Bab 16

183 8 1
                                    


"Assalamualaikum and terima kasih class" Faiz bangun dari kerusi guru.

Dia melangkah keluar sejurus sahaja kami menjawab salamnya.

Tak jeling pun aku.

Pandang?

Lagi la tak.

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu untuk balik ke asrama.

Aku mengendong beg sekolahku dan berjalan balik ke dorm.

Aku berjalan dengan Seth pulang.

Tiba-tiba......

"Izzat." Seseorang meletakkan tangannya di bahuku.

"Seth,kau balik dulu. Nanti aku follow." Seth melihat ke arah orang di belakangku dan meneruskan perjalanan.

"Izzat." Namaku disebut lagi.

"Awak nak apa lagi?" Perasaan marah muncul secara tiba-tiba.

"Saya nak minta maaf. Awak memang benci saya kan?" Dia memusingkan badan saya yang kecil.

"Saya tak pernah cakap saya benci awak." Aku menepis tangannya.

"Izzat saya minta maaf." Suara Faiz menjadi perlahan.

"Tak payah nak minta maaf. Awak tak buat salah pun. Lagipun saya masih budak sekolah. Takkan nak bercinta dengan orang yang dah besar. Lagi-lagi kalau orang tu ustaz kau sendiri. Ok la ustaz, Assalamualaikum." Aku pusing ke belakang.

Faiz hanya tercengang di situ.

"Waalaikummusalam." Dia menghembuskan nafasnya.

Aku mula berjalan.

"Oh, lupa plak. Kau ambil la balik iPhone ni. Aku rasa aku dah perlukan benda ni." Aku meletakkan iPhone yang dia beri kepadaku di tangannya dan berjalan pulang ke dorm.

-------------MALAM-----------

"Uish,mesti sedap maggie ni." Aku bermonolog sendiri.

Sesampainya aku di pintu dorm.

"Woi tolong bukak pintu!" Aku menjerit dari luar.

KLIK!

Pintu dorm terbuka.

"Masyih." Saja nak bemanja-manja.

Aku berjalan masuk ke dalam dorm.

"Wah! Ramainya orang. Dormmates aku semua ada ke?" Aku tersenyum.

"Izzat. Sebenarnya..." Dayah nampak sedih.

"Kenapa kau sedih ni?" Aku melihat muka setiap seorang.

"Kenapa semua sedih ni?" Keadaan mula menjadi tegang.

"Sebenarnya dormmates kita ada enam orang je." Shazalyn berjalan ke arah ku.

"Ha!?" Aku dah start confuse.

"Baca la surat ni." Seth memberi sepucuk surat kepadaku.

"Surat apa ni? Mana kau dapat?" Mataku mula berair.

Aku buka surat itu.

DORM BOUGAINVILLEA 2Where stories live. Discover now