Hari ini....
Hari yang bersejarah....
Hari yang tiada siapa akan lupakan kecuali....
.
.
.
IZZAT."Wei,apa yang korang buat tu?" Aku datang sambil menjeling ke arah kawan-kawanku yang sibuk membuat hadiah.
Ada yang buat kad la....
Buat origami la....
Semua ada.
"Untuk siapa tu?" Aku pergi mendekati mereka.
"Apa kau kesah!" Balas mereka. Sombong.
Aku duduk di sebelah Dayah. Dia buat kad. Cantik, menarik dan tetarik kau memang deboom! Aku masih tertanya-tanya siapakah insan bertuah yang akan dapat semua hadiah-hadiah ni. Aku mencuot bahu Dayah.
"Dayah,untuk siapa ni?" Aku membisik di telinganya.
"Ustaz....Ustaz Faiz." Dia pula membisik.
Menyesal aku tanya.... Sanggup korang buat hadiah untuk dia? Bukan nak cakap salah memberi tapi.... Arghhhh! Suka hati korang la. Macam mana la orang boleh suka dia. Sebab dia ada mata biru? Haish manusia.
"Kenapa dahi kau tiba-tiba berkerut ni?" Tanya Dayah. "Ni semua untuk dia?" Aku tanya. "Aku tahu la kau tak suka dia tapi bagi la respons yang okay sikit. Jap! Engkau ada apa-apa ke dengan Ustaz Faiz? " Dayah mengecilkan matanya.
"Dia sepupu aku la." Balas aku selamba. Semua memandang ke arah aku.
"SEPUPU?!" Semua menjerit.
"Tambah annoying dekat depan." Saja aku tambah sifat manusia tu.
"Macam mana dia boleh jadi sepupu kau?" Tanya Shazalyn.
"Mula-mula aku pun tak tahu tapi waktu cuti 2 minggu haritu aku balik rumah nenek aku and dia ada dekat situ..." Aku membulatkan mataku.
---------CUTI SEKOLAH-------------
"Assalammualaikum! Nek! Izzat balik ni!" Aku jerit sambil turun dari kereta.
Kelihatan warga tua yang berusia 67 tahun keluar dari rumah. "Izzat!" Jeritnya. Aku senyum. Dia datang dan memelukku. "Dah lama Izzat tak balik.Masuk la dalam. Ada sepupu kamu dekat atas." Dia meletakkan tangan kanannya di belakang ku dan membawa aku naik ke atas.
Aku melihat sekeliling. Ada seorang lelaki tengah tengok tv. Aku menghiraukan sahaja dia. Aku masuk ke dalam bilik lamaku. Ahhh! Bau bilik lama. I like. Aku on iPhone aku yang bercasing hitam . Mengapa krik,krik wifi ku?!
Sedih dan lapar. Itulah perasaan gadis remaja ini.
Aku keluar untuk pergi ke dapur.
"Izzat?" Seorang lelaki memanggilku. Suara tu sangat familiar. Bukan adik. Bukan Papa. Mungkin suara sepupuku yang sedang tengok tv tadi. Kenapa familiar sangat?
Aku toleh ke belakang.
"Ahhhhhhh! Nek ada penceroboh!"
"Ustaz! Apa ustaz buat kat sini? Ni rumah nenek saya la!" Suara aku kedengaran satu rumah. Bergegar.
"Rumah nenek awak? Ni rumah nenek saya la!" Ustaz meninggikan suara.
"Apa gaduh-gaduh ni?" Nenek datang sambil mengesat tangannya pada kain batik miliknya.
"Ni nek! Ustaz saya tiba-tiba je datang rumah ni lepastu buat macam rumah sendiri." Aku mengadu.
"Apa kamu ni.... Ini kan sepupu kamu!" Marah nenek.
"Hah?" Aku dan ustaz terkejut.
"Kamu tak kenal sepupu kamu ni sebab dia selalu sangat duduk Canada tu." Nenek mengusap-usap badan ustaz. Ustaz tersengih.
"Apakah yang sedang berlaku?" Aku terkedu di situ.
"Dah, berbaik semula. Faiz kamu lebih besar daripada dia. Jadi matang sikit. Satu je nenek minta. Tolong jagakan dia elok-elok." Aku terdiam mendengar kata-kata nenek.
"Okay,now what?" Aku menyampah dengan ustaz a.k.a sepupu aku ni. Dah la dia cikgu aku. Nanti mesti awkward dekat kelas. Kalau dia selalu aim aku dekat kelas, tengok la apa jadi dekat dia. Aku memberi jelingan tajam kepadanya.
------------ASRAMA------------
"Ha! Itu la ceritanya..." Penat aku habiskan air liur aku cakap pasal dia je.
"Takkan tu je? Apa jadi sepanjang waktu cuti sekolah tu? Mesti bestkan dapat jadi sepupu dia." Sindir Seth.
"Kau dah kenapa? Aku tak suka dialah! Malas aku cerita panjang-panjang." Aku tak suka la cakap pasal topik ni. Benci!
"Apa-apa je la Izzat." Echa tersenyum.
YOU ARE READING
DORM BOUGAINVILLEA 2
De Todo"Dayah, kau dah baca al-mulk?" Tanya Seth yang sedang menyarung kain telekung bewarna putih jahitan ibunya. "Apa beza baca al-mulk ke tak?" Marah Dayah. Seth hanya menggelengkan kepalanya. WATAK DI DALAM CERITA INI HANYALAH REKAAN DAN HANYA UNTUK SU...