Bab 33

642 42 11
                                    

Naeun pov

Waktu rehat

Aku berjalan menuju ke kantin bersama-sama dengan Minah, IU dan Hani. Masing-masing sibuk duk bergelak sakan dan bergurau-senda kecuali aku. Sampai je dekat kantin, aku dan Hani pergi tanda tempat sementara Minah dan IU pergi beli makanan.

"Weh, apesal aku tengok hari ni kau diam je? Macam baru lepas mati suami aku tengok. Kau ada masalah ke??" Tanya Hani dengan riak risau.

"Takde apa-apalah. Cuma hari ni aku takde mood sangat lah nak bercakap. Semalam aku tak cukup tidur sebab kena dengar parents aku membebel sampai pukul 12 malam tahu tak." Kataku dengan mata yang tertutup.

"Apesal pulak kau kena marah?? Kau buat hal ek? Tulah kau, kalau sehari tak buat masalah memang tak sah. Ada je lah kau ni datang nak menyibuk hal orang lain." Bebel Hani panjang lebar.

"Ish kau ni...aku dah cukup tension dah semalam sebab kena marah dengan parents aku, ni kau pulak yang nak marah aku lebih-lebih ni pehal..." bentakku geram.

"Alolo...my Naeun baby dah mengamuk..mian(sorry) lah. Aku ter'over' drama sikit tadi. Kau janganlah marah nanti dah tak cute muka kau. Kalau kau dah tak cantik lagi siapa yang susah, aku jugak yang susah sebab kena hadap muka tak laku kau ni.." jawab Hani selamba sambil tersengih seperti kerang busuk.

Aku hanya mampu mencebik dan rolling eyes jelah. Kalau nak menjawab dengan minah kat depan aku ni, mahu tahun 2020 pun belum tentu habis.

"Anyway, kau tak bagi tahu lagi aku kenapa kau kena marah dengan parents kau. Berat sangat ke kesalahan kau tu sampai pukul 12 malam diorang duk membebel dekat kau lagi?" Tanya Hani penuh minat.

"Takdelah berat mana pun. Aku just terbalik lambat sikit je semalam masa diorang suruh aku pergi beli barang kat pasar raya. Mana tak balik lambatnya, biasalah orang perempuan kalau duduk kat pasar raya memang rambang mata lah gamaknya. Mujur aku tak buat camp fire je kat depan tu." Kataku bohong kepada Hani. Actually, aku malas nak bagi tahu Hani perkara sebenar yang melibatkan Jungkook tu. Kang tak pasal-pasal dia cakap aku ada skandal pulak dengan mamat bajet hensem tu. Tak nak aku..mintak simpang 44 lah..😱😱😨

"Kau ni pun agak-agaklah balik lambat semata-mata nak shopping. Apa ke jadah lah kau buat kerja yang membazirkan masa dan tenaga macam tu..." kata Hani sambil menggelengkan kepala tanda tidak percaya.

Aku hanya mampu tersengih kecil sambil buat tanda 'peace' kepadanya. Malas nak meneruskan sesi soal jawab mengenai hal yang aku anggap tak lah penting sangat ni. Aku dan Hani berbual kosong sehinggalah Minah dan IU datang membawa bersama makanan yang telah kami pesan. Minah duduk di kerusi sebelahku sementara IU duduk di sebelah Hani berhadapan dengan Minah. Kami mula makan sambil berbual kosong dan sesekali kami ketawa dengan gurauan bodoh Hani yang merupakan 'mood maker'.

Gelak ketawa kami terus je mati apabila tetamu tak diudang muncul dan duduk di sebelah IU sambil tersenyum kecil. Siapa lagi kalau bukan mamat Wonwoo a.k.a namja chingu (boyfriend) si IU ni. Menyampah betul aku tengok muka tak tahu malu mamat sengal ni. Sesuka hati mak bapak dia je datang duduk kat sini. Orang tak ajak pun menggatal lagi nak datang sini. Dasar lelaki muka tebal macam ni memang lah tak tahu malu kan?😌😌

"Hei, boleh saya duduk sini tak? Hari ni saya rasa macam nak lunch dengan yeoja chingu (girlfriend) kesayangan saya lah. Dah lama kita tak makan sama-sama kan sayang?" Kata Wonwoo sambil memaut lembut bahu IU yang dari tadi tersenyum kepadanya.

Aku, Minah dan Hani mula buat muka menyampah habis. Actually aku takdelah kesah pun kalau diorang nak bercintan-cintun sampai nak terbalik rak buku sekalipun, tapi tak payahlah nak tunjuk depan-depan macam ni. Sakit pulak mata orang yang memandang ni sampai aku rasa mata aku berpinar je duk tengok 'lovey dovey couple' yang mengalahkan Brad pitt dengan Angelina Jolie ni.😒😒

Teman LelakiKu Kingka!!Where stories live. Discover now