4

58 7 2
                                    

" Dari pandangan
Dan sudut mata
Kau seakan mahu menyatakan sesuatu
Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Jangan buat aku .... Oh mak kau beranak lima gugur satu nangis depan kubur tak berlagu !"

Ledakan tawa memenuhi segenap halaman rumahku. What?! Sotong pink ni ketawakan aku? Damn you budak! Dah lah main sergah orang je! Siap kau! Biar kau basah dengan pokok bunga aku ni sekali. Dengan pantas aku terus mengejar Hareez. Ceh . macam dalam cerita dilwale pulak kan main kejar kejar bagai ni. Bezanya heroin kali ni cantik sikit hahahah perasannya kau Shaa !

Lari punya lari punya lari punya lari. Cop. Berapa kali nak ulang? Okee ni last , lari punya lari, last last dia jatuh, aku pun jatuh, andd.... Kaki dia kat kepala aku! What the.... Mama cakap tak elok mencarut. Aduh ape nih kaki kan kepala orang eyy nasib lah kau ni jiran aku kalau tak dah lama aku tetak kau lepastu kerat 41 eh terbalik kerat 14 . huh!

" okey okey dah . aku penat nak lari. " Hareez mengangkat kedua dua belah tangannya. Surrender! Yesza. Hahahaha rasa macam kakyong pulak ekikiki.

Aku bangun dan terus tutup pili air. Huhu kene berjimat okey! Selamba badak aku je duduk kat kerusi depan halaman rumah dia. Biaselah, muka tembok lah katekan. Aku kesah pulak kan 😹

" Hey budak, tepi sikit! Kau pikir kau je ke nak duduk? Huh! Penat tau tak? Kau pikir aku ni kanak kanak ribena ke ajak main kejar kejar bagai. " tu dia gais tu dia. Muka dah macho, tapi membebel? Kalah Lecturer Sharifah Humairah Binti Mohd Amin. Haa kang tersedak pulak mak aku kat kuliah tu nanti. Sorry ye ma hehe.

"Alah kau ni. Sape suruh gemuk sangat."

Hareez memicit hidungku kuat. Eh, pikir aku doraemon ape? Tapi kalau aku balas balik, confirm dia balas lagi. Lepastu nanti aku balas, dia balas, aku balas, dia balas, haa bila nak habis? Huhuhu.

"Weh, aku nak tanya sikit boleh tak?"

"Tak boleh"

"Alah sikit je"

"Tak.boleh"

"Kesah pulak aku. Em, kenapa kau jadi mamat pink eh haritu? Maksud aku kau ni lelaki sejati kee... Alah paham paham lah"

Hareez pandang aku, aku pandang dia. Huh sweet bukan.

"Kalau aku taknak jawab?"

"Alah bolehlah please" sengaja aku buat muka comel depan dia . hehehe, bab nak pujuk orang ni, aku memang master 😎

"Stop buat muka macamtu. Tak comel langsung"

Erk! Taktik aku gagal ke ape nih. Terus muncung mulut aku bila dengar dia cakap aku tak comel. Huhu sayu nya okee tak payah nak drama sangat lah ye.

"Okey fine. Sebenarnya aku kene cabar dengan member aku untuk jadi mamat pink selama seminggu, dan hari aku pindah kat sini tu adalah hari last aku jadi mamat pink, dah? Puas hati ? "

Aku ternganga. What? Kene cabar? Fulamak! Gentle gila.

" kau tak malu ke? Yelah, kene jadi so..... Eh mamat pink ? Satu minggu pulak tu."

" Tak, sebab aku hot. Ramai fans, dan denda tu pun fans aku yang bagi. So, nak malu apa?"

Baldi ade tak--" perasan plus plus betul ey. Aku bangun dari situ, mula melangkah meninggalkan halaman rumahnya. Malu sebenarnya lama lama dekat situ. Jantung ni haa dari tadi dup dap dup dap jeh. Hohoho. Please jangan cakap aku dah fall in love untuk kali kedua okey. Kali kedua? Hm ya. Kali pertama aku fall in love masa aku tingkatan 3. Dengan siapa? Tak semena- mena, air mataku jatuh perlahan lahan. Segera aku mempercepatkan langkah, tidak mahu tangisanku disedari oleh Hareez. Manakala Hareez pula sudah terpinga pinga melihat gadis itu hilang di balik daun pintu utama rumahnya. Tak de angin tak de ribut, blah macam tu aje? Sekurang kurang nya cakapla 'bye,i love you, take care ya' . eh terlebih sudah hahaha.


Di dalam bilik, air mata Qalesha semakin deras membasahi bantal peluk kesayangannya yang diberi nama pingu, berbentuk penguin. Kenangan masa silamnya kembali menguasai diri. Ya, dia tidak akan pernah lupa kenangan itu. Sungguh pada waktu ini dia terlalu rindu dengan Fakhrul Adam, insan pertama yang berjaya menambat hatinya, dan insan pertama yang membuatkannya berasa terlalu kehilangan.

Akhirnya, Qalesha terlena dalam tangisannya sendiri. Mungkin letih kerana tenaganya habis untuk menangis. Bukan sejam dua dia menangis, dari pada petang tadi sehinggalah pukul 11 malam. Nasib baik dia ABC. Kalau tak, mesti dia akan berqiamullail kerana mendengar ceramah daripada mamanya. Makan malam? Mestilah dia tak makan! Dengan mata bengkak, dengan hidung merah lagi, nasib baik mamanya tak memaksa semasa memanggilnya untuk makan bersama tadi. Kalau tidak..... Fuh! Letih dia hendak menjawab soalan daripada mama dan papa nya tentang wajahnya yang tersangat lah ketara macam baru lepas menangis.

_____________________________

Hambar gile bab ni 😿 huhuhu pendek je. Hm sorry ya gais. Next bab In Sha Allah secepat yang mungkin. Btw, wish me luck for the midyear exam, okey !

Strawberi Coklat.(HOLD)Where stories live. Discover now