang nak ikutlah!! Jangan cuba nak rampas boyfriend Cynta! "
Along tergelak melihat wajahku yang cemberut . Dia pahut bahuku dan kami sama-sama berganding menuju ke tempat mama dan abah duduk menunggu .

" apehal lagi korang masam-masam muka tadi? " Abah bersuara .
Aku dan along saling berpandangan . Tahu sangt dengan perangai abah yang tidak mahu kami adik-beradik bergaduh .

" merajuk manja aje abah, dah lama tak jumpa mustahil nk gaduh kot " aku mengganguk mngiyakan kata-kata along . Tak nak kena marah.

" awass kalau begaduh lagi . " see ? Besar - besar abah masih lagi bagi amaran dekat kita wahai alongku.

" so ? Along dah kemas beg pakaian? " mama bertanya .

" dah mama, along letak kat cafe " along mengusap kepalaku . Aku tersenyum bahagia, suka di manjai begitu .

" eh along nak jual beg tu dekat cafe kah ? " abah dah mula perangai mengusiknya .

" tak ada nya orang nak beli beg handsome along tu , abah " abah tertawa kecil apabila along menggelarkan begnya 'handsome'

" along cuti kah ? "
" baru sedar kah Cynta oiii . cuti semester wahai cik nyanyuk "

" tak ada pun along cakap ? " ni la along ! Tak nak share share .
" ya allah budak ni ! Tadi kan along kata hujung minggu along tak ada kelas , haihlah loading betul Cynta ni! "

Aku bersorak gembira apabila along kata dia cuti . Maknanya sebuln lah aku tak bosan . Yes !

Dont forget to vote my story :)

 Dialah Imam SengalkuWhere stories live. Discover now