"Kringgg! Kringggggg! Kringgg!" nyaring jam loceng milik Qalesha menjerit. Maklumlah , dia ni kejutkan anak dara yang serupa jantan, jadi wajarlah nyaring. Eh, boleh eh macam tu?
Qalesha berusaha mencapai jam loceng nya yang berbentuk penguin. Kalau nak tahu , Qalesha ni peminat tegar penguin. Dalam bilik dia ni, macam habitat penguin pun ada jugak. Sampai kan cara dia berjalan pun orang cakap macam penguin. Ha, nampak tak begitu kuat jodoh dia dengan penguin? Okey merepek.
Apabila jam loceng itu atau lebih Qalesha kenali sebagai qutiepie berjaya dicapai, dia mematikan penggera. Menggeliat sepuas - puas nya. Dia bangun dan kemudiannya duduk. Matanya melilau ke setiap pelosok bilik, entah apa yang dicarinya. Namun tidak lama selepas itu, dia kembali merebahkan dirinya dan terus menyambung lena yang terganggu dek jeritan sang qutiepie kesayangannya itu. Sah tak boleh jadi bini orang!
______________________________________
Puan Sharifah terbongkok bongkok di halaman rumahnya. Macam cari anak kucing pun ada juga. Tapi sebenarnya dia memetik beberapa helai daun pandan. Menu sarapannya pagi itu nasi lemak, jadi haruslah menggunakan daun pandan.
"Fah? Buat ape tu?" tegur seseorang dari rumah sebelah. Pantas Puan Sharifah menoleh, melihat siapakah gerangan yang menyeru namanya sebentar tadi.
Eh? Menyeru? Macam pelik je.
" laaa... Kak Mas rupanya. Eh taklah. Sha dengan Mak Yam ade kat rumah. " ramah Puan Sharifah membalas. Yelah, dia ni jenis yang mesra sikit. Tak macam anaknya tu, orang ajak pegi gotong royong pun tak nak. Alasannya, malu dengan jiran. Nak malu apanya. Bukan dia tak cantik. Malah, dalam seminggu dua ni sudah ada rakan - rakannya yang merisik khabar satu - satunya anak gadisnya itu. Jadi jelas kan terbukti bahawa anaknya itu cantik? Eh, sampai ke situ pulak.
"Oh, nak masak nasi lemak ke?" Puan Masyitah masih mahu beramah mesra dengan jirannya. Bukan selalu dia ada dirumah. Urusan di butiknya begitu banyak sehingga kadang - kadang Hareez yang mengemas rumah mereka. Rasa bersalah juga sebenarnya kerana sebagai ibu, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Tapi dia bersyukur dikurniakan anak yang baik dan memahami kerjayanya, malah pandai berdikari. Abang, kalau lah abang nampak fifi sekarang. Mesti abang bangga. Dia serupa sangat dengan abang. Doakan dia dapat jodoh yang baik ye bang. Dalam diam, Puan Masyitah berdoa. Sayu hatinya merindui sang suami, namun masih tersenyum di hadapan Puan Sharifah.
" haah, kak mas ni macam tahu tahu je menu saya pagi ni " jawab Puan Sharifah sambil tergelak kecil.
"Akak main teka je. Mesti sedap kan Fah masak." puji Puan Masyitah.
"Eh, biase je kak. Asal boleh makan. "
"Ape pulak asal boleh makan. Tengok muka pun akak tahu Fah memang pandai masak. "
YOU ARE READING
Strawberi Coklat.(HOLD)
RomanceCinta ? Oh, dia pernah merasakannya. Menjadi orang yang teristimewa dalam hidup seorang lelaki. Melakar kenangan manis bersama orang yang tersayang. Tapi malang datang menimpa. Kebahagiaannya dirampas. Namun dia kuat, bangkit semula demi janji yang...