7

75 4 0
                                        

Sebulan selepas kejadian mereka bertikam lidah, Qalesha jarang berjumpa dengan Hareez. Bukan dia tidak mahu berjumpa, tapi kebelakangan ini kelibat jirannya itu sukar sekali dikesan. Hm, hilang dari radar. Dia akui, dia agak terkesan dengan situasi sekarang. Dia merasakan dirinya punca kepada perubahan lelaki itu. Walaupun mereka bukannya bergaduh secara official, tapi entahlah.

"Shaa? Kenapa termenung ni? Seems like you have a problem. Are you okay, my sweetie?" tegur Puan Sharifah. Dia dapat mengesan perubahan dalam diri anak tunggalnya itu sejak kebelakangan ini. Tapi bila ditanya, Qalesha hanya memberi alasan kononnya penat kerana assigment yang banyak.

Qalesha yang tersentak dengan teguran mamanya hanya tersenyum kelat. Sebenarnya malu ditangkap berangan. Hohoho.

"Kalau Shaa ada masalah ke ape ke, Shaa bagitau je mama. You didn't look well." kata Puan Sharifah sambil mengusap lembut kepala Qalesha. Tak sangka satu - satunya anak dia itu sudah menjadi seorang remaja. Sudah 23 tahun menjadi khalifah di bumi Allah. Entah bagaimana rasanya nanti apabila Qalesha menjadi isteri orang.

"No lah, Shaa okey je. Mama tak payah lah risau. Shaa cuma pening je, maybe sebab tak cukup tidur kot. Yelah, assigment ajak Shaa overnight. Takkanlah nak tolak, nanti tak pasal - pasal hasil kerja Shaa pun kene tolak." balas Qalesha dalam nada gurau. Dia tidak mahu membimbangkan mama kesayangannya itu. Wanita itu telah banyak berkorban untuknya. Tak pernah mengenal erti penat mahupun jemu dalam membesarkannya. Wanita ini lah yang selalu disisinya tika dia dilanda kedukaan, tika dia terjatuh. Wanita ini lah yang sentiasa memberi kata kata semangat kepadanya. Dan kalau boleh, dia mahu mengambil alih peranan wanita itu. Dia mahu membalas jasa wanita itu. Biar dia yang menjaga wanita itu. Dia akan memberikan yang terbaik.Ya, itu janjinya. Dia tidak akan mengecewakan wanita yang paling dia sayang itu.

"Assigment, assigment jugak. Tapi kesihatan tetap kene jaga. Tidur kene cukup. Sebab tu lah kene pandai divide masa. Nanti time kerja lagi susah tau." Puan Sharifah sudah mula membebel. Eh? Mentang- mentang tahun ni aku last year, terus cakap pasal kerja.. Brrr....

"Shaa okey je lah ma. Kalau sakit sekali pun, mama kan ada nak jaga Shaa. Hehehehe. Lagi pun Shaa dah lama tak manja manja dengan mama. Rindu sangat nak kene suap dengan mama" , ucap Qalesha sambil memeluk bahu Puan Sharifah.

Strawberi Coklat.(HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang