Naeun pov
Tubir mataku pecah, aku mula menangis dengan harapan dia akan bersimpati ke atasku. Dia mula datang mendekatiku.
Semakin dekat......
Semakin dekat.......
Semakin dekat........
Aku mula memejamkan mata. Tak sanggup aku nak tengok apa yang akan berlaku selepas ni. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang sedang ketawa. Tapi disebabkan terlalu takut, aku tetap tidak membuka mata. Lantaklah nak jadi apa pun.
|ni pehal pulak ada bunyi orang ketawa tiba-tiba ni?!! Aku tengah dalam situasi yang bahaya macam ni sempat lagi korang nak gelak ya.😡😡 Tapi suara ni macam datang dari perogol bersiri kat depan aku ni, takkan lah mamat ni dah kena sampuk dengan hantu jembalang tanah kut tu yang gelak macam orang gila tu. Nasib aku jumpa perogol bersiri yang dah gila😔😔|
Mungkin disebabkan perasaan ingin tahu aku yang menebal, aku pun memberanikan diri untuk membuka mata. Tiba-tiba perasaan marah+geram+malu mula menjalar dalam diri aku bila aku ternampak ada satu susuk tubuh yang sangat dikenali sedang galak mentertawakan aku. Mask yang dipakai oleh makhluk kat depan ni sudah ditanggalkan menyebabkan aku dapat melihat mukanya dengan jelas.
"OPPAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!" Tempikku kuat. Ni kalau ada burung terbang pun boleh jatuh pengsan sebab suara aku yang sampai penguin dekat kutub utara pun boleh dengar.
"Hahahahahahahaha, lawaklah muka Naeun tadi.😂😂 Pucat habis macam baru lepas tengok hantu je👻👻 ni kalau toreh dengan pisau 🔪🔪 pun tak keluar darah agaknya, hahahahaha😂" kata makhluk dekat depan aku ni. Masih tersisa tawanya di hujung ayat.
|Dasar oppa TAK GUNAAAA!!!!!! Nasiblah aku dapat oppa macam kau ni. Kalau kau ni bukan oppa aku dah lama aku lenyek-lenyek je kau ni dengan lori balak 🚚 🚚 tak pun aku tolak je kau ni dari landasan kereta api biar kena gilis🚂🚂 terus, biar padan muka tu suka sangat nak sakat orang. Mujur aku takde heart attack je ni kalau tak dah lama dah aku jalan, nanti dah boleh siap ukir nama aku dekat tugu peringatan lagi..|
♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤
Mangsa:-
Kim Naeun
Sebab kematian:-
Di 'prank' oleh abang sendiri sampai tekanan darah tinggi. Mangsa dipercayai terlalu tension dengan abangnya yang gila meroyan.
Suspek:-
Kim Seokjin
♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤♤
Aku mula bernafas dengan tidak stabil. Dadaku mula berombak, mukaku juga mula merah menahan marah. Mamat kat depan ni pulak masih lagi dengan tawanya yang tak henti-henti. Nak je rasanya aku stapler je mulut longkang dia tu. Aku mula berjalan ke arahnya yang berada hanya beberapa langkah sahaja dariku dengan perasaan marah.
Aku menampar kuat belakang kepalanya, badannya menjadi mangsa pukulan aku. Ni kalau ada kapak dekat sini dah lama aku catas je kepala mamat ni.
"Woi, dah-dahlah tu pukul oppa. Sakitlah!! Dahlah tangan Naeun tu keras macam batu konkrit, boleh lebam badan oppa macam ni, bukan setakat lebam, tulang pun boleh patah tau.." kata Jin sambil memegang kemas tanganku yang masih lagi ingin memukulnya.
"Hah, bagus lah kalau macam tu. Biar masuk hospital terus, tak pun tak payah keluar dari hospital sampai bila-bila pun lagi bagus. Kalau ada pun buat orang sakit hati je. Mujur Naeun ni takde heart attack je kalau tak memang dah lama Naeun jadi arwah 😡😡" kataku geram.
YOU ARE READING
Teman LelakiKu Kingka!!
FanfictionKim Naeun seorang gadis cantik berasal drp keluarga yg berada. Selepas beberapa thun blajar di luar negara, dia pulang semula ke korea unt menyambung pelajarannya. Semasa di sekolah barunya, dia telah brtemu dengan seorang lelaki yg mrupakan kingka...