Bab 1

513 16 13
                                    

Hanani berlari terhuyung-hayang sampai tak cukup nafas dibuatnya. Dia melihat ke kanan kemudian ke kiri seperti dikejar HANTU! Sesampainya di pintu hadapan Dorm Bougainvillea 2, dia menerjah masuk. "Mana salam kau?" Aku tanya dengan wajah yang annoying. "Tadi....ad...ada..." Hanani tencungap-cungap cuba mengambil nafas. "Ada apa?!" Aku bingung lalu bangun daripada katilku yang terletak tidak jauh dari katil Hanani. "Ada HANTU!" Jerit Hanani. "Hei, sekarang waktu tengah hari! Mana ada hantu siang-siang macam ni!" Aku tengking Hanani sambil berjalan menghampirinya.

Tiba-tiba....

KLIK!

Pintu Dorm dibuka. Jantungku dan Hanani berdegup kencang mengepam darah dengan laju ke seluruh badan. Satu susuk tubuh manusia masuk. Rambutnya panjang bewarna hitam. "HANTU!" Jerit Hanani.

"Assalamualalaikum!" Shazalyn masuk sambil mengusap-usap rambutnya yang baru dicuci. "Ish kau ni, dormmate dengan hantu pun tak boleh beza ke?" Aku bengang dengan Hanani yang suka main serkap jarang . "Hehehe, sorry la Izzat." Hanani menggaru-garu kepalanya walaupun tidak terasa gatal.

"Kau ingat aku hantu!" Marah Shazalyn.Tangan kepunyaan shazalyn yang tadinya mengusap-usap rambut turun mengcekak pinggangnya. "Relaks la kawan. Macam kau tak pernah jadi macam ni." Hanani cuba menenangkan Shazalyn."OoooOoooooOoooo." Shazalyn menakut-nakutkan Hanani.

Mereka berlari ke sana ke sini, lompat atas bawah di dalam dorm. Shazalyn menerjah Hanani lalu terjatuh menghempapku yang sedang berdiri di tepi locker. "Woi! Sakit tau tak?" Aku menolak badan Hanani dengan kuat dan penuh perasaan benci. Dah la aku nak badan aku cantik! Bak kata budak asrama body goals. "Ini dorm bukan nursery." Aku berkata sambil menjeling tajam ke arah mereka. Bergurau sekali-sekala, apa salahnya?

"ROLL CALL!"

Jeritan prefect on duty memecahkan kebisingan di dalam dorm Bougainvillea 2.

"What?" Seth bangun daripada tidur matinya. "Kenapa kena ada roll call tiba-tiba ni?" Ditanyanya sambil menggosok matanya membuang mengantuk.

"Korang, bangun-bangun! Ada roll call!" Shazalyn berkata sambil mengejutkan semua dormmates yang tersayang. Tegopoh-gapah Shazalyn berjalan. Sempat pula dia ke bilik menggosok untuk iron baju. Budak ninja tu tak pernah kena latecomer .Selambat mana pun dia, mesti always pass. Kalaulah aku boleh jadi macam dia.

Aku pula bergegas ke lockerku dan memakai baju kurung yang ibu hadiahi sewaktu hari pertama di asrama. Jangan lupa, tudung haji hitam yang ku beli dari kawanku lima bulan yang lepas.Kasut jenama Hush Puppies aku di kedua-dua belah kaki ku. Kemudian, aku mengambil beg galas ku dan berlari turun tangga. Maklumla lagi 1 minit nak latecomer.

Sesampainya di surau, keadaan menjadi sesak. Semua orang berpusu-pusu ke tengah surau. Apa yang terjadi? Aku melihat gelagat Dayah yang licik menyelitkan badannya di antara orang ramai untuk pergi ke tengah. Haish, apa-apa sajalah budak tu.

---------------DAYAH---------------

"Tepi! Tepi! Aku nak tengok." Aku menolak badan-badan manusia yang berada di sekelilingku. Aku cuba mendongak kepalaku sedikit supaya dapat the best view. Arghhh! Tak best tak nampak! Macam mana ni?

Aku tunduk ke bawah ditenggelami manusia-manusia yang sedang berpusu-pusu. Merangkak seperti seorang soldier dicelah-celah kaki. Busuk kaki semua orang! Tidak mengapa.... Perjuangan mesti diteruskan! Demi melihat perkara yang sedang terjadi aku sanggup! Supaya tidak ketinggalan ditelan zaman.

Sudah hampir sampai di tempat yang dituju. Semua orang mula beredar. Kelihatan aku seorang yang masih merangkak. This is an awkward moment. Terdengar gelak ketawa dormmates ku.

"Dayah! Kau buat apa tu? Cari iman yang hilang ke?" Usik Echa. "Ish,mana ada! Iman aku telah ku pahat di hati ku ini." Ceh, penggunaan Bahasa Melayu yang mantap! "Apa sajalah Dayah, dah bangun. Tak payah nak merangkak lagi." Wani memujuk Dayah dengan suara yang menenangkan jiwa. Dihulurnya tangan yang lembut ke arah ku untuk membantu ku berdiri semula.

