"Hanani!" Jerit Seth.
Hanani pusing melihat Seth.
"Jom pergi kantin!" Ajaknya.
"Tak pe la. Aku dah kenyang." Jawab hanani dengan perlahan.
"Ala,jom la! Aku belanja." Seth memujuk.
"Ok la. Tapi aku ikut je tau! Aku tak rasa nak makan sekarang ni." Hanani bangun dari katilnya dan menuju ke locker untuk memakai tudung.
Bam!
Hanani terlanggar locker
"Hahahaha,apa la kau ni Hanani." Gelak Seth.
Gedebuk!
Buku-buku pula jatuh menimpa Hanani.
"On the scale of 1 to 10,how would you rate your pain?" Usik Seth. Berangan jadi Baymax konon. Tak jadi la!
Mereka berdua keluar daripada dorm dan berjalan bersama-sama ke kantin.
"Nyamannye! Ada satu benda je yang best dekat sekolah ni. Udara dia."
"Betul,betul,betul!" Tadi Baymax ni Upin Ipin pulak keluar. Ketagih kartun la tu. Hanani Binti Upin Ipin. Hahahaha.
Sesampainya mereka di kantin,
"Kuih! kuih! Adik beli kuih dik!"
"Air buah! Air buah! Dik Air buah dik."
"Ayam goreng! Ayam goreng!"
Riuh rendah. Macam ada tornado dekat dalam otak. Tak tahu nak pilih yang mana. Berpusing-pusing dan terus berpusing. Stop!
"Adik nak beli kacang tak?" Tanya salah seorang nenek yang bongkok.
"Kacang?" Fikir Seth. "Boleh la"
"Berapa?" Tanya Seth selamba.
Nenek itu senyum sinis. "RM 2 sebungkus je."
Seth menghulurkan duit. Nenek itu menerimanya. Tanpa terima kasih nenek itu berlalu pergi. Terbongkok-bongkok dia berjalan.
"Jom la balik Hanani. Tak de apa pun dekat kantin." Seth sudah berasa takut.
Dalam perjalanan pulang,
Seth terasa sesuatu sedang mengikutnya.
Semakin laju dia berjalan semakin dia merasakan benda itu mendekatinya. Mereka berdua mula berlari. Semasa berlari Seth memandang belakang. Nenek bongkok itu di situ!
"Aaaaaahhhhhh!" Jeritnya.
"Ish,budak zaman sekarang ni. Nak bagi duit baki pun lari macam kena kejar hantu! Halalkan je la duit ni dik" Keluh nenek bongkok itu.
-----------SHAZALYN----------
"Wei, aku nak pergi practise wind ochestra ni!" Shazalyn jerit macam nak suruh satu blok dengar."So?" Tanya Wani sambil mengangkat kening kirinya.
"Tak, aku cakap je. Takut nanti rindu pulak aku. Kesian korang. Ok la bye!" Aku annoyed gila dengan Wani tu. Tahu la mood swing. Relaks la.
ku menyarung kasut vans kesayanganku.
Dalam perjalanan aku melihat sekeliling. Tak ramai orang sangat. Aku pusing melihat arah aku berjalan.
BAM!
"Woi! Kau ni dah kenapa Seth?" Sakit badan aku terjatuh sampai ke lantai.
"Ada nenek pelik!" Seth jerit.
"So? Dia buat apa dekat kau?" Aku tanya mendapatkan kepastian.
"Dia...dia..." Saja nak bagi saspens ke apa ni?
"Dia apa?" Aku tanya dengan nada yang marah.
"Dia jual kacang...." Seth mengeluarkan sebungkus kacang dari dalam poketnya.
"Ish,dah la kau ni! Aku nak pergi practise ni." Aku tolak badan Seth ke tepi.
Aku bangun menggosok debu dan kekotoran dari baju ku.
Aku memandang ke hadapan.
Aku terkejut.
"Adik, nenek sebenarnya datang ikut adik nak pulang kan duit. Kenapa adik lari?" Tanya nenek bongkok kepada Seth.
"La ye ke?" Seth cuba sembunyikan malu but mula merah padam.
Aku salam tangan nenek itu dan berlari pergi practise. Dah lambat!
Ninja mode activated.
--------------SETH--------------
Hanani menarik tanganku. Membantuku berdiri.
"Terima kasih" aku ucapkan kepadanya.
Nenek itu memandang pelik. "Gila ke apa budak ni?" Bisiknya. "Nenek pergi dulu." Katanya sambil berjalan terbongkok-bongkok pergi.
Aku hairan dengan apa yang dikatanya. Aku melihat ke arah Hanani. "Jom." Dia mengajakku pulang ke dorm. Aku mengangguk.
Kami pun berjalan bersama-sama pulang ke dorm. Happy ending for this chapter.

YOU ARE READING
DORM BOUGAINVILLEA 2
Random"Dayah, kau dah baca al-mulk?" Tanya Seth yang sedang menyarung kain telekung bewarna putih jahitan ibunya. "Apa beza baca al-mulk ke tak?" Marah Dayah. Seth hanya menggelengkan kepalanya. WATAK DI DALAM CERITA INI HANYALAH REKAAN DAN HANYA UNTUK SU...