Jimin pov
Aku berjalan masuk ke dalam kelas dengan wajah yang sugul. Seperti biasa, kelas aku kalau tak ada cikgu memang bising nak mampus. Entah apa lah yang dibualkan diorang pun aku tak tahu.
Aku berjalan menuju ke arah V yang sibuk berbual dengan geng perempuan paling gedik dalam kelas, 'geng meletup kebaboom'.😂😂 Entah datang dari planet mana lah aku tak tahu nama 'meletup kebaboom' tu muncul, tengok-tengok geng tu dah pun ditubuhkan. Apa yang 'kebaboom' sangat tu pun aku tak faham, aku tengok diorang ni biasa-biasa je cuma yang luar biasanya muka diorang yang penuh dengan mekap tebal berapa inci tu. Menyampah aku tengok.😒😒 Datang sekolah pun nak kena bermekap jugak ke?! Pakai eyeliner lah, lipstick lah, contact lense lah. Aku yang tengok ni pun boleh meremang bulu roma melihatkan mata diorang yang penuh warna-warni bak pelangi tu. Ada yang warna biru, hijau, merah, mujur je takde yang warna kelabu asap kalau tak, tak tahu lah nak cakap apa.
Sampai je kat tempat aku, aku terus menarik kerusi di sebelah V lalu duduk. Iphone 6s kepunyaanku dikeluarkan dari kocek seluar. Gambar Naeun yang baru aku ambil tadi ditatap lama, tanpa aku sedari satu senyuman kecil terukir dibibirku. V yang dari tadi ralit berbual tanpa menghiraukan kedatangan aku terus senyap sambil matanya memandang aku dengan pandangan yang pelik.
"Woi kau ni dah pehal senyum sorang-sorang. Dah kena sawan babi ke apa?? Biasanya kau yang paling bising dalam kelas, tiba-tiba je senyap semacam ni?" Kata V bersahaja.
"Yelah, saya tengok oppa macam tak sihat je ni. Oppa sakit ke? Nak saya ambilkan ubat tak?" Tanya salah seorang daripada geng 'meletup kebaboom' tu. Tangannya mula menyentuh lembut tanganku.
Aku segera menepis tangannya. Rimas pulak bila ada perempuan gedik yang nak ambik berat pasal aku ni. "Aku okay je, tak payah nak susahkan diri kau. Anyway, kita ni sama umur so, aku rasa tak payahlah kau nak panggil aku oppa ke apa. Geli lah kau tahu tak. Sedar-sedarlah sikit yang kau tu dah tua, ada hati nak panggil aku oppa dengan suara bajet manja dan gedik kau tu. Menyampah aku. And lagi satu, kau ada kaki kan? Tak reti-reti nak pergi duduk kat tempat kau ke?!"
Senyap tak berkutik minah gedik tu. Tersentap barang kali. Aku hanya buat tak tahu lalu kembali menatap telefonku itu. Malas nak layan orang gedik macam ni, tak pasal-pasal aku pulak yang naik gila. V yang dari tadi hanya mendiamkan diri, menepuk kuat bahuku dengan muka macam 'what the heck, dude??' Aku hanya memandangnya bersahaja tanpa menunjukkan tanda-tanda nak memujuk minah gedik tadi.
"Erhh...korang semua pergi duduk dulu ye, nanti kita berbual lagi. Tiba-tiba je skru kat kepala otak si Jimin ni longgar sikit, tu yang cakap merapu macam orang bengong gitu." Kata V dalan nada memujuk.
"Woit, sampai hati kau kata aku bengong!! Tak guna punya kawan!!" Aku mula membentak.
V hanya buat tak tahu sambil memberi senyuman manis kepada geng gedik tadi yang sudah mula berlalu pergi ke tempat duduk mereka.
"Kenapa cikgu Eric tak masuk lagi ni?? Dah 15 minit masa pembelajaran dia berlalu. Biasanya dia memang on time." Aku bertanya V.
"Kau tak tahu ke yang cikgu Eric demam, sebab tu lah dia tak datang hari ni." V memandangku.
"Ohh..." sepatah sahaja yang aku jawab tanpa memandang muka V.
"Woi kau ni dah kenapa hari ni?" Tanya V dengan muka pelik.
"Kenapa apa??"
"Yelah, kenapa tiba-tiba kau jadi bad mood semacam je ni? Biasanya kau yang paling suka melayan geng 'meletup kebaboom' tu, tapi hari ni aku tengok kau dingin semacam je. Ke kau dah tersangkut dengan makwe baru..?😕😕" tanya V.
"Takde maknanya aku nak tersangkut dekat si Naeun tu. Dia bukannya cantik sangat pun, dahlah tak sexy. Memang not my type lah." Kelam-kabut aku membalas pertanyaan V.
YOU ARE READING
Teman LelakiKu Kingka!!
FanficKim Naeun seorang gadis cantik berasal drp keluarga yg berada. Selepas beberapa thun blajar di luar negara, dia pulang semula ke korea unt menyambung pelajarannya. Semasa di sekolah barunya, dia telah brtemu dengan seorang lelaki yg mrupakan kingka...