"Terima kasih" aku ucapkan kepada Wani, teman satu dorm dari last year.

------------------SETH--------------

Hidup sebagai seorang yang mempunyai sixth senses ni bukan senang. Asyik nampak makhluk lain jer. Tadi,waktu semua orang berkumpul dekat tengah.... Aku di barisan hadapan dan ya tadi ada budak kena rasuk. Benda yang rasuknya itu sungguh tidak menyenangkan. Aku tidak dapat menggambarkan rupanya tetapi hanya ini yang aku boleh bagi tahu. Dia warna HITAM.

Semua dormmates aku tak tahu yang aku dapat kelebihan sebegini kecuali seorang. Izzati. Juga dikenali sebagai Izzat. Berkarakteristik seperti lelaki tetapi masih mempunyai sifat perempuan. Tomboy.

Aku berjalan ke arah Izzat. Sungguh was-was untuk aku beritahunya tentang apa yang ku baru sahaja lihat. Izzat memusingkan badanya menghadap ke arah aku. "Kau nampak apa pulak kali ni?" Izzat bertanya selamba. "Hi...tam...Di....Dia...warna hitam." Aku tiba-tiba sahaja gagap ketika itu.

"It's okay, no need to worry. I am here to comfort you" speaking pulak Izzat ni sambil menggosok-gosok belakangku. Hati ku kini tenang.
-------------IZZAT---------------

Semua pelajar dikehendaki duduk di dalam barisan mengikut kelas. "Cepat! Cepat! Bergerak cepat sikit! Jangan jadi siput la!" Jerit prefect yang dipanggil Kak Honey Dew. Nama sebenarnya Kak Hani hehehehe. Kebisingan para pelajar yang bergerak guna mulut dan bukan kaki membanjiri seluruh surau. "Jalan guna kaki ke mulut?" Tanya Honey Dew dengan gaya sindiran.

Keadaan menjadi kondusif seketika. Tak pernah jadi macam ni. Senyap semacam!

Kelihatan Ustaz Faiz berjalan ke depan surau menghadap semua pelajar "Malam nanti prep cancel, semua pelajar duduk dalam dorm masing-masing. Kunci pintu. Make sure kunci pintu." Para pelajar hanya menganggukkan kepala mereka. Ada yang terlebih sampai jatuh ke lantai. Berdengkur.

Aku? Aku berasa tidak sedap hati. Melihat sekeliling surau. Aku terasa ada sesuatu yang memandangku. Arghhhh! Tak mungkin! Bukan benda tu. Ya Allah tenangkan la hati ku ini. Aku memandang ke arah Seth. Dia kelihatan takut. Ada sesuatu yang tak kena.

Jam di tangan ku lihat dengan sekali pandang. "Dah pukul 7:30. Dah malam dah pun." Bisik hati kecil ku. Tiba-tiba ku rasa seperti ada hentakkan yang kuat dibelakangku."Izzat" Shazalyn memanggilku. Aku menolehkan kepalaku tanpa berkata-kata. "Kau okay tak? Something wrong?" Dia tanya sambil tangannya sedap berbaring di paha ku. Ditongkatkan pula dagunya. Sakit la Setan! Hati ku menjadi geram. "Nothing la" aku menjawab bosan.

"Jom pergi Dinning Hall!" Hanani menarik tangan kanan aku lalu mendorong aku ke dinning hall. Seth,Shazalyn,Wani dan Echa ikut dari belakang. Kami duduk satu table. Makan malam kami baham bersama-sama. Sedap! Udang tiga rasa,nasi,sayur bayam dan air sunquick khas hasil buatan pakcik dinning hall yang gedik.

Seth masih kelihatan takut. Aku berasa kesian terhadapnya. Dinning hall. Kata Seth, tempat ini la banyak setan-setan berkumpul. Kesian dia. Asal kuat iman sudah!

"Semua dah siap makan?" Aku tanya sambil bangun dari kerusi. Mereka mengangguk. "Jom! Balik dorm!" Echa excited. Kami berjalan bersama-sama ke dorm.

Keadaan senyap sunyi. Angin yang sejuk menampar muka ku. Aku mengeluarkan torchlight dari poket beg galas ku. "Boleh jalan cepat sikit tak?" Tanya Wani. Seth hanya menunduk. "Okay, jom kita cepatkan sikit perjalanan kita. Tekan paddle sampai 60 km/h guys!" Sempat lagi aku bergurau senda.

Tiba-tiba...

"Form 2 nak sorang!" Jerit seorang senior dari dalam dormnya. Kami pandang satu sama lain. "Guys lajukan sikit! 200 km/h!" Jerit Shazalyn. Semua lari lintang-pukang balik dorm. Senior sememangnya lagi menakutkan dari setan.

DORM BOUGAINVILLEA 2Where stories live. Discover now