----DAYAH------
"Semua beratur!" Aku dengan segera menarik tangan dormmates ku.
"Apa tujuan awak semua join kem ni kalau tak bersemangat!?" Encik Kamal berdiri tegak dan berada dalam posisi senang diri.
"Hari ni kita akan meredah hutan belantara." Encik Kamal tersenyum.
"Hutan? Like seriously?" Sabre mengeluh.
"Saya dengar ada orang bercakap! Turun 10!" Kening Encik Kamal dikerutkan.
1!
2!
3!"Kuat sikit! Saya tak dengar!" Dah pekak agaknya dia ni.
Selepas 10 push up yang memenatkan kami diarah untuk berdiri.
"Apabila kamu masuk sahaja ke dalam hutan kamu mesti bergerak dalam kumpulan masing-masing mencari haiwan atau seranga. Peralatan yang kamu akan gunakan ada di situ. Ingat mesti berjimat ! Boleh Kadet?" Dia mengangkat satu kening.
Kami bersama-sama menjawab "Baik tuan!"
Kumpulan kami dibahagikan mengikut dorm masing-masing.
Kenapa?
Sebab kem ni hanya disertai oleh batch kami je. Sedih.
"Bagus,bagus. Saya suka semangat ini. Saya beri kamu masa sampai petang. " Encik kamal merenung ke dalam mata setiap seorang daripada kami.
"Bermula dari SEKARANG!"
Wisel yang berada di leher Encik Kamal ditiup.Kami berlari ke arah tempat yang telah tersedia semua peralatan yang diperlukan di situ.
Barang terhad jadi kami terpaksa berebut.
Dah macam hunger games pulak.
"Korang jom! Kita dah cukup barang!" Izzat mengajak kami masuk ke dalam hutan.
-------SETH--------
Kenapa aku kena join kem ni?
Kenapa kena masuk hutan?
Seth relax kau boleh hadapi semua cabaran yang ada dalam hutan tu.
Kalau nampak apa-apa hiraukan je.
"Seth, aku akan jaga kau. Jangan risau. Kalau kau nampak apa-apa yang tak menyenangkan bagi je tahu aku." Izzat meletakkan tangannya di bahuku.
"Thanks Izzat."
Aku toleh ke arah Hanani.
Dia nampak macam biasa je.
Tak takut apa-apa pun.
Aku jalan dengan dia lah.
"Hai Nani" aku senyum sambil melambai ke arahnya.
Hanani balas dengan senyuman.
"Jom!" Aku menarik tangannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/72336553-288-k554232.jpg)
YOU ARE READING
DORM BOUGAINVILLEA 2
De Todo"Dayah, kau dah baca al-mulk?" Tanya Seth yang sedang menyarung kain telekung bewarna putih jahitan ibunya. "Apa beza baca al-mulk ke tak?" Marah Dayah. Seth hanya menggelengkan kepalanya. WATAK DI DALAM CERITA INI HANYALAH REKAAN DAN HANYA UNTUK SU...