Naeun pov
Dalam kelas
Aku hanya diam membisu sambil memandang ke luar tingkap. Sesekali aku mengeluh untuk kali yang keberapa pun aku dah tak ingat..mana nak ingat kalau dari tadi lagi duk mengeluh je kerja..😩😫😩
Aku memandang Jungkook yang berada di sebelahku sekilas lalu..dia hanya buat selamba je.Matanya ditutup rapat, telinganya pula dipasang headphone. Sesekali dia turut menyanyi sama mengikut lagu..
|berlagak betul mamat ni...ingat nampak hensem sangat ke kalau buat macam tu..walaupun dia memang hensem sebenarnya😝😝...ni dah masuk hari keberapa dah aku tak cakap dengan dia, sampai bila lah nak jadi macam ni..ahhhh, lantaklah dia. Dia yang start tak nak cakap dengan aku dulu..ikut suka hati dia lah. daripada aku fikir pasal dia, lebih baik aku fikirkan macam mana nak selesaikan masalah aku skang ni..serabut betullah kepala aku ni, kalau bukan sebab aku terserempak dengan mamat rambut karat tu tadi, confirm kepala aku tak jadi serabut macam ni..|
Tiba-tiba ingatan tentang apa yang berlaku pagi tadi datang menerjah dalam fikiranku..
Flashback
Jimin mula merapatkan mukanya ke wajahku..tinggal beberapa inci sahaja lagi untuk bibir kami bertemu..hembusan nafas dia jugak dapat aku rasai..aku mula berdoa dalam hati agar tidak diapa-apakan oleh nya sekali lagi.
|sesiapa tolong aku...please selamatkan aku..jebal..jebalyo|
jimin mendekatkan wajahnya di telingaku..dia mula membisik di telingaku dengan nada yang perlahan tapi dingin..
"Aku takkan lepaskan kau macam tu je..kau bertuah sebab tadi ada hero datang selamatkan kau, tapi lain kali aku akan pastikan hidup kau merana sampailah kau setuju dengan permintaan aku..remember, i always get what i want. Just wait and see. So, be prepared..." kata Jimin sambil smirk.
Dia pun berlalu pergi, tinggallah aku sorang-sorang kat sini...
End flashback
Bila aku fikir balik tentang perkara yang terjadi pagi tadi, tiba-tiba je bulu roma aku meremang..takut pulak bila memikirkan nasib aku yang tak menentu ni..baru je nak happy dapat kawan kat sekolah ni, tiba2 pulak mamat rambut karat tu datang merosakkan kebahagian aku..menyampah betul !!!😡😡 kalaulah aku ni jenis yang berani sikit, confirm dah lama aku kerjakan mamat tu sampai lumat. Biar mati terus baru senang hidup aku, hahahahaha😈😈😈😈😈
Sedang aku syok mengelamun, tiba2 Minah datang dah menepuk mejaku kuat. Aku apa lagi, terus terkejut beruk lah, mujur tak melatah je..Minah yang terasa lucu melihat muka aku tadi duk sibuk gelakkan aku, mujur tak bergolek-golek kat lantai je dia ni...
"Ish, Minah ni sempat lagi nak buat lawak kat sini..tak kelakar, ok..😑😑" kataku dengan mimik muka yang menyampah habis...
"Tak kelakar awak cakap..tapi kenapa saya rasa macam kelakar sangat je muka awak tadi..hahaha..Muka tu dah macam orang baru lepas tengok hantu je. Muka tak boleh blah betul..hahaha😂😂😂terbaiklah👍👍👍" kata Minah sambil buat thumbs up. Masih tersisa gelak ketawanya di hujung ayat..
"Banyaklah awak kelakar..saya tengah tension ni boleh pulak awak buat lawak hambar kat sini.." kataku selamba..
"Apa yang awak tension kan sangat tu?? Baru budak sekolah pun dah tension macam ni, tak tahu lah bila awak dah tua nanti macam mana.."kata IU yang muncul secara tiba2..
"Hei, apa cerita kau dengan Jimin sunbae hari tu?? Lepas kau balik semula ke kelas, kau takde cerita apa2 pun kat kitaorang..bila kitaorang tanya, kau cakap takde apa2 lah, hal kecik jelah, banyaklah alasan kau.. kau dah pandai berahsia skang ni ye..😒😒" kata Hani yang muncul entah dari mana..
YOU ARE READING
Teman LelakiKu Kingka!!
FanfictionKim Naeun seorang gadis cantik berasal drp keluarga yg berada. Selepas beberapa thun blajar di luar negara, dia pulang semula ke korea unt menyambung pelajarannya. Semasa di sekolah barunya, dia telah brtemu dengan seorang lelaki yg mrupakan kingka...