Naeun pov
Di dalam kelas
Tiba-tiba pintu kelas dibuka dari luar....seorang lelaki yang aku kenali masuk kedalam kelas dengan wajah selambanya.
Dan lelaki itu adalah....
Jimin...
Dia masuk ke dalam kelas dengan lagak sombongnya. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar, matanya pula memandang tepat ke arahku yang masih berdiri di whiteboard kelas. Lama dia memandangku dengan riak muka yang sukar ditafsirkan. Segan pulak aku jadinya, tambahan pulak dengan pelajar lain dalam kelasku mula menjadi pemerhati drama swasta yang kami tayangkan ni.
|mamat rambut karat ni kenapa pulak tiba-tiba je muncul dalam kelas aku ni?? Kacau aku nak felling je dia ni..😒dahlah pandang aku macam nak terkam aje, takut pulak aku tengok|
Aku mula memandangnya dengan pandangan pelik. Dahlah rasa sedih di hati ni tak hilang lagi, lepastu mamat yang menyakitkan hati ni pulak boleh muncul depan mata aku time macam ni. Haishhh, malang sungguh nasib aku hari ni. Ingatkan oppa aku yang muncul dan selamatkan aku, rupa-rupanya mamat ni pulak yang datang..
|ehh, wait...rasanya aku tengah menangis tadi kan. Jadi maknanya...|
Aku segera menyapu sisa-sisa air mata yang berada di mukaku apabila sedar akan kesilapan aku yang terlupa untuk mengesat sisa air mataku terlebih dahulu.
|patutlah mamat ni pandang aku semacam je tadi. Mesti dia dah nampak aku menangis, haishhh buat malu je..mesti dia gelakkan aku lepas ni sebab menangis macam budak manja je|
Aku segera mengalihkan pandanganku ke arah lain. Malas pulak rasanya nak pandang muka mamat rambut karat ni lama-lama. Buat sakit hati je..
Jimin mula mengalihkan pandangannya ke arah lain selepas lama memerhatikan aku. Dia mula memandang ke arah cikgu Jaesuk yang berada di depannya dengan pandangan berlagaknya tu.
"Maaf sebab menganggu masa pembelajaran cikgu, tapi saya ada urusan sikit yang nak diselesaikan dengan budak ni. Harap cikgu tak kisah kalau saya nak pinjam dia ni sekejap.." katanya selamba sambil memaut tanganku, tangannya yang sebelah lagi masih berada di dalam kocek seluarnya.
|ewah-ewah, sesedap hati mak bapak dia je nak pegang tangan anak dara orang sesuka hati. Kau ingat aku ni anak patung ke hah??!! Dahlah selamba badak kau je kan mintak permission cikgu nak pinjam aku, bukannya nak tanya tuan empunya badan ni rela ke tak. Memang dasar lelaki tak ada adat!!! Patutnya orang macam kau ni kena humban dalam segi tiga bermuda je terus, biar hilang dari radar lagi bagus daripada aku kena menghadap muka kau je memanjang..😡😡|
"Kalau cikgu tak nak bagi permission pun tak apa, tapi harap cikgu prepare lah ye untuk berambus dari sekolah ni nanti. Jangan lupa untuk kemas barang-barang cikgu dan ucapkan goodbye dekat semua cikgu lain ye. Saya dengar bukan senang nak cari kerja pada zaman kemelesetan ekonomi sekarang ni, so lebih baik cikgu buat keputusan yang bijak sebelum terlambat.." kata Jimin sambil tersenyum sinis ke arah cikgu Jaesuk.
Aku dan seiisi kelas yang menjadi pemerhati dari tadi hanya mampu melopong ajelah. Tak sangka betul mamat ni berani nak ugut cikgu yang garang macam singa tu..dahlah mulut dia bukan main laser lagi, kalah mulut aku yang perempuan ni. Tahulah yang parents dia tu kaya dan berpengaruh, sampai semua cikgu kat sekolah ni pun tak berani nak ambil tindakan sangat kalau mamat tu ada buat salah. Paling teruk pun kena kelas tahanan jelah. Tulah apa yang aku dapat tahu daripada oppaku tempoh hari.
Riak muka cikgu Jaesuk mula berubah. Mukanya merah mestinya sebab menahan marah atas apa yang telah Jimin katakan kepadanya tadi. Gila tak marah, sudah semestinya ego dia sebagai cikgu tercabar apabila diugut oleh anak murid sendiri. Tapi apa kan daya, kalau bukan sebab dia sangat memerlukan kerja ni, pastinya Jimin yang berada di depannya ni dibelasah dengan teruk.
YOU ARE READING
Teman LelakiKu Kingka!!
FanfictionKim Naeun seorang gadis cantik berasal drp keluarga yg berada. Selepas beberapa thun blajar di luar negara, dia pulang semula ke korea unt menyambung pelajarannya. Semasa di sekolah barunya, dia telah brtemu dengan seorang lelaki yg mrupakan kingka...