--------IZZAT------"Jom! Tangkap gambar jom!" Aku mengajak semua orang.
KCAK!
"Yeah!"
"Wei Izzat... Kau tahu kan jalan balik. Aku rasa kita dah dapat banyak dah ni." Echa menepuk bahuku.
"Huh?" Aku menoleh ke belakang.
"Jap, jangan cakap kita tak tinggal trail apa-apa."
"Sebenarnya...." Echa menunjuk sekeliling.
"Wei! Tak lawak la!" Kepala aku buntu.
Macam mana nak balik ni?
"Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?"
"Aku dah cuba bagitahu kau... Tapi kau tak nak layan aku so....." Echa mencebekkan bibirnya.
"Nak buat apa ni!?"
WOOSH!
Hujan lebat mula turun...
Hari semakin gelap....
Sejuk.
Kami berlari ke dalam gua yang berada tidak jauh dari kami.
"Korang semua okay ke?" Terbatuk-batuk dormmates aku.
Kesian aku tengok.
Grrrrrrr....
"Izzat... Aku lapar la." Dayah mengosok-gosok perutnya
"Lapar sangat ke?" Mana pulak aku nak cari makanan kat dalam hutan ni.
Dayah mengangguk.
Aku keluar dari gua dan melihat sekeliling.
Adakah itu....
Pisang!
Aku berjalan meredah hujan untuk pergi ke pokok pisang itu.
"Lebatnya." Aku bermonolog.
Setiap langkah itu sungguh memenatkan.
Tanah yang berlumpur dan hujan yang terlalu lebat menyusahkan perjalanan.
Akhirnya aku berjaya sampai ke pokok pisang.
Halangan kedua pula datang bergolek.
Macam mana nak ambil pisang tu?
Aku meraba-raba poket seluar aku.
"Mana pulak aku letak swiss army knife aku?" Susah jugak nak bermonolog hujan-hujan macam ni.
Ha! Ni pun dia. Dalam poket vest aku.
Aku cuba memotong pisang itu.
Selepas tiga kali percubaan akhirnya aku berjaya.
Aku membawa setandan pisang balik ke gua.
Dah macam orang zaman paleolitik.
Sesampainya aku di gua aku terus meletakkan pisang itu di lantai.
"Wah! Api ke tu?" Aku berbangga melihat kawan-kawanku berjaya menghidupkan api.
"Yup,hebatkan kitorang?" Shazalyn menjadi riak.
"Kitorang? Aku,Wani dengan Seth je tau." Balas Echa.
"Tah, kau buat apa? Lari dari api." Seth menyindir.
"Hana-" aku menghentikan perbalahan mereka.
"Dayah ni aku ada bawak balik pisang. Makanlah." Aku memberinya sebiji pisang.
"Sedapnya!" Dayah merasa makanan pertamanya since kami tersesat dalam hutan ni.
"Korang kalau nak pisang ni makan je la. Tapi kita kena berjimat takut habis." Aku memberi setiap seorang sebiji pisang kecuali Dayah sebab dia baru je makan.
Malam semakin gelap.
Dah tengah malam.....
Aku melihat ke arah bintang melalui lubang kecil yang terbentuk di dalam gua.
Cantiknya.
Makin lama aku terlelap.
Harap kami dapat dijumpai.
----------SETH--------
Aku melihat Hanani.
Dia sedang tidur di sebelahku.
Izzat pulak dah terlelap.
Hujan dah berhenti.
Kami hanya bergantung pada cahaya bulan,bintang dan api yang kami telah hidupkan.
Today is a hard day and I hope tomorrow will be better.
Walaupun selalu dikacau oleh makhluk lain sebelum tidur....
Saya masih dapat menghiraukannya dan menutup mata
----------------------------------------------
Sorry bab ni pendek 😓

ANDA SEDANG MEMBACA
DORM BOUGAINVILLEA 2
Random"Dayah, kau dah baca al-mulk?" Tanya Seth yang sedang menyarung kain telekung bewarna putih jahitan ibunya. "Apa beza baca al-mulk ke tak?" Marah Dayah. Seth hanya menggelengkan kepalanya. WATAK DI DALAM CERITA INI HANYALAH REKAAN DAN HANYA UNTUK SU...