6

60 6 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 5 petang, Qalesha keluar dari fakultinya, penat seharian dia asyik menghadap lecturer je. Yelah, hari Rabu memang penuh jadualnya. Sampai tak sempat makan tengahari 😭.

Sampai di keretanya, dia terus sahaja menyumbatkan segala kertas kerja nya di sebelah tempat duduk pemandu.

Dia menghidupkan enjin keretanya tapi tak berjaya. Dicuba berkali kali tapi masih sama. Ah, sudah! Time² macam ni lah dia buat hal. Haih, kenapa lah nak rosak sekarang. Tak boleh ke rosak time aku tak guna kau. Tunggulah, nanti aku beli kereta baru, aku tak kan pandang kau dah! Aku simpan kau kat garaj je.

Tiba- tiba , cermin keretanya diketuk. Sape lah kacau dia ni. Baru nak ceramah dekat kereta yang tak berapa nak bertuah ni, haish.

Qalesha menurunkan cermin keretanya perlahan-lahan. Dia terkejut sebenarnya. Ya, Hareez yang ketuk cermin keretanya. Alamak, dia nak marah aku ke pasal semalam? Atau dia nak balas dendam? Ke dia nak culik aku? Atau....

"Nak tumpang aku tak?" soalan polos diajukan kepada Qalesha sebelum sempat dia berfikiran lebih jauh. Lah, tu je ke nak tanya? Selamat aku huhuhu.

"Kau ni memang suka berangan eh ? Kalau nak, cepat sikit, terhegeh hegeh. "

Eh mamat ni suka hati dia je.huh !

"Eh takpelah, aku dah call papa aku. Terima kasih jelah" bohongku, padahal telefon aku dah habis battery 😭 naik kereta dengan dia? Oh memang taklah! Aku dah taubat! Naik kereta dengan dia means tak sayang nyawa okey.

"Oh kalau macam tu takpelah, tapi hati hati tau, sebab kat sini ramai orang jahat. Hutan belakang tu, ramai matgian. Jaga diri tau, ape ape hal aku tak tanggung, okey geraklu" spontan Hareez berbicara. Sengaja mahu menakut - nakutkan gadis itu dengan harapan dinner mereka malam ini berjalan dengan lancar. Ya, dinner. Hareez telah menelefon papa Qalesha meminta izin untuk membawa Qalesha keluar. Oh, tak sabarnya rasa. Kenapa? Entahlah, tapi bila bersama gadis ini, dia rasa selesa.

Qalesha diam. Mengalah? Oh tak mungkin. Sengaja lah tu nak takutkan aku, lepastu bila aku takut, aku naik kereta dengan dia, lepastu dia buli aku macam haritu, lepastu aku takut dengan dia, lepastu aku tak berani buli dia, lepastu dia akan terus buli aku lepastu aku kene tekanan perasaan lepastu aku psiko lepastu aku dapat penyakit skizofrenia, tak pun sinestesia, lepastu takde sape nak kahwin dengan aku . macam mana? Hm hiperbola bukan?

Hareez berpura pura meninggalkan Qalesha. Sebenarnya, dia menanti saat saat namanya dipanggil dan ucapan 'okey,aku ikut kau' oh lama lagi ke? Penat dah ni.

Qalesha masih berfikir - fikir dengan cadangan Hareez Hafizi. Entah kenapa, tiba tiba cerita tentang mat rempit yang selalu berkeliaran di kawasan ini menjengah ruang fikirannya. Sahabat baiknya, Aina pernah diragut dan dicederakan sehingga tangan kanannya patah. Aduh, macam mana ni? Takkan lah aku nak kalah dengan mamat pink tu? Huwaaaaaaa 😭

Baru sahaja Hareez hendak masuk ke dalam keretanya,

" weh "

"Hm?"

Strawberi Coklat.(HOLD)Where stories live. Discover now