" Ann , Ann ! Ainne Zara ! " Arissa menepuk bahuku .
" Hah ape dia ? " soalku .
" Jom kita pergi . " Ajak Arissa . Aku cuma ikut saja . Fadhli memang tak guna . Arissa menghidupkan enjin kereta .
" Kau tak payah fikir pasal dia lagi la Ann, dia tu dah tak fikir pasal kau . Kau kan dah move on . "
" Memang aku dah move on . Tapi aku move dalam keadaan yang terpaksa . Bukan rela . Kau tau kan aku sayang sangat kat Fadhli tu . " Aku memghembuskan nafas , nafas yang dalam .
" Chill ah , dalam dunia ni bukan Fadhli sorang saja yang wujud . Ada ramai lagi lelaki yang kat luar sana , yang nak kat kau . Kau je yang tak perasan . " Arissa cuba memujuk .
" Tak ada orang yang nak kat aku selain Fadhli . " Aku menafikan kata kata Arissa .
" Hariz Hakimi . " Arissa menyebut nama seorang insan yang amat aku kenal .
" Hariz ? Kawan baik kite masa sekolah menengah tu ? Yang ade kembar tu ? Bukan ke dia dah kahwin ? " Soalku bertubi tubi . Buntu .
Hariz Hakimi . Kawan sekolah Aku dah Arissa dari tingkatan dua hingga tingkatan 5 . Aku tolak cinta dia bukan sebab aku tak cinta , tetapi pelajaran lebih penting .
" Hariz Hakimi . Kembar Hanif Hafizi . Yang kahwin tu Hanif . Dulu kau pernah reject dia sebab kau nak tumpukan pada SPM . Dia patah hati , then tinggalkan Kuala Lumpur . Dia merantau ke New York . " Arissa membuka tirai cerita .
" Mana dia sekarang ? Dia masih berharap dekat aku ke ? Kau ada nombor dia ? " Soalku lagi .
" Jom kita pergi jumpa dia . " Ajak Arissa .
" Hah , jumpa dia ? " Aku menelan air liur . Aduh !
YOU ARE READING
Sekali Lagi
RomanceAinne , seorang perempuan yang telah ditipu oleh seorang lelaki yang bernama Fadhli . Dia cuba untuk melangkah kehadapan , meninggalkan kisah lama atau lebih tepat , kisah hitam beliau .