Hareez menghempaskan dirinya di atas katil yang bersaiz queen itu. Rasa letih menguasai dirinya. Perjalanan dari Jepun ke Malaysia cukup menguji fizikal dan mentalnya. Sudahlah di dalam kapal terbang dia tak boleh tidur, ditambah lagi dengan kehadiran seorang wanita di sebelahnya. Asyik memesan makanan sahaja. Bila dia ingin memejamkan mata, mulalah 'sis, could you...' bla bla bla. Kesudahannya, dia terpaksa menahan rasa mengantuknya. Baru sekarang hilang sedikit rasa letihnya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia tidur sekarang. Tapi, dia belum menunaikan solat zuhur lagi. Terpaksalah dia gagahkan dirinya untuk bangkit semula.
Selesai mengerjakan kewajipannya, dia terus baring. Namun entah kenapa dia memilih untuk membelek belek telefonnya. Teringatkan seseorang, dia pantas menghantar sms kepada orang itu.
Hareez
Hey, missing me? :)Send. Dia masih menunggu balasan daripada orang itu walaupun matanya sudah mahu tertutup.
Sweetie Princess
Nope.Hah? Hampa betul. Nope je? Setelah dua minggu mereka terpisah beribu ribu batu, jawapan itu sahaja kah yang mampu dia bagi? Huh.
Hareez
How could you :( btw, meet me at my house this 8pm. Don't forget to bring my future parents-in-law, okey.Send. Tersengih sengih dia baca apa yang dihantarnya. Sejurus selepas itu, dia terlena. Mungkin penat sangat. Eh bukan mungkin, memang pun. Huhuhu
_____________________________
Qalesha yang sedang membaca novel sekali lagi berasa terganggu dengan bunyi telefon nya. Terus dia membuka aplikasi sms dan membaca mesej yang baru diterimanya.
Sotong Kering
How could you :( btw, meet me at my house this 8pm. Don't forget to bring my future parents-in-law, okey.Eiuwww what the.... 'Parents in law' ? Huh! Mohon pupus lah orang yang macam ni! Perasan betul. Eh!kau pun apa kurangnya kan? Brr. Memang tak lah dia nak datang. Buat apa? Bukan ada faedah pun. Baik aku buat assigment yang prof aku bagi lagi bagus.
Hm, tapi aku tengok semalam Aunty Masyitah bukan main lagi shopping. Ada majlis ape eh? Hm....
"Shaa, jom teman mama pegi shopping", entah bila, Puan Sharifah sudah tercegat di pintu bilik anaknya.
Shopping? Lahai, biasanya mama lah orang yang paling liat sekali nak pegi shopping. Hari ni? Buang tabiat ke ape mak aku ni? Haih.
" Hai ma, biasanya mama malas nak pegi shopping, ni mimpi apa pulak ni tiba tiba ajak Shaa pegi shopping?"
YOU ARE READING
Strawberi Coklat.(HOLD)
RomanceCinta ? Oh, dia pernah merasakannya. Menjadi orang yang teristimewa dalam hidup seorang lelaki. Melakar kenangan manis bersama orang yang tersayang. Tapi malang datang menimpa. Kebahagiaannya dirampas. Namun dia kuat, bangkit semula demi janji yang...