1

181 12 3
                                    

" Shaa , jom turun , tengok jiran baru kita . boleh kenal kenal kan sambil tolong diorang ape yang patut "

What ? Jiran baru. Okey. Tapi kenapa aku kene turun ? Urghh !

" Ma jelah tolong. Shaa penat lah ma. " okey itu je modal yang aku ada sekarang untuk bagi alasan kat mama. Eh tapi betul ape aku penat hm.

" Alah, mama pun penat Shaa. Tapi apa salahnya kan tolong jiran baru kita tu. Lagi pun senang nanti kalau dah kenal kenal. Haa kalau kereta Shaa rosak, kan boleh minta tolong jiran kita tu " , Puan Sharifah tidak berputus asa memujuk puteri kesayangannya itu. Haih, dah besar panjang pun tak reti nak bermesra dengan masyarakat setempat.

" Alah ma, papa kan ada. Buat apa nak mintak tolong jiran " , seperti mamanya, Qalesha juga tidak berputus asa memberi alasan. Bukan apa, aku betul betul penat ni haih.

" No. Kali ni Shaa kene ikut cakap mama. Turun sekarang dan tolong jiran kita tu. " Arahan tegas dikeluarkan oleh Puan Sharifah. Ya, Qalesha sudah lali dengan nada yang satu itu. Haish, bukannya kita tipu penat pun. Dah memang betul-betul penat kan, nak buat macam mana? Tapi, nak tak nak, kene ikut jugaklah. Haihh nasib nasib.

************************************

Qalesha memerhati Puan Sharifah berbual bual dengan jiran baharunya itu. Eh, tadi kata suruh tolong, ni dia pula yang berbual. Hm, nak pegi ke tak nak? Kalau tak pegi, confirm mama jadi lecturer malam nanti. Kalau pegi, nak buat apa? Barang aku rasa dah siap angkut bawak masuk dalam rumah. Yang ada cuma mama dengan isteri tuan punya rumah je. Aduh, pening lah.

"Shaa, tercegat rupanya dari tadi kat sini, jom lah ikut mama, kita berbual dengan jiran baru tu. Tadi katanya nak kenal dengan Shaa."

Eh, mama? Sejak bila pula mama ada kat sini? Bukan tadi dekat halaman rumah jiran sebelah ke? Wah, mak aku ni The Flash rupanya.Eh, kejap kejap. Jiran sebelah nak kenal aku? Aik, kenapa pulak? Aku ni cantik sangat ke? Atau terlebih cantik? Atau dia tak puas hati aku ni lagi cantik dari dia? HAHAHAHA kau ni Shaa bersyukur lah ada orang nak kenal kau. Puji diri sendiri pulak. Huh dasar angkat bakul betul !

" Ya Allah budak bertuah ni termenung pulak. Tunggu apa lagi? Cepatlah hish kesian Aunty Masyitah tu haa tunggu Shaa."

Aunty Masyitah? Aunty mana pulak ni. Aku mana ada makcik sedara nama Masyitah. Member sama umur aku adalah. Tu pun dekat London, sambung PhD. Eh, bengapnya kau ni Shaa. Mestilah jiran sebelah rumah kau. Dah kata tadi jiran sebelah nak kenal, takkanlah Masyitah yang dekat London pulak. Haish, parah aku ni !

" Ya Allah cantiknya. Bertuah siapa jadi suami dia" komen pertama Aunty Masyitah bila tengok aku. Aku mampu senyum je. Bukan apa. Aku dah tahu dah yang aku ni cantik, hehehe. Haa tengok perasan betul grr.

"Alah Kak Mas, biase aje. Muka je cantik, tapi dia punya malas, memang tak boleh buat bini langsung!"

Erk! Alah mama ni spoil! Aku bukannye malas, tapi aku penat. Banyak class okey. Tapi sebenarnya aku ni memang malas pun em sikit je tak banyak pun huhuhu.

" Mummy! Mummy! Fifi dah siap kemas dah bilik Fifi huh penat tau mummy naik lenguh satu badan ni tau. "

" Laa yeke. Alah kejap je tu nanti hilanglah lenguhnya. Meh duduk sini meh kenal dengan jiran kita"
Lembut sahaja suara Aunty Masyitah. Macam nak dodoikan baby pun ada. Hm anak dia ni bapok ke? Baju pink, kasut pink,jeans perempuan, siap dengan hairband mak you! Err jalan pun macam sotong ey poyo nya!

"Hai, nama i Fifi. Nama you sape eh. Em mummy comellah hairband die, corak teddy bear lagi alah tapi bukan warne pink ey tak suke nye"

Erk!! Bukan main lagi. Hmm so die ni mamat pink lah kan? Oh man, aku alergik dengan spesies sotong yang macam ni! Walaupun hakikatnya sambal sotong mama selalu buat aku tak jadi nak diet.

"Fifi? Fifi Natasya ke? Huh! My name is Qalesha Sofeah. Just call me Qal."

Hahahaha ambik kau! Fifi konon. Aku boleh jamin nama dia takde kene mengena dengan fifi. Dasar pinky boy!

"Qal? Eh macam nama lelaki je ey. Nama penuh i Hareez Hafizi."

"Eh fifi, Shaa tipu je. Mana ada orang panggil dia Qal. Aunty panggil dia Shaa. Hareez Hafizi? Sedap nama tu. Tapi kenapa panggil Fifi ? Puan Sharifah bertindak memotong perbualan Qalesha dan Hareez Hafizi, kerana dia tahu anak gadisnya itu ada niat untuk memulakan Perang Dunia ke-3.

" Nama Fifi kan comel aunty sesuai dengan owner die hehehe. Okeylah mummy Fifi nak masuk nak berehat badan ni haa lenguh tau ey malam nanti mama urut tau" lembut sahaja gerak langkah si sotong pink itu, siap bercatwalk lagi. Fuh! Alergik!

'''''''''''''''''''''''''''''

Hye readers ☺ first of all this is the very first time Naa create story and this part one maybe super boring kan huhuhu~ em tapi harap baca ya ! Vote/komen dialu alukan. Part two maybe lambat sikit . well, idea hilang. Hehehe. sorry kalau typo .
Naalovesyou 💋

Strawberi Coklat.(HOLD)Where stories live. Discover now